hari berganti hari kem pengawas semakin dekat namun aku masih belum membuat keputusan. ikutkan hati memang lah tak nak pergi sebab sarah tak pergi. bosan weh kalau sarah tak ada tapi aku rasa bersalah pula dekat carissa sebab dia beria- ria ajak aku pergi kem tu siap belikan makanan untuk aku lagi. semangat betul. aduh apa aku nak buat ni? nak pergi atau tak? hmmmm
Tetiba
telefon aku berbunyi, aku dah boleh agak siapa yang call aku tu kalau bukan zhafran aka encik tunang.
" Hello, nak apa?" tanya ku
"Hi nak awak boleh tak?" jawab si pemanggil
" hahahahambar. tak lawak lah. okey serious ni kenapa call" tanyaku. mesti ada something ni kalau tak der pape dia takkan call aku. sebab selepas bertunang kitaorang jarang on the phone, keluar and beramah mesra(eceh). maklumlah spm pon nak dekat. so masing2 nak tumpukan perhatian dekat pelajaran."saja je nak call awak. rindu" aku terdengar suara zhafran macam menipu jer. mesti ada benda yang dia sorokkan daripada aku.
" menipu lah awak. saya dengar suara awak pon saya tau yang awak tengah menipu. baik awak cakap jujur" kataku
" urmm sebenarnya shasha ajak saya keluar teman dia pergi beli barang dekat 1 utama. so awak bagi ke?" aku rasa macam something wrong ah bila zhafran cakap macam tu. kenapa dengan shasha. tak ada orang lain ke selain zhafran yang dia nak ajak. mesti ada something ni.tak apa2 nanti aku siasat.
"hello hello awak ada lagi tak ni? awak kasi kan?" ujar zhafran
tersedar aku dari khayalan " ada lagi. hmm awak pergi jer lah. but awak pergi bila?" tanyaku.
"malam ni. ok lah saya kena gerak dulu. bye" telefon terus dimatikan oleh zhafran. kurang ajar. mesti ada benda yang dia sorokkan ni. tak apa kau tunggu malam ni aku skodeng kau.
"hello sarah malam ni aku amik kau kat rumah kita gi 1 utama ada benda sikit nak buat" kataku kepada sarah.
"hi alright. bye weh aku nak sambung tidur" talian terus dimatikan oleh sarah. tak senonoh betul lah budak ni.
hmmm baru pukul 5pm. baik aku bersiap dulu. pukul 7pm dah kena mulakan misi ni.
'zhafran wait for me. aku nak tengok apa yang kau nak beli sangat dengan perempuan tu dekat 1 utama' getusku.
skip
"woi kau dah siap ke? aku dah ada dekat depan rumah kau.cepat keluar" kataku. aku nampak si sarah ni klang kabut keluar dari rumahnya masuk ke dalam kereta ku. tahu pun gelabah minah ni. ni mesti tak lain tak bukan lambat bersiap ah ni.
"so kita nak gi mana?" tanya sarah setelah duduk di tempat penumpang.
"woi bongok kan aku dah bagitau yang kita nak gi 1 utama" jawabku dengan bengang. mana tak bengang kalau kena ulang benda yang sama banyak kali sebenarnya baru dua kali tapi ada aku kisah?
"owh x yah ah marah. kau ni pahal asyik nak berangin jer? PMS ker? btw apa misi kau?" jawab sarah. aku terus mulakan pemanduan.
"memang PMS pon tambah lagi si Zhafran buat benda pelik. mahu aku tak hangin. dah lah keluar dengan sotong tu. lepastu boleh pula tutup phone time aku belum habis cakap. erghhh geram nya aku. misi kita mestilah nak stalk diorang" jawab aku.
"kau kalau nak mengadu pon perlu ke membebel plus menjerit. sakit telinga aku tahu ta? kalau aku pekak nanti siapa yang susah? aku juga kan. nanti hilang peminat-peminat aku" balas sarah. dah mula dah perangai dia yang riak plus perasantan.
"pape jer lah sarah yang penting skarang ni kau boleh tak switch off kan kau punya mulut aku nak focus ni. kang tak pasal-pasal tak bernyawa kita dua karang" balasku. dan kami berdua melayan lagu sementara aku memandu menuju ke tempat yang ingin kami tuju.
