Part 17

163 10 2
                                    

           Kathryn menutup lid laptopnya dan menggosok mata. Pedih akibat terlalu lama menulis. Membuat senaman ringan dan merenung ke arah jam dinding yang bersebelahan di bilik studinya dan juga Luke. Pukul 7 malam. Tadi Luke ada membuat panggilan telefon, menyatakan bahawa dia terus ke hospital kerana Dennish menelefon. Memberitahu keadaan Sophea.

"Such a long day," bisiknya perlahan. Dia bangun dari meja studi dan bergerak ke luar. Memikirnya sudah pasti Luke akan makan di luar bersama Dennish selepas melawat Sophea nanti, Kathryn mula memanaskan lauk tengah hari tadi.

"Makan sorang lagilah malam ni," sekali lagi dia berbicara sendirian.

          Seusai menikmati makan malamnya, dia mula mengemas dapur dan kemudian bersiap-siap untuk ke bilik, membersihkan diri. Jam ketika itu sudah menginjak 7.45 malam dan mengikut kata Luke, dia takkan pulang sebelum jam 9.

Her love is like poison to me, I can't breath, I can't stand still ~

           Bibirnya bergerak-gerak melagukan lirik itu sambil menyikat rambutnya. Kathryn mengambil botol losyen badan dan memicit isinya di tapak tangan sebelum merata di kedua-dua tanganya berulang kali. Mendengar bunyi gril dan mangga kunci berdenting, Kathryn mengulas senyuman. Melirik ke jam dinding sekali lagi melihat jarum jam yang menunjuk pukul 8. 15 malam, dia segera memulas tombol pintu dan berlari menuju ruang tamu.

"Luke, is that you?" senyuman mekar dan dia bersedia membuka kunci pintu hadapan.

             Kathryn tersentak saat tubuhnya dipusing ke belakang dan mulutnya ditutup menggunakan kain kecil.

"Nah... I'm not Luke... But I'm Luke's future..." bisik suara itu di telinganya. Kathryn meronta-ronta namun pergerakannya semakin perlahan. Ubat itu memberi kesan yang pantas. Matanya terpejam dan dia mula terkulai.

"How easy," perempuan itu tergelak sinis sebelum menoleh ke belakang. "Take her to the car. Faster," arahnya dan memberikan tubuh itu kepada lelaki berbadan sasa.

         Dia membuang pandang ke dalam apartment itu sebelum menutup pintu dan berjalan meninggalkan unit itu, mengikuti lelaki bertubuh sasa tadi.

•••

           Luke cemas apabila mendapati pintu dan grill tidak berkunci. Dia sudah mencari di setiap bilik dan bayang Kathryn tidak kelihatan. Berkali-kali menanggil namun tidak disahut. Luke menarik keluar telefon bimbitnya dari beg kerja. Mendail nombor Kathryn.

           Hampa. Bukan hampa kerana panggilan tidak dapat disambungkan tetapi kerana telefon bimbit Kathryn berdering di atas meja studi mereka berdua.

"Kathryn, where are you?" Luke sudah mati kutu, hilang akal bagaimana dia mahu mencari teman wanitanya itu.

"Jessica?" panggil Luke setelah panggilan terjawab.

"What's wrong with you? Your voice sound-"

"Kathryn hilang,"

"WHAT??! LUKE PLEASE NO JOKE!"

"I'm not joking! How can I??"

              Jessica menjerit mendengar jawapan yang diberikan oleh Luke. Hal itu menyebabkan Joshua mengerut dahi dan segera menghentikan keretanya di bahu jalan.

"What's wrong, Jess?" soal Joshua.

"Luke... You baru sampai rumah and Kathryn is nowhere to be seen? Seriously?" Jessica masih berbual dengan Luke di atas talian.

"So... How?"

          "What do you mean how? I'm going to find her, of course!" Luke membentak. Dia segera ke pintu hadapan semula. Memakai kasut dan mengunci pintu rumah, ingin segera ke kereta dan mula mencari Kathryn.

"Tapi, dah malam-"

"Dah tu, you nak I buat apa? Tunggu sampai pagi besok baru nak cari Rin. Jess, wake up, she's your bestfriend! Do you want anything to happen to her?" jerit Luke seraya dia menuruni anak tangga dengan pantas. Dia tidak punya masa yang banyak.

"Luke, calm down. Kita jumpa dulu then we can find her together... I don't want you just go find her without any protection and being protected."

"No, Jess... We all know who's behind all this," Luke teringat akan perbualan mereka di cafe hospital sebentar tadi. Dia jug menyesal meninggalkan Kathryn seorang di rumah.

"Luke, you're in panic now. I beg you please... Before anything can happen to you too,"

            "Joshua... Let's go to Luke. Kathryn hilang, we need to help him," Jessica enggan mendengar bantahan Luke terus mematikan talian itu. Joshua segera mengangguk.

"I'm calling Denny," ucap Jessica. Dia mencari nombor Dennish di dalam kontak panggilan dan mendekap telefon di telinga.

"Denny, let's go to Luke's apartment now," Jessica bersuara.

"Why? What happened?"

"Rin hilang. Now, please," Jessica kemudian menamatkan talian dan duduk diam di kereta. Dia panik. Ya. Sangat panik. Bayangkan perasaan di mana dia kemungkinan besar akan kehilangan seorang lagi teman rapat dalam hidupnya. Yang sudah dia anggap seperti ahli keluarga.

          Air mata mula mengalir menuruni pipi. Dadanya berombak menahan esakan. Joshua menggemam bibir. Dia mengelus lembut jari jemari teman wanitanya, menghilangkan sedikit beban yang berada di bahu Jessica.

"Babe, don't cry..."

"I can't... It should be me this evening not her..."

"What are you talking about?"

"Tadi... I nampak orang yang ekori I tu masa nak masuk kereta you," esak Jessica. "It should be me, Josh! Not her!"

"Jess, calm down. We'll find her alright. Safe and sound," pujuk Joshua lagi.

"I love Kathryn so much, Josh. She's like my family. I can't lost her after Theff. I can't,"

***

— 25/04/17. Should be update on tomorrow but meh im an impatience girl, i just want to update it faster now. Siapa yg belum baca part 15&16 pegi baca now lol idk kalau there's actually ada problems but apa2 jelah.

My Confessions 2 || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now