Kathryn duduk berteleku di lantai merenung kembali segala memori ketika di kolej dahulu. Kolej Tun Astana. Menyimpan memori yang indah, pahit dan paling sukar untuk dilupakan. Menjadi pelajar sekolah menengah di situ merupakan impian semua pelajar dan ibu bapa yang mengingginkan masa depan anak yang cerah.
Bagi Kathryn pula, bukan itu yang paling bermakna. Dia pelajar yang terlalu banyak berimaginasi. Sekiranya rakan-rakan seperjuangan yang lain pergi ke sekolah untuk mengejar impian tetapi dia lain pula.
Crush. Sejak tingkatan 1, crush dia tidak pernah bertukar, tetap orang yang sama. Dennish Alvin Lee. Siapa tak kenal, pelajar lelaki yang paling famous ketika itu. Dengan band yang dia sendiri sebagai ketua dan vokalis utama. Tapi... Masuk tahun ketiga Kathryn belajar di sekolah tersebut dan masuk tahun ketiga dia meminati pelajar gilaan ramai, satu peristiwa yang tak disangka-sangka telah berlaku. Peristiwa yang terus merubah perjalanan hidupnya dari seorang gadis yang 'unknown' kepada seorang gadis yang 'popular' kerana dilabel sebagai pembunuh kawan baik sendiri.
Siapa sangka, seawal usia 15 tahun, dia dituduh sebagai pembunuh, penyebab kematian Theffany hanya kerana seorang lelaki! Dan lelaki itu... adalah tidak lain tidak bukan, lelaki pujaannya sendiri, Dennish Alvin Lee.
"I miss you, Theff," bisiknya perlahan. Mengusap cermin foto yang merakam wajah dia bersama dua rakan baiknya, Jessica dan Theffany. "It has been years..." ucapnya lagi.
"Hey," sapa satu suara di belakangnya. Kathryn segera menoleh dan mengukir satu senyuman simpul.
"Hai, Luke," dia membalas sapaan lelaki itu. Luke terus melabuhkan punggung, duduk di sisi teman wanitanya dan mengamati segala perlakuan gadis itu.
"Buat apa?" soalnya. Luke mengemam bibirnya dan membulatkan matanya memandang ke arah Kathryn yang sudah mula tersengih.
"Hmm, main masak-masak?" jawab Kathryn dalam ton nada yang sama.
"Funny," Luke membuat wajah dan meliar pandangannya ke arah bertentangan.
"You lah yang lawak, tengok orang tengah pegang album, lagi nak tanya tengah buat apa?" muncung Kathryn masih enggan mengaku kalah.
"Dah soalan tu automatically nak keluar? Is not my fault!" ujar Luke pula membuatkan Kathryn turut meniru mimik muka Luke ketika menuturkan kata-kata tersebut.
"I give up," Luke memegang kedua-dua lututnya sebelum bingkas bangun dari sisi Kathryn sebelum gadis itu semakin galak mengusiknya.
"Hahahahaha," meletus tawa Kathryn apabila melihat teman lelakinya sudah mula merajuk.
"You're still bad in supressing your sulking,"
Luke memberikan pandangan tajam ke arah gadis berwajah kucing itu. Ya, berwajah kucing. Mungkin sebab itu parents dia beri nama dia Kathryn kot, garisan-garisan yang terbentuk di tepi mata ketika dia ketawa, mata yang tertutup rapat membentuk eye smile dan yang paling pasti, Kathryn akan menyapu air mata yang keluar setelah berhenti ketawa. She's definitely a cat.
"Joshua, Jess dengan Denny nak datang rumah nanti," beritahu Luke ketika Kathryn sudah mula mengemas album-album di atas lantai ke dalam kotak yang terletak di penjuru ruang tamu.
"Okay," ringkas jawapan Kathryn.
"Jomlah," ajak Luke tiba-tiba. Kathryn yang sudah menutup kotak itu segera menoleh ke arahnya. Seakan-akan ada simbol tanda tanya yang besar pada wajah Kathryn ketika dia mengerutkan dahinya.
"Pergi mana?" soalnya.
"Hmm, to get some groceries and snacks?" Luke menjongket sebelah kening.
"Ohh..." Kathryn menepuk dahinya. "Wait a minute," sambungnya lalu masuk ke dalam bilik dan mengambil sweater berwarna krim kegemarannya serta dompet dan telefon bimbit.
"Jom,"
* * *
[-01.12.16- Wew, first part dah update! Saya harap sangat ada orang baca cerita ni terutamanya readers My Confession yang dulu. Are you guys still here on Wattpad? I hope so. Update, saya tak berani nak janji untuk buat daily update but saya memang akan tetap update at least once a week. Kalau free, maybe double or triple update in a week? So, jumpa dalam Part 2, alright? Hope you like it, *pss* and still remember the first story-line huhuhu]
+First rank of our first part is #736 in Romance. Hmm kinda great start. 😊
YOU ARE READING
My Confessions 2 || Malay Story [✔]
Romansa•|| M A L A Y N O V E L ||• "... And they live happily ever after." No. This is not a typical fairytale story you'll find out there. Book Two of My Confessions Based on Manga (Book One) and high imagination of mine. :: The art in the cover...