Part 11

179 11 1
                                    

            Sophea menunggu kedatangan Dee di meja paling hujung di kafe tersebut. Bermain dengan handphonenya untuk membuang masa, Sophea mengeluh kecil.

"Aku nak kau settle benda ni," satu suara berbicara lantas sampul surat tebal berwarna perang tiba tepat di hadapannya, di atas meja. Sophea membuat roll eyes sebelum mendongak kepala. Wanita itu seperti biasa, dengan jaket kulit hitam serta mask yang diturunkan ke dagu apabila dia melabuhkan punggung di hadapan Sophea. Membelakangi entrance kafe itu.

"You're late," ucap Sophea malas. Wanita itu menjongket sebelah keningnya sebelum mencebikkan bibir.

"Yeah, whatever. Anyways, how's the couple bila kau terserempak dengan dia orang?"

"Aku tak cakap aku terserempak..."

"Oh, forgot! Dia orang semua kan benci kau, so obviously kau just tengok dari jauh je lah kan?" Sophea rasa nak cepuk je muka wanita yang sedang ketawa sinis itu.

"This is gonna be my last time ikut cakap kau. Aku dah malas dah D. This is not my plan nor my intention at all!"

"Fine. Whatever you say. Then, it's gonna be your last work. I don't need you anymore,too."

"Great. You don't have to pay. I'm going," Sophea mengambil sampul surat yang entah apa isinya ke dalam tas tangan sebelum bangun.

"Since, it's your last..." Sophea memandang wajah wanita yang digelar Dee itu dengan riak bosan. "Lepas ni actlah macam kau tak kenal aku. I'll do the same too. No worries," Dee pun bangun dari duduknya seraya menarik mask menutupi bahagian bawah wajahnya dan menepuk bahu Sophea. Walaupun menggunakan mask, Sophea masih dapat melihat Dee mengukir senyuman sinis sebelum berlalu pergi. Sophea menghela nafas panjang, mengatur langkah menuruti setiap langkah Dee yang turut sama keluar dari kafe itu.

              Sophea memejamkan matanya saat tubuhnya dihenyakkan di kusyen keretanya. Mengunci pintu kereta dan menghidupkan ejin, matanya mengerling ke arah sampul tebal itu. Dia mengambilnya dan menggoyak perlahan bibir sampul itu. Seperti biasa, Dee memang tak pernah memberi arahan dari muka ke muka, dia akan mencetak tulisannya dan diletakkan bersama di dalam 'kerja' yang perlu Sophea buat. Selama 4 tahun ini, setelah lama diikat oleh Dee, dia akhirnya boleh merasa kebebasan setelah kerja terakhir yang akan dia sudahi secepat mungkin. Walaupun tidak akan mendapat kemaafan dari Denny dan lain, asalkan dia tidak lagi berkomplot dengan wanita berhati iblis itu.

Secara perlahan dia kembali meletakkan sampul itu di tempat penumpang semula, dia meletakkan kedua-dua tangan pada stereng kereta dan keluar dari parkir.

•••

              Sophea sedang membuka kunci pagar saat bahunya ditepuk dari belakang. Dia segera menoleh untuk melihat empunya tangan itu.

"Denny..." Sophea membuat muka selambanya sebelum menoleh semula ke hadapan dan menolak pintu pagar agar terbuka. Namun pergelangan tangannya ditarik semula oleh Dennish.

"What the hell, Denny?! Let me go!" jerit Sophea. Terkejut akan tindakan kasar yang dilakukan oleh Dennish. Wajah jejaka itu sukar untuk dirinya tafsirkan.

"We need to talk," Sophea membuat roll eyes.

"Let's get inside then,"

"No need."

"Then what do you w―" kata-kata Sophea terhenti saat Dennish meragut beg tangan yang disandang di bahu kiri.

"Denny!" jerit Sophea apabila beg itu kini berada di tangan Dennish. Lelaki itu segera membuka zip beg tangan Sophea membuatkan Sophea dan dirinya berebut akan beg itu.

