Part 20

203 10 0
                                    


            Adam menghentikan keretanya di hujung lorong itu, sedikit jauh dari sebuah gudang yang malap lampunya. Joshua berdehem mematikan suasana yang suram di antara mereka berlima.

“Aku, Adam dengan Luke akan masuk dan Josh, kau dengan Jess tunggu dekat sini,” Dennish bersuara. Adam memandang wajah lelaki itu dengan serius sebelum berpaling ke arah Luke yang sedari tadi hanya diam. Bukan dia tidak nampak betapa Luke sebenarnya menahan perasaan. Sejak awal perjalanan mereka ke balai polis dan sebelum ke sini, Luke hanya menggepal kedua-dua jarinya di sisi.

“I can stay here alone, ya know... If you want to join the others,” ucap Jessica perlahan.

“No!” Luke mencelah.

“Kita tak tahu kalau Jess tinggal seorang kat sini, what will happen to her. So, she needs company,”

“We have to go now. 10 minutes kitaorang belum balik ke kereta ni, you know what you gotta do right, Josh?” Luke merenung ke arah Joshua dan temannya yang satu itu hanya mengangguk tanda faham.

“Right,” Adam membuka pintu pemandu itu diikuti Luke serta Dennish. Luke segera mengeluarkan telefon bimbitnya.

           “Kau nak buat apa?” soal Dennish, mengerut dahi. Luke mengendahkan soalan itu.

“Lisa?”

“Oh, hi Luke. What’s wrong?”

“Where are you now?”

“Ehh, I cakap semalam I ambil cuti nak balik kampung kan?”

“Hmm...” Luke mendahului Adam dan Dennish ke arah gudang itu. Dari dalam kereta, mereka sudah melihat beberapa orang yang berkeliaran di hadapan gudang itu.

“Why?”

“Nothing. I cuma nak you keluar kejap,” tenang tutur kata Luke.

“W-what do you mean? You kat... Kampung I ke?”

“Tak, I kat depan gudang you sekarang,” lama perempuan di hujung talian itu tidak menjawab.

“Ohh... You know?” Lisa berdehem sebelum tertawa kecil.

             Tiga orang lelaki berwajah asing berdiri di hadapan mereka dengan pandangan garang.

“What are you guys doing here?”

               Dahlia memandang wajah Kathryn yang sedikit calar di tepi bibirnya dan darah yang mengalir pada torehan lengan dan lehernya.

“Ohh... You know?” Dahlia menggigit bibir sebelum tertawa kecil.

“Kathryn, your boyfriend know about it...” dia menunjukkan wajah kasihan pada gadis itu sebelum memberi pandangan yang sama ke arah Delilah. Tetapi Delilah hanya mencebikkan bibirnya tanda muak dan berpaling ke arah lain.

“Kim!” panggil Dahlia.

              Lelaki bertubuh sasa itu berlari masuk menemui Dahlia dan menyatakan ada orang di luar gudang dan Dahlia mengangguk perlahan sebelum berkata sesuatu. Dahlia kemudiannya menyuruh lelaki itu segera keluar dan dia mula bergerak ke arah Kathryn.

“Aku tak tahu apa aku nak buat... Sama ada nak bunuh kau atau seksa kau je...” ujarnya perlahan sambil menarik rambut Kathryn agar mangsanya itu memandang wajahnya. Kathryn hanya berdiam, malas untuk membalas kata-kata perempuan.

“Lisa, aku tak kisah masalah kau dengan perempuan tu, tapi kenapa aku perlu ada kat sini?” Delilah bersuara. Dahlia menukar fokusnya kepada Delilah pula.

My Confessions 2 || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now