5

154 13 2
                                    

Ting tong
aku terdengar bunyi loceng segera aku panggil mama. "ma kawan mama dah sampai kot" kata ku. "tolong bukakan pintu jap lagi mama turun" balas mamaku yang tengah bersiap. asal beria sangat mama ni bersiap, aku pandang papa tapi papa hanya angkat bahu jer. aiyo.. musykil aku. aku terus ke bawah dan bukakan pintu untuk tetamu.

apabila aku buka pintu rumah aku melihat seorang wanita sebaya dengan mama dan dua orang lelaki yang sangat aku kenal. tapi macam mana diorang ada sekali ni. haish confuse aku.
"assalammualaikum, aunty silalah masuk sekejap lagi mama and papa turun" jawabku sambil memaniskan muka sebaik yang boleh. ceh nampak tak hipokritnya di situ. "waalaikummussalam, kamu ni anilina kan? wah dah besar dah kamu. makin cantik" puji wanita itu aka aunty mariah. " hehe ada ada ajelah aunty ni. saya biasa- biasa jer" jawabku padahal dalam hati dah berkembang mekar dag maklumlah kena puji. aku jeling budak belakang aunty mariah sorang sibuk dengan game dan sorang lagi tengah sengih cam kerang busuk. ish ish ish. macam mana dorang ada skali dengan aunty mariah? apa kaitan dorang dengan aunty mariah? tak kan lah adik beradik kot? mustahil mustahil.

"hai mariah, dah lama tak jumpa kau makin berseri muka kau" tegur mama ku sambil memeluk rakannya itu. "haha kau ni siti tak habis2 nak puji aku. kau pon apa kurang nya awet muda lagi" balas aunty mariah. aduh bosannya kena dengar orang tua puji antara satu sama lain. erghh rasa nak duduk kat bilik jer main dengan mel lagi bagus. tapi sebabkan kemusykilan aku tahap maksimum terpaksa lah aku tunggu kat situ tengok drama sebabak yang dilakonkan oleh my mama and aunty mariah. "eh hafiz dan zhafran pon ada. hensem anak-anak ko mar" kata mama. what? anak-anak? maknanya diorang ni kembar lah? maknanya aku kena tipu dengan zhafran lah? kurang ajar kau zhafran mati- mati aku ingat ko tak kenal si hafiz ni. adoi malunyaaaaa. aku berikan jelingan maut dekat zhafran dia hanya membuat simbol peace kat aku. ceh mamat ni memang nak kena. aku pandang dekat hafiz dia macam biasa batu keras sunyi semua kat dia lah. aku pelik macam mana lah si zhafran ni boleh jadi kembar mamat ni aka putera idamanku.

kami semua ke meja makan. ni part yang aku paling suka ni. makan. yeay... aku duduk diantara zhafran dan hafiz. serious awkward. aku nak makan pon kene control ayu. aduh duduk sebelah crus ngan mamat senget ni wat aku rasa dub dab dub dab.

ketika kami semua tengah menjamu selera. aunty mariah tetiba berkata"tujuan kami datang disini adalah" belum sempat aunty mariah habiskan ayatnya bunyi mel bergema "miaw" mel menggesel badan nya di kaki ku. aku mengangkat mel dan terus mengisi makanannya. alah tahu sangat si mel ni kalau bergesel kat aku x lain x bukan nak makanan lah tu.
selesai aku mengisi makanan untuk mel aku terus kembali ke meja makan. " maaf tadi mel minta makanan" jawabku. "tak pe aunty faham. alin suka kucing eh? sama lah macam hafiz. dia obses sangat dengan kucing" balas aunty mariah. aku menoleh ke arah hafiz nampak muka dia tenang jer tapi bila aku tengok si zhafran nj muka doa dah pucat apahal? tak cukup darah ker?
ish ish ish ni mesti takut kucing ni. padan muka kau tipu aku lagi. haih tapikan kenapa muka diorang lain eh? perangai pon lain. ish pelik betul.

"Mariah apa yang kau nak cakap tadi?" tanya mama. asal aku rasa tak sedap hati ni. ya allah tenangkan lah hati aku. "tujuan kami datang ke sini adalah aku nak sunting anak dara kau ni jadi menantu aku". kata aunty mariah. What nak risik siapa pulak ni, tak silap aku anak dara ibu hanya ada dua jer aku dengan kakak aku. tapi kakak aku bukan ke ada boyfriend. tapi nak jodoh dengan sapa? tak kan lah hafiz kena kahwin dengan kakak aku. waaa tak sanggup weh. aku terus tunduk dan sambung makan balik walaupun selera aku sudah terbantut tadi.

"anak dara aku ada dua orang yang kakaknya atau adiknya?" tanya mamaku. "nak merisik untuk adiknya" jawab aunty mariah. aku tengah menelan makanan terus tercekik. apa ni? aku baru 17 tahun kot. merepek apa merisik-risik ni. "aunty maaf mencelah tapi saya baru 17 tahun, spm pon belum lepas lagi. saya tak nak kahwin usia muda. no no no" jawabku. gila tak bantah tak pernah terlintas difikiran ku nak kahwin awal. aku yakin papa dengan mama pon tak kan setuju aku kahwin awal. haha maaf aunty mariah saya masih mahu enjoy zaman remaja saya. aku memandang mama dan papa. minta persetujuan mereka dengan bantahan aku tadi. "Aku setuju. lagipun aku pun takut anak aku ni buat benda yang bukan-bukan"jawab mama. "apa ni mama alin masih muda lagi tak kan nak kahwin. kenapa tak suruh kakak jer yang kahwin dulu?" bantahku. kali nj aku serius tak faham kenapa mama setuju permintaan aunty mariah. ni bukan zaman dulu yang kahwin awal. erghh. aku pun ada life aku. "bagus lah kalau macam tu. aku nak jodohkan zhafran ni dengan alin" what? zhafran? waaaa tak nak... alin tak suka dia. "ma,pa, aunty alin naik dulu tetiba tak der selera pulak" jawab ku. aku terus naik ke bilik ku. nak nangis pon ada. dah lah kena kahwin lepastu dengan orang yang aku tak cinta. apalah nasib. adakah patut aku menerima zhafran? atau masih mengharapkan hafiz? arghhh tension aku. eh mana mel. aduh time aku perlukan dia lah dia nak menghilang.

aku terus turun ke bawah untuk mencari mel. aku pergi ke taman mini dekat luar rumah. biasanya yang tu lah port si mel ni main. tetiba aku nampak seseorang tengah duduk dekat atas buaian sambil mengusap mel. siapa pulak ni? tak kan lah perompak kot?
-

tbc-

____________________________________
hi korang.. alhamdulillah bab 5 dah habis. so korang rasa sape eh yang pegang mel? adakah alin terima zhafran? kalau nak tahu kena tunggu bab seterusnya. btw wish me luck for exam ada 2 paper lagi huhu. jangan lupa vote and comment

MR AND MRS MEOWWhere stories live. Discover now