hari yang aku tunggu telah pun tiba. beberapa jam lagi aku akan sah jadi tunangan zhafran. majlis pertunangan aku meriah juga. banyak sanak saudara dan kenalan rapat keluarga datang . tak lupa juga rakan-rakan sekolah ku turut datang bagi memeriahkan majlis ini.
aku sudah bersiap sedia di atas pelamin. nampak x grand nyer majlis pertunangan aku. walaupun aku hanya mahu pertunangan ni dibuat secara sederhana tapi ahli keluarga aku membangkang kata mama'apa salah nyer buat grand pon lagipun bukannya kami tak mampu nak buat grand. ni pun untuk anak mama juga. jangan risau lah' itulah yang mama asyik ulang bila aku pujuk untuk buat majis secara sederhana. akhir sekali, aku mengalah je lah. nak membangkang confirm aku akan kalah punya. saya redha.
"weh bakal keluarga mertua kau dah sampai lah" si sarah mencuit aku. ish minah ni memang tau asyik mengejutkan aku jer. nasib baik aku tak melatah kalau tak jatuh maruah aku dekat depan semua orang. aku pandang ke arah keluarga zhafran. banyak nya sedara dia. tetiba mata aku terlekat dengan seseorang yang ak cuba untuk buangkan dia dalam hati aku siapa lagi iaitu hafiz. dia mengenakan t- shirt polo warna merah dan skinny jean. dia nampak segak dengan pakaian tersebut. alangkah bagusnya kalau dia yang jadi tunang aku. ish apa ni alin ingat sikit kau tu akan jadi tunang orang. tunang zhafran. aku lihat di sebelah hafiz seorang yang segak berdiri di sebelahnya siapa lagi kalau bukan zhafran tunang aku. dia berikan senyuman manis kepada ku. aku balas balik senyuman nya. lepas tu aku hanya mendengar apa yang keluarga dan keluarga zhafran bercakap. selesai mendapat persetujuan bagi dua belah pihak,n ibu zhafran datang kepada ku untuk menyarungkan cincin pertunangan di jari manis. kini aku sah menjadi tunangan zhafran.
kini tibalah masa untuk perkara yang paling aku benci iaitu bergambar. erghhhhhh. first aku kena tangkap gambar ngan aunty mariah. then gambar ngan family aku,lepastu family zhafran. and then family zhafran dan aku. lepastu gambar aku and zhafran. erghhh rimas tau tak. nak je aku berontak tapi mama dah bagi amaran so tak jadi lah aku nak berontaknya. lepas saja acara itu selesai aku terus pergi ke dapur ambil makanan. lapar woi. dari tadi perut aku buat concert rock kapak. aku membuat acara memenuhkan perut aku di dapur ye lah kena lah jaga sikit maruah. aku ni kalau dah lapar memang dah macam anak singa makan. memang tak sopan langsung. sebab tu lah aku makan dekat dapur at least orang tak nampak dan lagi satu tak ada sesiapa yang mengganggu acara makan aku. hoho
sedang aku berseronok mengadakan acara memenuhkan perut aku tetiba aku terdengar rang berdehem dari belakang. aku menolong dan guess what? zhafran ada dekat belakang aku sambil tersengih. aku lihat dia membawa pinggan yang penuh berisi lauk dan cawan yang berisi air. eh mamat ni asal ada dekat sini? ish kacau betul. " awak buat apa dekat sini?" tanyaku. dia terus mengambil tempat duduk di hadapan ku " saya nak makan dengan tunang saya lah" jawabnya. "tapikan saya nak makan sorang2 .kacau lah awak ni" marahku. "sampainya hatimu tak pe lah saya makan amy lah macam ni" zhafran berura-ura nak bangkit dari kerusi. 'ish tak boleh jadi ni. zhafran dengan si gedik tu. bahaya bahaya. "eh awak duduk sekarang. jangan nak mengada-ngada makan dengan amy sotong tu" jawabku. zhafran tersenyum senang. eceh bangga lah tu. mamat ni memang spoil kan mood aku lah. nasib baik kau tunang aku kalau bukan tunang aku memang say hye hye bye bye lah.
"sayang juga eh awak dekat saya"balas zhafran. " ada saya cakap saya sayang awak ke?" bidas ku. perasan sungguh tunang ku ini. "eleh mengaku je lah"jawabnya. "whatever lah awak" balasku dan seterusnya menutup topik sewel dia plus benda yang memalukan aku. aduhai sabar jer lah. kami bercakap dari satu topik ke topik yang lain. macam-macam juga lah mamat ni tanya aku dan semuanya aku berjaya jawab. kadang-kadan dia buat pick up line hambar yang menyebabkan aku nak ketuk kepala dia.
setelah kami habis acara memenuhkan perut kami. aku dan zhafran terus ke taman yang ada dekat rumah aku. dia cakap nak tangkap gambar kat sana then nak post dekat instagram. maklumlah mamat ni kan instafamous. habislah aku nanti mesti kena kecam dengan fans dia. tabahlah alin nak buat macam mana tunang kau kan budak hot so ko kena faham lah. yang paling aku tak tahan nyer ada yang buat group fans zhafran. kelakar gila. tapi maaflah kepada peminat-peminat zhafran, anda dah tak de peluang untuk berdamping dengan zhafran kerana zhafran adalah tunang saya harap maklum. xoxo. sebarang surat ugutan atau kecaman tidak akan dilayan sama sekali. haha. masa ni lah nak acah diva lol.
setelah acara pertunangan aku tamat. aku terus ke dalam bilik apabila semua tetamu telah pulang. penat weh aku terbaring di atas katil dan melihat rakan- rakan post gambar dekat instagram. tak ku sangka cantik juga aku hari ni. hoho puji diri sendiri. aci tak? tetiba aku nampak yang zhafran post satu gambar. gambar apa? gambar aku dengan dia masa dekat taman mama ku. yang tak boleh blah nyer time tu aku pandang muka dia pulak tu dan dia pulak pandang aku. kalau orang tengok memang lah nampak sweet tapi di sebalik tabirnya aku kena buat aksi begitu. dah lah caption dia buat aku nk kecing manis. haha. jap ni aku bagi caption pak cik tu.
zhafran_samsuddin
"I look at you and see the rest of my life in front of my eyes"
aku tengok comment dari follower zhafran aka peminat dia. semua cam patah beribu. haha ada yang sampai buat ayat panjang benjela dekat comment zhafran. aduhai crack lah diorang ni. macam lah bila zhafran dah jadi tunang orang korang tak boleh hdup. ada yang nak jadi madu aku. uish memang x ah? aku tak rela dimadukan weh. tak sanggup i. aku terus off phone and tidur hahahaha. itu lah aku punya kerja yang paling aku gemari muahaha
-tbc-
hye korang sorry lambat update sebab sis baru jer dapat idea and baru jer ada masa nak update this chapter.
YOU ARE READING
MR AND MRS MEOW
Randomkadang- kadang cinta tidak harus dimiliki :) ikuti kisah hidup anilina yang berdepan dengan dua jejaka. apakah yang harus dia lakukan?