Part 16

161 13 4
                                    


           Jessica menuruni anak tangga klinik pergigian di mana dia bertugas sebagai seorang jururawat di situ. Jam sudah hampir menunjukkan jam 6 petang. Sebagai orang yang terakhir dia ditugaskan mengunci klinik tersebut, Jessica juga menjadi orang yang pertama perlu tiba di klinik pergigian itu setiap pagi kecuali hari rehatnya.

             Melalui setiap kedai sebelum tiba di stesen bas, Jessica merasakan seperti ada yang mengekorinya. Dia mengemam bibir dan melajukan langkahnya. Entah mengapa, jantungnya juga berdegup laju. Dia kemudiannya mendapat akal, baru sahaja ingin membuka pintu masuk Starbucks, tangannya ditarik.

“Ahh—”

“Jess, it’s me!” Jessica melopong saat melihat gerangan yang menarik lengannya tadi. Teman lelakinya.

“Joshua!” Jessica memeluk lelaki tersebut, melepaskan pegangan pada pintu kaca itu.

“Eh, kenapa ni?” Joshua memegang kedua-dua bahu teman wanitanya dan menilik wajah gadis itu, mencari jawapan.

“I thought there’s a bad people following me!” Jessica akhirnya membuka mulut.

“When? Where?”

“It’s okay... You’re here now...” Jessica mengeluh nafas lega. Joshua hanya mengangguk kepala perlahan dan mengiring Jessica ke keretanya yang diparkir betul-betul di hadapan Starbucks itu.

             Jessica membuang pandang ke jalan yang dilaluinya dari saat pertama dia merasakan dirinya diekori seseorang. Terpegun dia apabila melihat seorang perempuan berjaket kulit merah gelap tanpa penutup kepala sedang merenung tepat ke arahnya. Walaupun tidak dapat menangkap fokus penuh wajah perempuan itu, Jessica dapat merasakan tajamnya pandangan yang diberikan sebelum dia lesap di sebalik dinding bangunan menuju ke jalan belakang klinik pergigian, tempat kerjanya.

“Hey, tak nak masuk ke?” soal Joshua yang sudah membuka pintu kereta. Jessica segera menoleh dan memberikan senyuman simpul.

“Sorry,” Jessica tergelak kecil bagi menutup perasaan gugupnya.

“We’re going to hospital to visit Sophea, okay?” Jessica hanya mengangguk kepalanya.

•••

           Lisa berjalan laju menaiki tangga ke biliknya setelah pulang dari sekolah. Baru sahaja tiba di tingkat dua, dia menhidu bau hangit datang dari dapur. Lisa menggerut dahi. ‘Mama ada kat rumah ke?’ pertanyaan itu membelenggu mindanya. Dia membuang fikiran itu dan masuk ke dalam biliknya. Masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Keluar sahaja dari bilik air, Lisa segera mencari pakaian bersih dan bersiap-siap. Berjalan ke pintu bilik, Lisa hairan apabila dia memulas tombol pintu namun pintu tidak dapat dibuka. Dia membesarkan matanya saat melihat asap yang mula memasuki ruang bilik dari celah pintu.

“No....” Lisa mula panik. Dia mengetuk pintu biliknya dari dalam.

“Mama! Ma! Mama! Buka pintu ni!” dan jeritan itu berterusan dari bibir mungilnya.

“Mamaaaa!!” jerit Lisa lagi.

Asap yang memasuki ruang bilik semakin tebal. Lisa menutup hidungnya menggunakan tuala. Dia terbatuk-batuk. Lisa terduduk di lantai bilik, tidak berhenti memanggil nama mamanya.

“Lisa!” Lisa mendengar namanya dipanggil dari jauh. Dia bangun.

“Lisa, are you in there?” jerit suara itu lagi. Abang Adam!

“Abang Adam...!” Lisa terbatuk lagi. Dia mengetuk pintunya lagi. “Buka pintu please...”

“Okay, jangan dekat dengan pintu. Abang nak pecahkan pintu Lisa,” Lisa keudiannya menjauhkan diri dari pintunya.

Sekali hentaman, dua kali... Pintu masih belum terbuka. Kali ketiga, tubuh lampai abang sulungnya terbaring saat pintu terbuka. Sangkanya abangnya akan bangun namun betapa terkejutnya dia apabila melihat tubuh yang lain berdiri di hadapan pintu.

   “Dahlia...” Lisa menutup matanya kejap apabila asap semakin banyak berkumpul, memedihkan matanya.
   
“Aku harap kau dengan keluarga kau mati kat sini juga,” ucap Dahlia tajam.

“Dahlia, kau buat apa? Mana mama?!”

“Mama kau dah mati! Aku harap kau dengan abang kau pun mati juga!” Dahlia kemudiannya segera berlari turun dan sudah pasti si licik Dahlia itu keluar dari rumah yang separuh dijilat api.

“Dahlia!!!!” Lisa berlari ke arah sekujur tubuh abangnya.

“Abang! Abang Adam! Bangun, please!” rayu Lisa dengan esakan kecil. Dia masuk ke dalam bilik air dan membawa secedok air untuk membasahkan wajah abangnya.

“Lisaa...”

“Abang... Abang... Mana mama?” soal Lisa.

“First... Kita kena keluar dari rumah ni,” abangnya bersusah payah untuk duduk tegak dan bangun dengan bantuan Lisa.

“Abang!” Lisa menjerit apabila melihat lampu chandelier yang besar menunggu masa untuk menghempap kepalanya.

“Lisa, watch out!” Adam menarik lengan Lisa. Gadis kecil itu terjatuh dan lampu itu menghempap kakinya.

“Ouch!”

“Lisa!” Adam menarik kaki Lisa.

“Abang, I can’t walk,” esak Lisa. Adam berkeras ingin mengendong Lisa namun dengan kecederaan yang dia alami akibat pukulan Dahlia sebentar tadi dia juga payah untuk berbuat demikian.

            Keadaan semakin teruk, api sudah merebak ke siling dan bila-bila masa mereka adik-beradik boleh terperangkap di situ dan kemungkinan besar hari itu merupakan hari terakhir mereka melihat dunia.

           Kedengaran siren bomba dari kejauhan. Tangisan gadis itu semakin menjadi. Beberapa ahli bomba mendekatinya dan bertanya.

“Adik, berapa orang ahli keluarga adik terperangkap di dalam rumah?” tanya seorang dari pasukan penyelamat itu. Dia memandang rumah yang sudah separuh rentung itu.

“Mama, Abang Adam.... Dahlia...” jawabnya perlahan dengan linangan air mata.

* * *

— 25/04/17 . do comment and don't forget to vote.
*smalam wattpad buat mslah eh? Sbb sy check dr part 14 terus lompat pg part 16, part 15 takde 🤔 sbb tu sy unpub dua2 chapters and baru published lagi. (Ke sy sorg je yg x nmpak part 15 smlam?)

My Confessions 2 || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now