AIQA POV
Aku masih duduk di tempat aku berbual dengan Naddy tadi.
"Dia cintakan awak.Tak pernah sekali pun dia lupakan awak"
"Kalau awak nak bercerai dengan alasan dia tak bagi nafkah 5 tahun,cuba awak fikir,ada ke orang kerja kafe sampai 30 ribu sebulan?"
"Dia bagi duit tu dekat Asyraf suruh Asyraf bagi duit tu dekat you tapi dengan berselindung.Tu belum lagi yang dia bank in dekat account awak"
Kata-kata Naddy memberi sedikit kesan dalam diri aku.
"Saya dengan dia tak pernah berkhawin.Dan awak dengan dia tak pernah bercerai"
Aku menangis,menghentak-hentakkan kepalaku di meja.
Aiqa!jangan menangis!kau bukan sesenang tu je selepas dia tinggalkan kau.Itu hanya permainan.Dia hanya gunakan Naddy untuk memujuk kau.
Aku menebalkan egoku.
Ah,perempuan dengan ego.Boleh mati.
"Aiqa"
Aku kenal suara tu.Suara Asyraf.Aku mengangkat kepala memandangnya.Asyraf terkejut melihatku.
"Aiqa!biru dah dahi tu.Benjol"
Asyraf mengangkat kepalaku.Dia memintaku agar menunggu.Dia masuk ke dapur dan mengambil ais dan kain bersih.Dia menuamkan di dahi aku.
"Aiqa..please.I penatlah macamni"
Rayu Asyraf membuatkan aku memandangnya.
"You kena berbaik dengan Daniel"
Pujuk Asyraf.Aku menghentak kembali kepalaku di meja itu.
"Tak naklah!"
Asyraf hilang kata.Dia melapikkan tangan dia pada meja itu.Maknanya macam aku hantuk kat tangan dia lah.
"Aiqa,this is for you and Ayyiz.You tak sayang Ayyiz?"
Soal Asyraf.Aku mengangkat muka lalu menunduk memandang lantai.
"Biarlah saya jaga Ayyiz.Lagipun,Ayyiz dah biasa dengan Korea.Kalau saya terima Daniel balik,mesti dia tak selesa sebab kena balik Malaysia"
Aku mencipta alasan sekaligus cuba menyelamatkan diri aku.
"Boleh tak jangan bagi alasan bodoh kat I"
Tukas Asyraf sambil menggelengkan kepalanya.Dia menyilangkan tangannya dan membawanya ke dada bidang miliknya.
"I tak tahulah,Asyraf"
Luahku.Aku memandang tepat ke wajah Asyraf.Dia mengangkat kening kirinya meminta aku menghabiskan cerita.
"I tak tahu kenapa I lari dari Daniel"
"Lagi?"
"I tak tahu kenapa I susah nak terima semua kenyataan"
"Lagi?"
"I tak tahu hati I keras dan ego sangat.Padahal Daniel tak pernah buat salah dengan I pun.I larikan diri pun I tak tahu kenapa"
Luahku bertubi kemudian aku kembali menangis teresak-esak membiarkan tubuh terseduan menangis.
"Jujur I cakap,I pun tak faham dengan you"
Jujur sahaja mamat cina ni cakap.Ape punya apek.
"You tahu you rindukan dia.You tahu dia rindukan you.Kenapa susah sangat nak cakap?"
Marah Asyraf seolah sudah malas melayan aku.
"Biar saya jujur,saya bantu Daniel untuk jengukkan awak.Saya yang suruh Mel Unnie ambil awak bekerja dengan gaji RM30 ribu sebulan sebab semua tu duit Daniel.Segala keperluan awak,segala duit sewa awak,Daniel yang bayar.Duit yang awak bagi,semua saya bank in balik kat account awak.Tak ada alasan untuk awak nak bercerai dengan dia"
![](https://img.wattpad.com/cover/87828973-288-k588650.jpg)
YOU ARE READING
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Novela JuvenilMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017