Beberapa minggu kemudian
Spm telah pon tibaAku menjejakkan kaki ke sekolah ini setelah lama aku tinggalkan sekolah ini. Rindunya dengan suasana sekolah. Alin focus hari ini kau ada exam yang penting dimana benda ini menjadi penentu untuk masa depan kau.
Aku terus masuk ke dalam dewan peperiksaan. Aku tahu yang zhafran akan duduk di sebelah aku. Tapi peduli apa aku yang penting exam aku daripada dia. Lagipon aku dah buang feeling aku kat dia bak kata orang dah move on. Selamat jalan romeo. Lol dah kelaut sangat aku ni.
So aku jawab kertas aku dengan tenang.
Hari terakhir spm
Hari terakhir spm bermakna hari terakhir aku jadi pelajar. Woooo maknanya aku dah dikira dewasa lah ni. Hmmm apa aku nak buat eh? Yang pasti aku kena jadi model dekat butik kak shila. Lepastu aku nak habiskan masa aku dengan tidur. Indah nya hidup.
Sedang aku menikmati keindahan yang bakal aku cipta. Tapi ada seorang penghacur keindahanku. Haish ada jer yang dengki ni
"Alinnnnnnn" zhafran memanggil.
"Mm nak apa?" Tanyaku
"Lepas ni awak ada plan nak gi memana ker?"
"Hmm ada" jawabku
"Saya ingat nak ajak awak makan sambil tu kita bincang pasal hubungan kita" jelasnya
"Sorry saya ada banyak benda penting kena buat. Pasal kita tu semuanya dah settle. Saya rasa biarlah kita berkawan. Kalau ada jodoh tak kemana kan" jelasku
"Er...." jawabnya
" dah lah saya malas nak cakap pasal benda ni lagipon benda ni dah selesaikan. So saya balik dulu bye" balasku dan terus berlalu meninggalkan nya.
"Weh jom celebrate... kan kita dah abis spm wohooooo" jerit mia kepada ku. "Ok lets go" aku ngan mia.
aku dengan mia macam biasa kitaorang terus ke cafe yang biasa kitaorang lepak.
cafe HR
"Weh lepas ni apa plan kau?" tanya mia.
"Hmmmm aku? tidurlah kot sampai tahun depan" jawapan selamba badak aku bagi dekat mia.
"Hotak kau.. Bebetul lah kau nak buat apa lepas spm ni hish kau ni. cuba lah serious ni tak habis habis nak memain" bebel mia. ambik kau sedas dia bagi.
"Hish kau ni tak habis- habis nak bebel. chillex sudah. maybe aku nak rehat dulu before aku fly" kataku.
"WHAT??? FLY??? ko nak pergi mana? buat apa? dengan siapa? asal tak bagitahu aku?"
"ish kau ni asal macam polis pencen? berdesup soalan ko bagi kat aku. satu- satu boleh x?" balasku sambil menggeleng. si mia dah mula buat muncung itik dia. di fikir dia lawa sangat lah tu dengan mulut cam itik. itik pon malu nak ngaku yang tu saudara dia.
"eeeeeeeee cepatlah jawab soalan aku" balasnya.
"yeye sabar lah. aku nak jawab lah ni. ee kau ni tak reti nak sabar langsung. first sekali aku akan fly pergi jepun. sebab apa? sebab nak sambung study lah beb takkan lah dating kot. aku memang lah tak citer kat siapa-siapa lagi. family aku dengan kau jer yang tahu. kiranya kau orang bertuah ah sebab tahu benda awal. hoho. aku pergi denga family aku lah sebab nak uruskan hal register aku dekat sana. second january aku pergi lah. kiranya aku ada sebulan je untuk berehat sebelum sambung study." terangku dengan panjang lebarnya kalau makcik ni tak faham faham lagi maknanya ada lah tu wire dekat kepala otak dia tercabut. hihihihi
"Owhhhh. alaaaaa lepas ni bosan lah aku.. tak de lah kawan nak membawang bersama- sama. Asal lah awal sangat kau sambung study dah lah result belum keluar lagi. jauh pula tu.. sedih aku huhuhuhu" rungut mia.
"ee kau ni macam budak kecik lah. kawan kau yang lain kan ada. tak pun kalau kau rindu aku boleh jer video call or skype. skarang ni zaman dah maju and moden lah.. so tak de maknanya hubungan kita terputus. bagi aku kau lah sahabat aku dunia dan akhirat" balasku sambil memeluk mia.
dah jadi drama melayu lah pula kitaorang ni. dah lah dekat cafe yang ramai orang. mesti ramai pelik ngan kitaorang tapi nak buat macam mana si mia ni kalau berdrama memang tak kena tempa. kalau aku buat tak tahu lagi teruk dia punya drama. baik aku tebalkan muka layan jer lah dia punya drama.
