selepas majlis bertunang aku selesai. kami masing- masing membawa haluan sendiri. almaklumlah aku dengan zhafran masing-masing tengah sibuk untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. kami hanya bercakap bila perlu sahaja ataupun pasal benda yang berkaitan dengan pelajaran. aku bersyukur juga dapat tunang yang memahami dan tak de lah 24 jam menyedel jer dekat aku. hmm cakap pasal hafiz? aku pun tak tahu keadaan dia macam mana. walaupun kami belajar dalam satu sekolah tapi jarang aku terserempak dengan dia. aku pun musykil juga tapi aku buat tak tahu jer. iyalah lagipun dia dengan aku bukannya ada papepon. eh iyakah alin? bukan ker dia bakal abang ipar kau? ha'a lah aku lupa pasal benda tu. tapi lantak lah dia. selagi dia x kacau aku, aku ok jer. baik aku focus dekat study aku dengan tunang aku.
"woi alin" aku toleh kebelakang nak tengok siapa yang x der sivik main sedap jer menjerit panggil aku. ingat aku ni pekak ke apa?
"laaa kau rupanya sarah aku ingat beruk mana lah yang menjerit panggil aku" perliku apabila aku melihat gerangan yang memanggil aku ada lah minah sengal ni.
"hehehe maaflah. aku malas nak kejar kau so aku jerit jer lah panggil kau. sambil tu aku boleh lah praktis suara aku yang merdu ni" balas sara dengan selamba.
"merdu lah sangat suara kau. aku dengar macam suara orang utan mengurat jer" balasku.dan hasil yang aku dapat adalah cubitan manja dari sarah. pedih woi minah ni cubit. "kau dah kenapa cubit aku. sakit ah" marahku.
"siapa suruh kau samakan suara aku dengan orang hutan. kan dah dapat hadiah percuma daripada aku" balas sarah dengan selambanya.
"hmm lantak kau lah. ni kenapa kau panggil aku" tanyaku.
"owh aku lupa nak bagitau. pukul 2pm ni ada meeting pengawas. wajib datang. harini pn tan join meeting tu. so kau faham-faham lah kalau kau tak datang. kau tahulah cikgu kesayangan kau nak bagi hadiah apa dekat kau" balas sarah dengan selamba.
aku melihat jam. hmm pukul 1:30pm. haih apasal lah buat meeting harini. dah lah aku penat plus malas. aku dah nampak dah katil aku memanggil aku. hish spoil betul. "hmm ye lah aku pergi. hish dorang ni macam tak ada hari lain je nak buat meeting. penting sangat ker? sampai pn tan pon join. serius kalau diorang cakap benda yang berulang memang aku pancung kepala board director. geram plak aku" aku membebel dekat sarah sambil kami menuju ke bilik pengawas.
"kau ingat kau seorang je ker yang bengang? aku pun sama tau. aku punyalah bersemangat nak balik rumah sebab nak baca novel aku tu tetiba si hafiz tu datang cakap ada meeting harini. dan dia cakap wajib. mahu aku tak hangin. tapi nak buat macam mana.redha jer lah" balas si sarah.
ish mak cik ni aku membebel dia plak join gak aku membebel. masalahnya lagi panjang pulak bebel dia. dah lah aku tengah stress tambah stress bila aku dengar makcik ni bebel.
sampai di pintu bilik pengawas tetiba aku rasa macam dada aku berdebar-debar. apasal eh? aku pun tak tahu. lantak lah lagi cepat habis lagi cepat aku boleh balik. apabila sarah membuka pintu bilik pengawas tetiba aku dengar sarah menjerit.
"ya allah maksiat weh maksiat. apalah salahku pada hari ini sampai aku ternampak benda-benda yang tak sepatutnya. ya allah ampunilah dosa2 hambamu ini" kata sarah sambil menutup mata. aku musykil juga dengan minah ni. so aku pun tengoklah apa yang terjadi and aku ternampak hafiz yang sedang duduk di atas riba ali. laaa pasal tu je ker?
"ish over betul lah kau sarah. ni normal lah lelaki buat macam ni" balas ali.
