DANIEL P.O.V
"Assalamualaikum"
Aiqa memberi salam sambil menjenguk-jenguk ke dalam rumah ibunya.
Sebuah kereta Toyota Camry milik Kak Atilia dan Abang Syed diparking di hadapan rumah.
"Ada orang tak sayang?
Aku mendekatinya tapi tidak memandangnya.
"Entahlah.Aiqa tak bagitahu ibu pun kita nak datang"
Jawabnya sambil mengibas mukanya dengan tangan dek kerana matahari yang memancar.
"Biar abang call ibu"
Kataku lalu masuk ke dalam kereta semula dan mengambil Iphone 7 ku.
Aku mendail nombor ibu apabila aku sudah berdiri di sebelah Aiqa.
Aiqa memandang penuh mengharap.
"Assalamualaikum"
Aku memberi salam apabila panggilan disambungkan.
"Waalaikumussalam.Kenapa Daniel telefon ibu ni?"
Soal ibu Aiqa.
"Aiqa dengan Daniel ada kat depan rumah ibu ni.Ibu tak ada ke?"
Aku bertanya sambil menjeling memandang Aiqa yang berada di depan ku.Dia menarikku menghalang dirinya terkena cahaya matahari.Aku tersengih.
"Kak Atilia dan Abang Syed ada kat dalam lah.Masuklah"
Jawab ibu.
"Ibu kat luar ni.Tengah date dengan ayah"
Sambungnya lagi.
Aku tergelak.
"Baik bu.Nanti Daniel telefon Kak Atilia"
Aku mematikan panggilan selepas memberi salam.
"Diorang tak ada kat rumah ke?"
Soal Aiqa sambil memandangku.
"Ibu dengan ayah tak ada.Tapi kak Atilia dan Abang Syed ada"
Jawabku lalu mendail nombor Abang Syed.
Panggilan pertama tidak dijawab
Panggilan kedua dimatikan
Panggilan ketiga dimatikan
"Sayang,Abang Syed tak angkat"
Aduku.
"Ish,Abang telefon Abang Syed,Aiqa telefon Kak Atilia.Kita telefon serentak.Biar bergegar rumah ibu ni"
Aiqa memberi cadangan kebudak-budakan dan disetujui olehku.
Masing-masing mendail nombor
Talian Aiqa berjawab manakala Daniel masih gagal.
"Haff..Haff..kau nak apa Aiqa?"
Suara Kak Atilia yang bagai kekurangan oksigen menyoal.
"Aku dengan Daniel ada kat luar ni hah.Kau kenapa semput ni?Bukak lah pagar"
Jawab Aiqa
Kak Atilia mematikan talian dan pagar hadapan automatik rumah banglo setingkat ibu terbuka.
Aiqa dan aku masuk semula ke dalam kereta dan memakirkan kereta di sebelah kereta Toyota Camry milik Abang Syed
Kami beriringan keluar dan menolak daun pintu.
Syed Eman anak Kak Atilia yang sibuk berjoget menonton Didi and Friends.
Bunyi derapan tapak kaki menuju ke arah kami.
ANDA SEDANG MEMBACA
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Ficção AdolescenteMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017