"eh wait, macam mana hubungan kau dengan zhafran?" mia leraikan pelukan.
"entah aku pun tak tahu. biar je lah tergantung sepi. malas nak fikir. banyak lagi benda lain yang aku boleh fikir selain dia" balasku sambil mengirup caramel mocha.
"cam tu pulak dah" balasnya sambil menepuk dahi" balas mia
"hehehe macam tu lah takkan lah macam ni plak" balasku
"hahahahahahaHAMBAR lah alin" sambil dia baling kotak tisu kat aku. nasib baik aku sempat mengelak kalau tak habislah muka aku yang cantik ni ada bekas kotak tisu tu.
lepastu kami bersembang pasal banyak perkara sampai tak sedar yang malam sudah melabuhkan tirai(x tahulah betu ke tidak ayat tu almaklumlah dah lama tak belajar bm).
"weh jomlah balik dah malam dah ni nanti ibu aku risau pula" ajakku.
"alright. jomlah nanti karang ibu aku bebel pula" balas mia.
kami berdua pon balik ke rumah masing-masing.
bila aku sampai rumah aku terlihat kelibat manusia yang aku tak nak jumpa tapi kan kenapa dia ada kat rumah aku eh?
"eh hafiz asal kau ada kat sini" tanyaku kepada hafiz yang sedang bersenang- lenang kat sofa tu. amboi buat macam rumah sendiri nampak. dah lah aku tengak ada masalah ngan dia punya kembar boleh pulak dia relax kat rumah aku. ish dasar muka tembok. erghhh
"owh awal balik rumah. aku ingat kau lupa jalan nak balik rumah. anak dara jenis apa lah kau ni" ish bukan nak jawab soalan aku alih alih aku pula yang kena perli dengan dia.
"eh suka hati aku lah nak balik bile pon kau siapa nak perli- perli aku bagai. apa hak kau?" balasku. dah lah aku tak ada mood boleh pulak dia buat muka toya dia. eee angin plak aku. kalau macam ni hari - hari boleh darah tinggi aku dengan budak ni.
"PMS eh kak. Relax lah aku tanya jer pon. Tu pon nak melenting. ish cepat tua lah kau" balasnya.
"WHATEVER. Kau sebenarnya nak apa datang rumah aku ni? ada hutang ke atau nak jual carpet? kalau nak jual carpet maaflah aku tak nak beli baik kau pergi rumah mia dia kekurangan karpet." amik kau... adub maaflah mia nama kau jer terlintas dalam kepala otak aku nak buat macam mana.
"Amboi kasar nampak. aku sebenarnya datang ni pon kene paksa. mummy aku suruh hantar barang dekat rumah kau . tu yang aku ada dekat sini." balas hafiz.
"Dah bagi kan. sila lah balik ke rumah anda wahai encik hafiz" dengan sopannya aku menghalau hafiz keluar dari rumah. hahaha jahatnya kau ni. tapi nak buat macam mana aku memang jahat pon.
"ish alin apa ni. tak elok tau buat hafiz macam tu. mama yang suruh dia tunggu" kata mama ku yang tetiba muncul dengan beberapa tupperware. ni mesti nak tukar-tukar makanan lah ni. tak silap lagi.
" hmm sorry hafiz. mood aku tak berapa nak bagus sangat harini. bye nak naik atas jap. "aku terus masuk ke dalam bilik.
" maafnyer hafiz. anak aunty tu memang berangin sikit." balas mamaku
"tak pe lah aunty. saya faham. ada lah tu masalahnya. aunty saya balik dulu nya assalammualaiku" balas hafiz
"waalaikummssalam , kirim salam dekat mak kamu nyer" balas mama aku.
hafiz pon pulang ke rumah nya.
-tbc-
hi korang!!!!! sorry lambat update sebab lately ni busy ngan final exam but skarang ni dah free and idea plak mencurah curah so inshaallah bulan 5 ni boleh lah kot abiskan cerita ni... so enjoy and jangan lupa vote tau
YOU ARE READING
MR AND MRS MEOW
Randomkadang- kadang cinta tidak harus dimiliki :) ikuti kisah hidup anilina yang berdepan dengan dua jejaka. apakah yang harus dia lakukan?