“Apa yang kau dapat?” soal suara yang berada di hujung talian.“Dee, aku tak nak dah masuk campur dalam hal ni,” jawabnya.
“Kau cakap apa?”
“Pleaselah, Dee. Tadi, aku hampir kantoi dengan Denny kau faham tak?”
“Eh, bodoh! Memang tu pun yang patut terjadi. Lagipun, tak ada siapa yang nak percaya kau selain aku. Kau dikenali sebagai pembunuh Theffany dan juga akan dikenali sebagai pembunuh Kathryn,”
“Aku bukan pembunuh lah!! Kau yang bunuh dia!”
“Ada aku kisah? Orang tak kenal aku. So, by hook or by crook, kau kena jadi accomplice aku sampai aku dapat Luke,”
“Sampai mati pun kau takkan dapat Luke!” jerit Sophea.
“Dan sampai matilah kau akan jadi orang suruhan aku.”
“Sial!” Sophea menamatkan talian telefon dan melontarkannya di atas katil. Dia duduk di birai katil lalu meraup wajahnya. 4 tahun. 4 tahun dia dikenali sebagai pembunuh Theffany.
“Aku kena bagitahu Denny perkara sebenar tapi dia tak percaya kat aku,” ujarnya perlahan. Ya, memang keluarga mereka pernah bercadang untuk menyatukan mereka berdua dan memang dia menaruh perasaan pada Dennish. Siapa tidak? Mungkin orang pandang Sophea seperti mengejar harta Dennish, tapi Dennish adalah satu-satunya lelaki yang paling rapat dengannya sejak kecil. Sejak kematian abang sulung dan satu-satunya adik beradiknya, Stephen.
Sophea mengeluh panjang apabila telefonnya berdering menandakan ada mesej yang baru masuk.
D, 8.00pm
Kau jgn jd bodoh nak beritahu Denny psl benda ni. Kau tahu apa benda yg kau ada dekat aku, dan aku x teragak2 utk sebarkan benda tu.
•••
“So, kenapa?” soal Luke seraya duduk di sofa bertentangan dengan Joshua dan Dennish.
“Kau ni, agak-agaklah. Baru datang terus tanya,” Denny berkata selamba.
“Aku kena cepat, nanti Rin sorang kat rumah,” ujar Luke.
“Yelah, yelah,” Joshua mengangguk bagai burung belatuk.
“Mana mesej tu?” soal Dennish.
“Mesej apa?”
“Mesej yang kau terima dari unknown tu lah,”
“Aku dah buang,” ujar Luke selamba.
“Kenapa kau buang?”
“Nanti Rin baca. Dia memang bukan jenis nak check barang-barang aku, tapi yelah... Aku pun bukan nak sangat simpan benda macam tu,”
“Elok kau kahwin je dengan Rin,”
“No... Aku nak tanya... Kenapa dengan korang ni?”
“I found out yang Sophea stalking your social medias alongside with Rin’s. Yeah, she’s my cousin but she killed my girlfriend, Luke. I want you to be careful,”
“Wait up.... Dia stalk aku? So? Jauh sangat korang menyimpang ni,”
“Luke, boleh tak kau jangan nak fikir positif sangat?” marah Joshua.
“Tak, masalahnya korang yang terlalu overreacted. Okay, aku tahu she killed Theffany, so what? Yelah, time dia datang rumah aku pun, nampak bitchy face dia tapi aku tak rasa dia nak kat aku,” Luke menjeling Dennish sekilas.
“Dia tak mengaku yang dia bunuh Theff. And kau lupa ke dia tak pernah ditahan?” Luke mengigit bibir bawahnya. Mula berfikir.
“Kau orang nak cakap yang mesej aku terima tu daripada dia?” soal Luke teragak-agak.
“Kalau kau fikir macam tu, then yeah,”
“Tak, guys... Kalau dia hantar, apa motif dia?”
“Dan apa motif dia nak stalk kau?”
“Maybe dia tak stalk, just tengok?”
“Kalau kat news feed aku boleh terima, ni memang betul-betul kat wall kau. Insta, Facebook, Twitter kau... Kalau kau ada banyak lagi, semua app tu dia buka okey?” Dennish mula panjang bicaranya. Luke tahu kalau Dennish sudah banyak bercakap, dia memang betul-betul gelisah ketika itu.
