AIQA
Aku memujuk Dai'e yang sedang merajuk kerana aku tidak membenarkannya mendengar drama di tingkat bawah.
"Alah Dai'e.Akak tak kaya lah nak beli macam-macam untuk Dai'e"
pujukku lagi sambil membuat aksi comel.Darwisha pula hanya ketawa apabila melihat aksi aku.
Jahat punya Darwisha,Tolong lah aku ni.
"Ai'e jahatnya kau.Maafkan lah kak Aiqa"
Darwisha seolah-olah memahami aku.Aku menghela nafas lega.
"Tak nak!Ai'e nak dengar je pun.Bukan nak buat apa-apa pun"
Dai'e membela dirinya.Aduyai budak kecik.
"A'ie kecik lagi"
Pujukku lagi untuk kali je berapa ntah.
Daun pintu bilik belajar dua beradik ini terkuak.Wajah Daniel yang bengis melangkah masuk.Aku terkedu,ini kali pertama aku melihat wajah Daniel sebegitu.
"Aiqa,Awish dan A'ie okay?"
Kami semua mengangguk serentak.Daniel mengalihkan pandamgannya ke arahku lalu tersenyum.Aku membalas senyumannya dengan kaget.
"Jom,makan"
Ajaknya lalu keluar dari bilik belajar itu.Kami bertiga saling berpandangan.
SKIP
Suasana di meja makan amatlah sunyi.Hanya bunyi sudu dan garfu berlanggar dengan pinggan sahaja kedengaran.
Darwisha berdehem kuat,memecahkan kesunyian.
"Darwisha okay?"
Soal mom prihatin dengan anaknya itu.
"Awish yang patut tanya mom,mom okay tak?why senyap sangat harini?"
Darwisha akhirnya mengutarakan soalan.Aku hanya duduk diam disebelahnya dan berhadapan dengan Daniel.
"Tak ada apa-apa,Awish makan lah sphagetti tuh"
Balas mom dengan riak sedih yang cuba disorokkan.
"Mom,Daniel ada benda nak cakap"
Daniel tiba-tiba Menyampuk.Sudu dan garfu diletakkan di tepi pinggan.
"Cakap jelah,macam tak pernah bercakap pulak"
Balas Dai'e lalu menjeling Daniel.
Apa-apa je budak nih.
"Daniel nak khawin dengan Aiqa,ASAP"
Kata Daniel lalu memandang tepat ke arah mata mom kemudian ke anak mataku pula.Aku menundukkan muka dan sambung makan sphagetti.Sedap sikit an?
"Cepatnya kau nak khawin?"
Komen Darwisha sambil membulatkan matanya.Aku setuju benor dengan Darwisha tu.
"Cakap dengan mom buat apa?cakaplah dengan empunya badan"
Balas Datin Khairina lalu memandang aku sambil menayangkan senyumannya.Aku tersedak mendengar jawapan mom Daniel ni.
"akak okey tak?"
Darwisha yang duduk disebelahku menepuk-nepuk belakang badanku sementara Daniel terkocoh-kocoh menuang air ke dalam gelas lalu dihulurkan ke arahku.
Aku mencapai gelas itu lalu menyisip perlahan.
Kalau teguk laju-laju rakus nau.Kena reject mak mentua nanti.Eh?
"Kau ni abang,tunggulah Kak Aiqa ni besar sikit.Dia budak-budak lagi"
kata Dai'e pula.
Budak dia panggil aku?
Darwisha tergelak sakan bersama Dai'e.
"Kak Aiqa dah besar okay.Dah boleh beranak pinak dah pun"
Jawabku sedas lalu memuncung.Aku main kutip je jawapan.
"Seriously dah boleh beranak dah?"
Daniel menayang muka gatalnya dan senyuman menakutkannya.Seriously creepy.
"Eh,mana ada"
Aku menggeleng laju lalu terus menyuapkan makanan ke dalam mulut aku.
Mom menggeleng melihat perangai kami.
SKIP
Aku memandang jam besar di rumah agam ni.
"Dah pukul 5 lebih dah ni.Mesti ibu risau"
bebelku sambil mencari Iphone 5 di dalam tas tanganku.
Daniel yang baru menuruni tangga berjalan ke arahku sambil tersenyum manis.
"Kenapa gelisah je ni?"
Soal Daniel lalu berdiri dihadapan aku yang sedang duduk di atas sofa empuk.Bukan selalu dapat duduk atas sofa empuk ni.
"Awak,saya nak balik lah.Dah pukul 5 lebih dah ni"
Kataku lalu berdiri mendongak memandangnya memandangkan tinggi aku hanya sama paras dadanya sahaja.
"Tak nak tidur sini ke?"
Soal Daniel pula sambil menggaru kepalanya.
"Mana ada baju.Lagipun,saya tak bagitahu ibu ni"
jawabku masih lagi dalam usaha memujukknya menghantar aku balik.Adik beradik dia ni memang susah nak pujuk ke macammana.
"Darwisha ada banyak baju,call je lah ibu nanti"
Dia melemahkan suaranya sedikit.Namun langsung tidak menjadi perhatian aku.
"Sokay,kalau awak tak nak hantar.Saya naik bas je.Bukannya jauh pun"
Bentakku lalu terus mencapai begku lalu ingin keluar.
"Okey,saya hantar"
Daniel menyerah lalu mencapai kunci keretanya.
DANIEL
Suasana dalam kereta agak senyap.Aiqa sudah tidak banyak bercakap sejak aku mengajaknya berkhawin secepat mungkin.
"Aiqa,awak okay kalau kita khawin awal?"
Soalku berhati-hati tanpa memandangnya disebelah.
"Saya muda lagi lah.Lainlah awak"
Balasnya dingin.
okey,aku salah soal.
"Saya akan bincangkannya dengan ibu saya"
Balasnya dengan tiba-tiba.
Aku mempamerkan senyuman.
"Tapi,selagi saya tak pregnant.Saya tak akan khawin dengan awak.Melainkan awak jodoh saya"
Sambungnya lagi lalu memandangku.Aku cuba menyorokkan eksperasi mukaku.
"Study okay?"
Sengaja aku tukar topik tentang pelajaran kerana sudah berkecil hati dengan jawapan Aiqa sebentar tadi.
"Okaylah jugak.Kadang-kadang frust lah sikit.Proffesor semua garang-garang"
Adunya sambil membut muka sedih.Dia tak pernah tak comel.
"Biasalah tu.Nasib baik this year saya final"
Pujukku lalu memandang Aiqa yang kebetulan turut memandangku.Seketika pandangan kami berpaut.
Aiqa melarikan pandanggannya lalu mrmandang luar tingkap.Aku tersenyum dan menfokuskan pemanduan.
__________________________
Yeay!update!
Sorry yang tertunggu tuh.
Ape-ape pun,jangan lupa baca story baru author tau
ANDA SEDANG MEMBACA
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Teen FictionMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017