"Denny... Please!"

Saat itu sampul tebal yang berada di dalam beg itu terjatuh dan kedengaran bunyi pecah dari dalam sebelum diikuti dengan cairan mendesis dam membasahi mozek membuat mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"What are doing, Denny?" soal Sophea perlahan membuatkan Dennish merenungnya tajam. Geram apabila Sophea bertanyakan soalan tersebut kepadanya.

"What am I doing? I'm the one who should ask you, what are going to do with the acid, Soph?!" bentak Dennish. Sophea terdiam.

"Who's your target? Kathryn? Answer me?!"

"No!"

"Apa you nak, Sophea?! Lepas you bunuh Theff, now Rin?"

"I tak bunuh dia, berapa kali I nak cakap?!"

"Habis tu?" Dennish mengenggam kedua-dua bahu Sophea erat. "I nampak you dekat kafe tadi. Siapa yang dengan you tu? You upah dia buat apa?!" Sophea mengerang kesakitan.

"Not..hing.. Sakit, Denny..."

"Cakap!!"

"I tak upah dia!"

"Habis tu?!" Sophea enggan bersuara. Dennish mengangguk kepalanya perlahan.

"Fine. I'll tell them, that it's really you and you can go to the jail," Dennish berlalu pergi dari situ untuk mendapatkan keretanya namun jeritan Sophea membuatkan Dennish kembali menoleh ke belakang. Sophea berlari ke arahnya dan menolak tubuh Dennish ke tepi.

                 "SOPHEA!" jerit Dennish apabila dia mula tersedar setelah kereta Vios putih menderum laju. Dennish bangun dari duduknya untuk mendapatkan wanita yang sudah terbaring di bahu jalan itu. Dennish mengangkat kepala Sophea yang sudah berlumuran arah ke atas pahanya. Masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

"It's... Dee..." lemah suara Sophea.

"Sophea... Sophea..." panggil Dennish berkali-kali.

"I'm sorry, Denny...." Dennish mengerutkan dahinya. Tidak memahami apa yang hendak Sophea perkatakan.

"I'm sorry.... But... It's not me..."

"What, Sophea? I don't understand?"

"Dah..."

"Dah?" Dennish mengelipkan matanya beberapa kali sebelum menunduk kembali melihat wajah Sophea.

"Sophea?" Dennish menepuk-nepuk pipi Sophea.

"Sophea..."

"Sophea... Please no..." Dennish mula gelabah.

•••  

             Luke dan Kathryn baru sahaja masuk ke dalam kereta saat telefon Luke berdering. Luke menjawab panggilan itu saat melihat nama Dennish tertera di kaca skrin.

"Hello, Denny?"

"What?"

"Where are you now? Did you call the ambulance already?"

"Oh- Okay.. Hmm, al-alright."

"We'll be there in 15 minutes," Luke segera menghidupkan ejin kereta namun sekali lagi telefonnya berdering. Luke mengerutkan dahi saat membaca mesej yang baru masuk itu.

Too bad. The first guess is wrong.

               "What the hell?"

"Kenapa?" soal Kathryn yang berada di sebelah.

"Luke call,"

"Yeah, I know. But what happened?"

"Sophea accident. Sekarang on the way pergi hospital,"

"Why? Wait, siapa text you?" soal Kathryn lagi. Dia mengambil telefon bimbit Luke dan membaca mesej itu. Dia merenung Luke meminta penjelasan.

"I don't know, babe..." ujar Luke perlahan.

***

[ -25.01.17- Hi, I'm back... yeah... that Hope_1802, sy dah tukar username tp book cover masih pakai old username sbb malas nak edit balik. nanti-natilah kalau ada masa LOL. anyways, hope still ada yang ingat part sebelumnya walaupun taklah lama sangat hiatus, ye ke? whatevs.. have fun! turn the page for Part 12 :) ] 

My Confessions 2 || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now