AIQA POV
Selepas mengemas barang aku dan Ayyiz di guest house dan tidur sekejap,aku membuat keputusan untuk ikut sama trip pelancongan tour guide malaysia memandangkan musim cuti sekolah akhir tahun,ramai juga pelancong Malaysia di Korea ini.
Guest house aku pun ramai sahaja pelancong Malaysia.
Aku berjalan kaki dari guest house ke train dan mengambil lane 4 untuk ke Sungai Han.
Ayyiz aku pakaikan baju tebal sebanyak 2 helai dan sehelai baju sejuk bewarna oren,tak lupa juga topi haba warna caramel.Nasib baik duit aku mencukupi untuk membeli baby troller untuk Ayyiz.
"Ayyiz,mesti Ayyiz rindu papa kan?"
Kataku lalu berhenti di tepi dan duduk di bangku.Troller itu aku pusingkan menghadap aku.
"Tapi,papa ada mummy baru nanti.So,mulai hari ni,mama sendiri akan jaga Ayyiz macam nyawa mama sendiri.Mama lah papa Ayyiz,mama lah mama Ayyiz,mama lah kawan Ayyiz,mama lah nenek Ayyiz,mama lah atok Ayyiz,mama lah mak cik Ayyiz,mama lah pak cik Ayyiz..."
"Mana boleh,saya pun pak cik Ayyiz juga"
Suara seseorang menyentakkan aku.Wajah seseorang yang pernah aku lihat tapi tak ingat di mana.
"Haiyaaa,Aiqa.You tak I ingat I ke?Penat je jadi senior you dulu.Victor lah,kawan Daniel"
Aku tergelak kecil.Ya,Allah.Kecil je dunia ni.Lari manapun mesti ada sahaja orang yang berkenaan Daniel.
"Assalamualaikum"
Ucapnya membuat aku terlongo.
"Ouh,saya lupa nak bagitau.Saya muallaf dah,Asyraf"
Dia memperkenalkan dirinya.Aku senyum manis.
"Alhamdulillah.You buat apa kat sini?"
Soalku kepadanya ketika dia sedang mengambil Ayyiz.di dalam troller baby Ayyiz.
"I kerja sini lah"
Jawabnya sambil pipi Ayyiz digomol.
"Sudah 3 bulan tak jumpa you Aiqa"
Tambahnya lagi sambil perut Ayyiz menjadi mangsa geletakannya.
"Last jumpa...."
Aku cuba mengingati namun gagal.
"Masa Ayyiz lahir,dekat hospital.3 hari lepastu daddy I suruh I uruskan syarikat dia dekat sini pula"
Jelasnya.Aku mengangguk faham.
"you buat apa kat sini?you lari dari Daniel?"
Tepat sahaja tekaan Victor atau Asyraf.
"I harap you faham dan lebih afdal tentang ni.You tahukan hukum meninggalkan suami tanpa izin"
Pesan Asyraf.Aku mengeluh kecil.
"Mana you tahu?"
Soalku sambil termenung jauh memandang keindahan sungai han.
"Instagram lah,sangat sensasi lah.Youtube pun ada"
Balasnya sambil mencium pipi Ayyiz.
"hmm,kami nak bercerai dah pun"
Luahku perlahan dan sayu.
"You tak sayang dia?you tak cintakan dia?"
Asyraf melemparkan soalan bertubi-tubi.
"He going married with someone else.Dia yang nak bercerai.He give me the form"
"He give face to face to you?"
YOU ARE READING
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Teen FictionMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017