-chapter 1-

18.3K 667 21
                                    

-Aiqa-

Suasana pagi di rumah banglo setingkat aku amat riuh hingga aku naik stress.Mana tidaknya kalau adik saudara aku semua bermalam di rumah aku tanpa ibu bapa mereka yang bekerja,memandangkan cuti sekolah tiba.

Lain pula cerita abang dan kakak ku pulang bersama anak mereka.Memang macam Raya Aidilfitri.

Aku meluru ke dapur mencari ibu.

"Ibu,Aiqa nak keluar kejap boleh tak?"kataku dengan nada yang perlahan tak mahu didengari oleh adik saudaraku.

"Aiqa nak kemana?"Tanya ibu kembali,agak kuat.Mana nak dengar kalau ibu sedang berperang di dapur.Ibu memang tak faham situasilah.

Aku menepuk dahiku.Matilah kalau budak-budak tu dengar.Aku menoleh ke arah ruang tamu untuk melihat adik-adik saudaraku.Nasib baik diorang masih leka menonton cerita 'The Shallow'

"Pergi Taman je kot"balasku sambil tersengih.Aku tak janji nak pergi taman.Ibu hanya mengangguk tanda membenarkan.

"Wuu,kak Aiqa nak pergi taman eh?"Tanya Firdaus tiba-tiba.Anak Mak Usu yang baru berumur 7 tahun itu tiba-tiba berada di sisiku.

"eh mana ada"nafi aku.Nanti kalau diorang nak ikut,tak pasal-pasal aku kena jadi baby sitter.

Aku memadang Firdaus tajam.

"Jangan nak tipu"balasnya lagi.Eh budak ni.Banyak betul kosa kata dia dah belajar walaupun umur belum cecah seabad.

Tak ape kan kalau bawak sorang?Kan author kan?

"yelah,jomlah kita pergi"Aku memberi keputusan muktamad untuk membawa Firdaus selepas menerima kebenaran dari author.

"yeay!Kak Aiqa nak bawak kita jejalan lah"Firdaus menjerit sekuat hati.Semua di ruang tamu memandang aku.

Aku menghela nafas berat.Aku terima dugaan ni,Ya Allah.

skip

"beratur semua"jerit firdaus kuat di tengah-tengah laluan di taman ni.Semua mata memandang aku.Malunya.

"fikir ni kawad ke?"marah Carl,anak mak teh aku yang garang.Keturunan garang tu mesti diwarisi oleh Pak teh ku.Wajah Carl yang kuning langsat itu aku pandang.

Dah 12 tahun pun macam 2 tahun.

Aku meneruskan perjalananku.Hilang sedikit stress aku di tempat macam ni.Nyaman.

"Kak Aiqa,bila nak khawin"soal Naurah,anak kepada mak lang.Aku hanya diam tidak menjawab.Umur aku baru 18 kot.Uni pun tak nak terima aku,lagikan pulak ada lelaki nak terima aku.

"Kak Aiqa nak khawin dengan Daniel Rayyan lah"Jawab Naufal,kembar kepada Naurah.Kemudian,Naufal terkekek ketawakan aku.

"Daniel Mana ni?"Soal Naurah tidak kenal Daniel.Baguslah tu.Tak ada orang rampas aku punya.Hikhok.

"Instafamous tulah"Sampuk Carl pula.Eh budak-budak ni memalukan aku pulak.

Kalau negara ni tak ada undang-undang,dah lama aku campak budak-budak ni dalam dalam tasik di tengah taman ni.

"Dah lah.Memekak je korang.Jom duduk sana"Balasku.Malas mahu melayan budak-budak ni.Aku menunding jari runcingku dan terputih ke arah kerusi di bawah pokok redang di hadapan tasik itu.

Mereka berlari ke arah sana lalu duduk.Eh budak-budak ni.Tak hormat ke aku yang tua ni.

Aku hanya berdiri menikmati keindahan alam.Aku menjeling adik-adik saudaraku di bangku.

Sensor aku tiba-tiba muncul.Aku memandang semula ke arah mereka.Persoalan ku yang satu ini...

MANA FIRDAUS?

INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}Where stories live. Discover now