"kalau awak nak sangat saya keluar dari rumah ni,baiklah"
Berjujuran air mataku menarik beg menuruni anak tangga.Baru sahaja beberapa anak tangga aku lepasi.Aku terjatuh
"AIQAAAAA"
"Opocot mak kau"
aku melihat sekeliling.Lah dalam kereta Firdaus rupanya.Apalah yang aku merepek.
"Aiqa,bangun.Dah sampai rumah awak ni"
Firdaus mengejutkan aku.
"tu,Daniel dah tunggu dah tu"
Firdaus memuncungkan mulut ke arah Daniel yang sedang berpeluk tubuh dihadapan pintu pagar dengan muka pemangsanya.
"Allah,macam mana ni?macam mana kalau dia marah saya?habislah saya.."
aku cepat-cepat membetulkan dudukku sambil mendodoikan sedikit Ayyiz yang sedang tidur.
"Kenapa pulak dia nak marah awak,awak pergi jelah cerita kat dia.Negative thinking betullah awak ni"
Bebel Firdaus sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.Aku tersengih dan terus membuka pintu ingin keluar dari kereta Firdaus.
Aku melambaikan tangan kepada Firdaus sebelum kereta itu meluncur laju.Macam sama je dalam mimpi.
Aku berjalan sambil mendekati Daniel.
"Sayang pergi mana ni?lewat dah ni"
Suara Daniel masih sama,tidak menunjukkan dia ingin menengking.Aku tetap menutup mata kerana takut.
"errrr"
aku tergagap ingin menjawab soalannya.
"hey sayang,kenapa tutup mata ni?"
Dia mengangkat daguku.
"saya tahu saya salah.Saya tahu awak nak halau saya keluarkan.Baik saya keluar..tapi saya nak awak tahu yang saya cintakan awak sangat..sangat cintakan awak"
Cepat-cepat aku meluncurkan kata-kata hingga berjuraian air mata.
"hey,siapa nak halau awak ni?sayang are you alright?"
Dia mencium kepalaku yang diliputi tudung.
"abang tak halau sayang lah ni?"
Aku membuka sebelah mata.
"buat apa nak halau?"
Dia soal dengan nada pelik.
"yelah,Ayyiz ni kan bukan anak abang pun"
Aku seolah tidak percaya lagi.
"siapa kata?dah,jangan nak merepek-repek eh.Masuk cepat.Dah malam ni"
Dia menolakku lembut untuk masuk.Syukur dia tak marah aku.Baru sahaja aku ingin memasuki rumah,dia menarik tudungku.
"ta'awuz dudlu.Dah balik malam-malam buta macam ni"
Tegurnya.Aku mencebik dan membetulkan tudung semula,perlahan aku membaca ta'awuz.Daniel hanya menggeleng.
"Sayang"
dia memanggilku sambil menutup pintu rumah.Aku hanya mengumam kecil tanda mendengar.
"mana budak-budak?mom and dad?"
soalnya.Aku menepuk dahi.
"ya ALLAH.Sayang lupa nak bagitahu abang.Dai'e masuk hospital.Saya call abang tapi abang tak angkat pun.Sayang pun minta tolong Fir.Nasib baik dia angkat.Lepastu abang pula boleh lupa nak ambil Darwisha.So,kitorang amik sekali lepastu terus bawak pergi hospital"
ANDA SEDANG MEMBACA
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Teen FictionMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017
