9

108 8 2
                                    

esok aku dah jadi tunangan orang. haih nervous pula rasanya. Semua kelengkapan pertunangan aku serahkan kepada keluarga ku. yang penting bagiku sekarang ni untuk bahagiakan keluarga ku dan SPM. yang lain aku tolak ketepi.  tapi sejak akhir ni aku perasan macam ada orang memerhatikan aku tapi aku buat tak tahu. mungkin itu hanya mainan hati aku.

aku turun ke bawah untuk tolong apa yang patut. almaklumlah esok merupakan hari yang boleh dikatakan bersejarah bagiku. aku mulai menyanyangi zhafran. dia seorang lelaki yang penyabar dan dia x pernah gagal untuk tunaikan segala yang aku mahu. aku bersyukur dengan apa yang aku miliki. namun jauh di sudut hati aku masih teringatkan hafiz. aku cuba untuk hapuskan perasaan ini namun dia sentiasa ada dalam pemikiran ku.

" eh dah turun dah pon anak dara sorang ni. awat termenung alin. rindu zhafran eh" kata mak long ku. " mana ada mak long. ni nak alin tolong pape tak?" tanyaku. hari ni rumah aku meriah sebab semua sanak saudara berkumpul untuk majlis esok. dan aku lah dijadikan modal untuk dibahan. aiyooo sabar jer lah hati.

"ha kalau kamu nak tolong. gi sana masuk kan chocolate dalam goody bag" arah mak long. aku terus pergi ke sekumpulan sepupu perempuan aku yang sibuk membuat kerja. aku duduk di sebelah farah, cousin yang paling aku rapat sebab cousin yang lain semua cam pandang rendah dengan aku dan gila nak famous. aku sendiri pon tak faham kenapa lah orang macam tu perlu wujud dan jadi cousin aku. hish hish hish.

"alin kau tak rasa ke yang zhafran dengan kau tu macam tak sesuai" kata sotong betina aka cousin aku yang paling aku menyampah gila iaitu rini. apahal minah ni tanya cam tu? " i pon pelik kenapa zhafran minat u? nak cakap u ni cantik. i rasa i lagi cantik."  tanya si amy ni pula. haih dorang ni tak de soalan lain ke? dah lama hidup? eee bengang plak aku. si farah dah bagi isyarat supaya aku buat tak tahu jer pasal soalan budak- budak gedik tu. tapi aku dah berasap. "untuk pengetahuan korang dua orang aku tak boleh nak tolak jodoh aku. cantik bukan di kira dari rupa paras tapi dilihat dari hati. kalu muka kau lawa tapi hati kau busuk sama je. dan untuk pengetahuan korang kalau jodoh takkan kemana. so korang tak payah lah nak risau aku dengan zhafran serasi ker x. tu bukan masalah korang. kalau tak serasi tak de nyer aku bertunang dengan dia. aku harap korang faham lah and hentikanlah korang punya berangan dan cita-cita untuk dapatkan zhafran sebab zhafran aku punya. dah lah takde mood aku nak buat kerja. farah jom teman aku pergi starbuck" aku terus menarik farah dan minta izin untuk keluar pergi starbuck. nasib baik mama kasi. terlepas gak lah aku dari minah-minah acah acah lawa sangat padahal muka macam jamban tak siap. aku terus masuk dalam kereta dan pandu ke starbuck.

apabila kami sampai ke starbuck kami terus membeli minuman dan lepak. well ingat lelaki je ke boleh lepak? perempuan pon boleh k. banyak cerita yang kami cerita kan pada tu lebih kepada gosip lah. maklumlah aku dengan farah berlainan sekolah namun kitaorang memang rapat gegila. tak macam amy dengan sotong tu walaupun kitaorang satu sekolah tapi kitaorang macam musuh. aku pun tak faham kenapa dia orang suka cari pasal dengan aku padahal kitaorang cousin kot. nasib nasib.

