DANIEL POV
Aku masuk ke dalam rumah sambil memberi salam.Sunyi,selalunya pasti ada gelak tawa mom dan Aiqa di dapur untuk sediakan makan malam.Atau Darwisha dan Dai'e bermain bersama Ayyiz atau pergaduhan kecil antara Darwisha dan Dai'e tentang kepandaian masing-masing.
"Sayang?"
Aku menapak ke bilikku lalu membuka pintu.Kosong Sahaja.Kemas seperti selalu.Ayyiz juga tiada di atas katil.Kalau nak cakap dalam bathroom tak ada pun bunyi pancuran air.
Aku beragak-agak untuk ke bilik Dai'e.Aku mengetuk pintu biliknya sebelum dia buka.
"Apa mau?"
Soalnya sambil menanggalkan songkok dipakainya.Mungkin baru lepas solat Maghrib kot.
"Erk,abang tak solat lagi!"
Aku bersegera masuk ke dalam bilik.Tuala dicapai lalu terus masuk ke dalam bilik air.
Usai menunaikan solat isya' aku masih bersarungkan baju melayu cekak musang emerald dan sweatpants puma turun ke bawah.
Aiqa dan Ayyiz langsung aku tak temui.Mungkin mereka tinggal di rumah ibu.Tapi kenapa dia tak angkat call aku?ibu pun.
"Mana Aiqa ni.Orang rindu dia,dia asyik melangok keluar jer"
Aku berhenti di hadapan kolam sambil memerhati pantulan bayangan diriku.Aku memeluk tubuh.
"Abang termenung apa tu?"
Aku menoleh belakang apabila terdengar ada suara memanggilku.Terkejut aku melihat Darwisha.
"Ish,ingatkan akak Aiqa.Kau nih"
Aku menumbuk perlahan bahu Darwisha yang kini turut berada di sebelahku.
"Kak Aiqa lupakan kau dah.Dia tak sayang kau pun"
Sarkastik Darwisha membalas.
"Eh kau!agak-agaklah pun dengki"
Aku menjelingnya disebelahku.Mentang budak bawah umur,jealous tengok aku khawin.
"Memang betul pun apa Awish cakap tu"
Aku menoleh apabila mendengar suara mom Dibelakangku.Mom sedang membawa dulang yang diisi teko air dan beberapa cawan.
"Kenapa mom cakap macam tu?"
Aku berkerut kening menghampiri mom yang sedang menghidangkan air di meja istirehat.
"Kamu tau selama ini dia hanya jadikan kamu pak sanggup dia je.Sebab dia tengah tunggu pakwe dia.Entah-entah dia memang berzina,bukan dirogol"
Mom menjawab dengan pedas.Terbeliak biji mata aku mendengar kutukan.
"This is my mom?"
Aku cuba menyentuh pipi mom yang berkedut dek kerana dimamah usia.
"kenapa?kau kena sampuk dengan kak Aiqa ke sampai mom sendiri pun kau tak percaya?"
Sinis Darwisha membalas.
"mom,sebelum kami khawin lagi Daniel dah terangkan pada mom.Aiqa dirogol and you accept her.But what is this?"
Aku meraih tangan mom.
"kau ape tahu?kau tahu layan bini kau tu je.Kau tak ada pun dengan kami tadi.Kalau kau ada pasti kau faham apa yang mom dan awish cakapkan ni"
Balas mom lagi lalu duduk di kerusi istirehat bewarna putih.
"kamu ni,tak habis-habis lagi"
Dad masuk melalui sliding door kolam itu,mungkin baru balik dari surau di taman ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
JugendliteraturMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017