“So, how?”•••
Kathryn bergegas ke arah pintu apabila loceng dibunyikan berkali-kali. ‘Hish, Luke ni tak pandai sabar,’ keluhnya.
“Kejap, Luke! Sabar sikit boleh?” dia marah-marah sambil memulas tombol pintu dan ketika dia baru sahaja ingin membuka grill dia terpempam apabila lelaki yang tidak dikenali berada di hadapannya.
“Wait, who are you?” lelaki itu memakai hoodie dan cermin mata hitam. Serba hitam dari atas sampai bawah. Lelaki itu kemudiannya menghulurkan bungkusan kotak melalui grill itu.
“What?” Kathryn tidak segera mengambilnya. Dia masih tertanya-tanya siapa lelaki itu.
“Who are you?” sekali lagi dia bertanya namun tidak berbalas.
“Hello, I’m talking to you,” Kathryn mula naik angin namun bersabar. Lelaki itu masih menghulurkan bungkusan kotak itu.
“What is this?” Kathryn mula mengangkatkan tangannya ke atas, ingin mengambil bungkusan kecil itu. Apabila bungkusan itu sudah berda di tangannya, lelaki itu segera berlalu pergi.
“Hey, wait!” jerit Kathryn berkali-kali namun lelaki itu terus berjalan tanpa menoleh sehingga bayangnya hilang setelah mengambil jalan ke arah kanan.“Apa benda ni?” Kathryn mula membuka bungkusan itu. Bungkusan itu ringkas, berwarna coklat cair dan kotak berwarna putih. Apabila dia membuka kotak itu, matanya terbeliak. Terkejut dengan isi di dalamnya.
“What the hell?” desisnya. Dia menjauhkan kotak itu daripada wajahnya kerana bau yang teramat busuk.
“Ada kertas,” ujarnya. Dia perlahan memasukkan ibu jari dan jari telunjukkan ke dalam kotak itu. Ingin mengambil kertas putih yang sedikit kotor akibat darah tikus yang mati di dalam kotak itu. Nasib baik Kathryn bukan jenis yang penggeli, namun bau bangkai itu...“You buat apa kat luar, Rin?” terkejut dengan kedatangan Luke, kotak itu terlepas dari pegangannya. Kertas itu pula berjaya diambil dan di tangan kirinya.
“Luke?”
“What.... Siapa bagi you benda tu?!” jerit Luke apabila melihat isi kotak itu terkeluar ketika jatuh di atas lantai.
“I... Tak tahu,” Kathryn mengangkat bahu. Mukanya blur.
“Buka grill ni sekarang,” arah Luke dan Kathryn hanya menghulurkan kunci ke arah Luke. Luke segera menariknya dan membuka grill secara gopoh.
Kathryn membuka kertas itu menggunakan jarinya. Membaca bait-bait ayat yang ditulis menggunakan darah tikus itu. Err, tak kot? Mungkin cat?LEAVE LUKE ALONE
“Luke, kotorlah! Jangan pegang macam tu,” tegur Kathryn apabila Luke merampas kertas putih itu daripadanya.
“Siapa punya kerja ni?!” jerit Luke. Mula marah dengan semua perkara yang berlaku.
“Siapa bagi you?”
“I tak tahu. Tadi loceng bunyi, I ingatkan you tapi ada lelaki pakai serba hitam. Lepas I sambut dia terus pergi,” jawab Kathryn satu persatu. Risau dengan riak Luke sekarang.* * *
[-25.12.16- Sebab lambat update, cerita ni dah terkeluar balik dr ranking #1000 and below in Romance but never mind, I just need a true reader, tak kisah silent readers or what. I'm glad ada orang baca. Sorry kalau cerita tak matang, cuz I'm only 17, and not really into writing 'psycho story', like.. This is kinda my first? So thanks for supporting me. Without you guys I'm nothing ;)
+ new book cover! Yeayy ! my theme for wattpad is Black,White&Gray
YOU ARE READING
My Confessions 2 || Malay Story [✔]
Romance•|| M A L A Y N O V E L ||• "... And they live happily ever after." No. This is not a typical fairytale story you'll find out there. Book Two of My Confessions Based on Manga (Book One) and high imagination of mine. :: The art in the cover...