kitaorang bersembang sampai pukul 10 malam. teruk tak perangai bakal tunang zhafran ni? ish ish ish. tu pon kitaorang sedar masa pukul 10 malam sebab si zhafran call dan suruh aku balik rumah sebab dia dah sampai rumah aku. aku apa lagi kelang kabut lah nak balik. kesian si farah kena layan perangai tak semegah aku ni.

sampai di rumah, aku dah nampak dah si zhafran dan seorang lagi semestinya hafiz tengah bercakap dengan minah- minah sotong tu. haih berapi pula akak ni.

aku terus keluar dalam kereta dan pergi ke zhafran. aku berdeham sikit. si zhafran menoleh ke padaku dan senyuman manis di hadiahkan. " hi sayang. awak pergi mana?" tanya zhafran. aku terus mengambil tempat di sebelah zhafran dan aku terpandang si amy dan sotong tu jeling dekat aku? eh ada aku kesah? tu bakal tunang aku ok? " hye, saya pergi starbuck dengan farah. almaklumlah dah lama tak jumpa dia tu yang berborak sampai lupa pukul berapa" aku tersengih. " mana farah alin" tanya hafiz. " alamak, tertinggal farah dalam kereta lah" aku menepuk dahiku. ni semua sebab cemburu punya pasal lah. zhafran dah bantai gelak, hafiz dah tergeleng geleng kepala and minah dua ekor tu pura pura gelak. aku terua menjerit memanggil farah. tapi bila aku menoleh ke belakang aku ternampak farah dah berdiri di belakang dengan muka dia bengang gila nak mampus. habislah kau alin. aku hanya mampu tersengih sahaja. hehe nak buat macam mana memang salah aku pon. hehe sis redha.

" baru nak perasan aku hilang. tak guna punya cousin. merajuk ah cam ni" si farah dah mula buat drama plak. farah mengambil tempat duduk di sebelah hafiz apa lagi terjegil lah mata si sotong tu. almaklumlah sotong tu suka hafiz. " alaa ampunkan patik. patik tak berniat untuk buat begitu" aku apa lagi join lah drama sebabak. aku dengan farah ni memang otak gegila sikit. memang banyak mengarut daripada serious. hehe tapi kami seorang yang baik. jap perasan jap.

" dah lah jangan nak bergaduh pulak dekat sini" zhafran mencelah. aku dengan farah apa lagi buat mata berjuling sambil berkata " whatever" well yang tu memang tabiat kami yang tak boleh nak hilang ni semua berpunca pada si farah ah mengajar aku. tu yang aku terjebak tu. " ni kenapa zhaf dengan hafiz datang" aku bertanya. hafiz mengangkat bahu. si zhafran plak tersengih. dah kenapa dua ekor ni? sewel ke apa? " jawablah cepat" sergahku. zhafran apa lagi melatah lah. " zhaf rindu alin mak oi" farah apa lagi bantai gelak lah. amboi budak ni mudah terhibur betul. sebenarnya memang lawak pon muka zhafran tapi ayat dia buat aku terbantut untuk gelak. blushing beb. " eh eh alin blushing eh?" usik zhaf. " mana ada. merepek jer. dah lah zhaf  ngan hafiz gi balik dah lewat ni" kataku. " ye lah.. bye sayang" ujar zhafran sambil buat wink. adoi nakal betul tunang aku ni? eh eh kau ni alin esok baru dia jadi tunang harini still bakal tunang. hafiz macam biasa senyum jer dia tahu. haih asal hati aku dup dap ni. aduhai. tabahkan lah hatiku. aku kerling si mia yang dah tunjuk muka masam amboi marah la tu. tak kuasa aku nak layan.

selepas aku menghantar si zhaf dan hafiz balik aku terus masuk ke dalam bilik. baik aku get ready untuk esok. harap di permudahkan segala urusan. amin~~

-tbc-

hi korang sorry late update sebab sis cari idea nak mengarang tu yang ambil masa yang lama. jangan lupa vote dan comment. xoxoxo

MR AND MRS MEOWWhere stories live. Discover now