AIQA
Aku memeluk ayah kuat.Rindu akannya.1 tahun aku tak jumpa ayah :')
Daniel dari tadi hanya memandang aku seolah ingin Memakanku.
Aku hanya buat tidak nampak walaupun hati kencang semacam.Entah kenapa Daniel nampak amat segak dengan baju kemejanya.
Masa dia pakai baju melayu pagi tadi je dah buat iman aku gugur.
Flasback..
Around 7.45 a.m
Aku dan Daniel akan selamat diijabkabulkan sebentar nanti dan selepas itu,pukul 11 pula ada persandingan.
Aku duduk di atas alas lembut bewarna cream begitu juga Daniel yang tidak jauh dari Aku.
Aku tidak berkedip memandang Daniel kerana ketampanannya yang bertambah-tambah apabila baju melayu cekak musang itu elok tersarung di tubuh tegap Daniel.
Daniel tidaklah setegap mana sehingga seperti Jong Kook running Man.
Bibir pink lembut Daniel itu cukup membuktikan dia tidak merokok.
"Aku terima nikahnya Nur Aiqa Binti Rahim dengan mas khawinnya RM15 000 tunai"
Tanpa sedar,Daniel sudah pun mengucapkan kata syahdu.Doa.selepas diijabkabulkan dibaca,dan saat ini aku berasa sedih dan ingin menangis,terkenang kak Atilia,Abang Ary,Ibu dan ayah..
"Sayanggg"
Suara seseorang memannggilku aku mendongak.
Mana boleh aku tak sedar Daniel sudah dihadapanku.Dia menghulurkan tangan.Aku menyalami dan mencium tangannya lembut.Daniel mengusap kepalaku.Ubun-ubun aku dicium kemudian beralih di dahi ku.
Aku memejamkan mata menerima kucupan hangat di dahiku oleh suami aku.
bakal ayah kepada anak kandunganku.
Endflashback
Aku meleraikan pelukan ayah.Kak Atilia pula memeluk ayah dan menolakku.
Aku memeluk tubuh.Daniel ke arahku dan memeluk bahuku.
"Sayang,jom kita pergi bilik persediaan perempuan"
Ajaknya membuat aku berkerut.
"Nak buat apa?"
Soalku lalu menepis tangannya yang memeluk bahu aku.
"nak stalk sayang tukar baju"
Dia tersenyum nakal.Aku memijak kasutnya kuat dengan wedges aku.
"Saya gurau je lah"
Katanya sambil menahan sakit.
"Tell me,nak buat apa gi sana?"
Soalku lagi sambil menikam anak mata Daniel.
"Nak tengok awak pakai tudung jer"
Jawabnya.Aku segan.Alahai,mungkin tiba masanya aku pakai tudung memandangkan aku sudah digelar isteri Muhammad Daniel Rayyan ini.
"Saya rasa tak perlu awak ikut.Nanti saya mintak tolong Naurah,adik saudara saya tolong"
Kataku lalu menolak badan Daniel ketepi sedikit.
Daniel langsung tak berganjak dari tempatnya.
"EE,awak ni gemuklah,berat susah nak tolak"
Omelku sambil bercekak pinggang.Daniel ketawa halus dia membengkokkan tubuhnya kebawah untuk menghadapku.
ANDA SEDANG MEMBACA
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Ficção AdolescenteMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017