"normal taik kucing kau. dah macam gay aku tengok korang. kau tau tak yang ni boleh dikatagorikan liwat. and kau tau tak hukuman orang liwat apa? hafiz kau ni pon sekor macam tak der tempat lain jer nak duduk. atas riba ali gak lah kau nak duduk. aku bagi tau mak kau nanti" sarah dah mula bebel dah. almaklumlah sarah ni memang pantang bab bab macam ni. boleh dikatakan yang dia ni seorang yang alim gak ah. tapi jangan sampai dia marah kalau kau buat dia marah memang si sarah ni akan berubah jadi syaiton. habis semua benda nak dicarutkan.
"aku tahulah hukuman orang liwat iaitu dikurung dalam rumah sehingga bertaubat atau mati. masalahnya aku bukan gay lah. ni si ali ni ambil tempat aku tu yang aku duduk atas dia. haih kau ni tak yah nak jadi spy mak aku sangat. tak habis-habis nak mengadu. sakit otak aku. dah pergi duduk sana" jawab hafiz.
aku dan sarah duduk di belakang hafiz dan ali. ali pon dh duduk di kerusi dia dah. tapi alu baru perasan yang hafiz dah lain sikit. dia lebih banyak bercakap daripada dahulu. and sudah berani dah nak balas balik apa yang si sarah ni cakap.
aku terus buka buku mathematic dan siapkan tugasan yang cikgu kasi sementara nak tunggu meeting start. si sarah pulak bersembang dengan hafiz. tah lah apa yang disembangkan yang pasti aku terdengar yang pasal projek ppi. aku malas nak ambil tau sebab aku bukannya terlibat so baik aku diam dan buat kerja aku.
"weh korang pn tan cakap nanti ada kem untuk pengawas. korang nak join tak?" tanya ali.
"eh macam mana kau tahu? asal aku tak tahu?" tanya hafiz
"pn tan baru hantar whatsapp dekat dalam group" jawab ali.
aku dan sarah berpandangan kami dah tersenyum jahat hehe adalah benda untuk dibahankan dekat ali.
dalam kiraan tiga aku dan sarah berkata "ayokk ali bawak phone. pengawas tak guna. kitaorang bagitau pn tan"
ali berkata "jangan nak mengada ngada eh. aku bawa ni sebab ada emergency lah"
"emergency lah sangat. macam lah aku tak tahu yang kau bawa phone sebab kau nak tangkap gambar sal kan?" jawab sarah.
"eh eh mana ada mana ada jangan nak tuduh-tuduh ok" balas ali. ha tau pon takut.
"hish korang ni dah-dah lah kacau ali. kesian aku tengok dia. kau tu sarah tak habis-habis nak kenekan orang" jawab hafiz yang cuba untuk meleraikan sesi kacau mengacau aku dan sarah.
"eh mana ada aku kenekan orang aku bercakap berdasarkan fakta tau." bela sarah.
"fakta lah sangat" balas ku. hasilnya aku dapat cubitan khas lagi daripada sahabat ku sayang.
belum sempat aku nak balas tetiba aku nampak pn tan dh masuk. aku menjeling ke arah sarah dan dia hanya membuat tak tahu sahaja. cis tak guna punya kawan. siap kau. so meeting pengawas kami bermula lah. aku mendengar segala bebelan pn tan dan board director pasal prestasi kami, masalah disiplin dan kem pengawas.
setelah 1 jam cikgu bebel akhirnya meeting kami berakhir. "saya berharap pengawas tingkatan 5 akan hadir dalam kem pengawas pada tahun ini. sekarang kamu semua boleh bersurai". kata pn tan.
aku dan sarah bergegas keluar ke bilik pengawas. kami memang macam tu. pengawas paling malas nak stayback hahaha.
"waaaa bebas gak aku dari kebosanan" jerit sarah macam orang yang baru lepas keluar daripada penjara."ish kau ni cover lah sikit buat malu aku jer lah" balas aku.
"hehehe maaf maaf. serious bosan dowh tadi. btw aku nak gerak balik rumah ni. kau nak balik ke atau pergi singgah library?" tanya sarah.
"semestinya aku akan balik. tak kuasa aku nak duduk dekat library" balasku.
"ok ah kalau cam tu aku gerak balik dulu. tata weh" kata sarah
aku hanya melambai ke arahnya dan balik ke rumah.
"kau tak akan bahagia anilina" kata seseorang..
-tbc-
YOU ARE READING
MR AND MRS MEOW
Randomkadang- kadang cinta tidak harus dimiliki :) ikuti kisah hidup anilina yang berdepan dengan dua jejaka. apakah yang harus dia lakukan?