15 minit kemudian
kami tiba di 1 utama. aku terus bawa si sarah ke starbuck. sebab apa? sebab selalunya zhafran kalau nak start pape tempat pertama dia akan pergi adalah starbuck. maklumlah mamat tu hantu starbuck. aku pun tak tahu kenapa dia ketagih sangat dengan minuman tu sedangkan aku rasa biasa jer air tu. nampak tak bajet dia di situ. ah lantak ah yang penting aku kena berjalan juga.
setelah kami ambil minuman kami aku dan sarah terus mencari tempat kosong yang tersorok sedikit so supaya zhafran tak perasan yang aku intip dia. hehehe. selang beberapa minit aku ternampak si zhafran dengan shasha tu masuk. amboi siap bepegang tangan bagai. aku yang tunang dia pon tak pernah buat macam tu tau. haish ni bengang ni.
"weh apa kata kita serang diaorang sekarang" ujar sarah. "woi lek dulu kita tengok jer dulu apa yang diorang buat" kataku.
kami melihat scene sweet muet nak muntah tahap gaban yang dilakonkan oleh zhafran dan shasha. erghh berbulu mata aku tahu tak. dah ah bersuap bagai then boleh pula si shasha tu peluk lengan zhafran yang mamat tu pon satu boleh pulak biarkan minah tu peluk dia. aku terus keluarkan phone ku dan tangkap gambar aksi dua orang makhluk tu.
"weh sabar dowh. aku tahu kau sakit. aku pun tak tahu apa yang si zhafran tu pandang sangat dekat si shasha sotong tu. dah ah gedik, pakai baju pun tak cukup kain. ish buta betul si zhafran tu. aku rasa nak cungkil jer mata mamat tu. lagi senang. geram pula aku" balas si sarah cuba untuk tenang kan aku.
"aku tengah sabar ah ni. aku rasa semua lelaki sama je" balasku.
" tak semua laki cam tu ada je yang baik contohnya hafiz" balas sarah
"krik krik no comment" balasku. kami terus memerhati dua sejoli yang tengah bersuka ria dating tanpa hiraukan orang sekeliling sedangkan yang sekor tu dah ada tunang dah. tak sedar diri.
selepas beberapa minit diorang terus keluar daripada starbuck siap peluk pinggang bagai. berbulu mata aku tengok nya. aku dengan sarah mengikuti dorang dari belakang hingga ke kaunter ticket. owh tengok wayang rupanya.
aku lihat setelah zhafran beli ticket wayang dia terus datang ke shasha dan mereka berpelukkan. aku nampak si shasha cium pipi zhafran. time tu aku rasa hati aku dah retak jadi dua. tanpa dapat ditahan air mata aku jatuh juga. siapa yang tak kecewa bila tunang kau tipu kau dan dicium oleh perempuan lain. sarah terus memeluk aku memberi aku kekuatan.
setelah tangisan aku reda. aku kena kuat. anggap ini sebagai dugaan. berani alin. sampai bila kau nak diperbodohkan oleh dia. kedepan sekarang. aku terus berjalan ke tempat zhafran dan shasha yang tengah berpelukkan. sarah mengikuti dari belakang. aku terus berdeham mengejutkan mereka yang tengah berada dalam dunia diorang.
"ehem ehem" zhafran dan shasha memandangku. aku berikan senyuman sinis kepada dua orang tersebut. mereka berdua terkelumemandangku. muka zhafran semestinya pucat gila.
"a.....a.......alin" zhafran menegurku
-tbc-
hye korang maaf sebab lambat update harini baru dapat mood plus idea untuk siapkan chapter ni? korang rasa apa yang bakal terjadi dengan hubungan zhafran dan alin? adakah alin akan maafkan zhafran dan hubungan diorang akan pulih semula ataupun sebaliknya? kalau nak tahu stay tune tunggu nesxt chappy. inshaallah sis akan update secepat yang ungkin. please vote and comment tau. kalau korang ada idea untuk menarikkan lagi cerita ni sila lah comment kan bawah. xoxo
YOU ARE READING
MR AND MRS MEOW
Randomkadang- kadang cinta tidak harus dimiliki :) ikuti kisah hidup anilina yang berdepan dengan dua jejaka. apakah yang harus dia lakukan?