Part 18

159 12 5
                                    

             Kathryn terjerit kecil saat tubuhnya diseret ke dalam sebuah bilik setelah penutup matanya dibuka.

“Diamlah!” suara garau itu mengherdiknya dan Kathryn hanya mampu tersentak.

“Kau duduk sini elok-elok,” tubuhnya sekali lagi tersadai di satu penjuru bilik. Kathryn menelan liur perlahan tidak bersuara. “Aku dengar je kau bersuara, siap kau!” ugut lelaki itu. Walaupun keadaan gelap dan wajah lelaki itu tidak kelihatan, Kathryn tahu itulah lelaki yang memberikan bungkusan misteri kepadanya sewaktu di apartment tempoh hari.

“Kau nak buat apa dengan aku?” bisik Kathryn perlahan, takut kalau diapa-apakan.

“Aku dah cakap diam kan?” rambutnya diragut membuatkan gadis itu sekali lagi terjerit kesakitan. “Hidup kau sekarang ni terletak di tangan kitaorang tahu?” suara garau itu mengeluarkan tawa yang menyeramkan bagi Kathryn. Tambahan pula dia dapat merasakan lelaki itu bukan orang tempatan berdasarkan cara sebutannya.

              “Stop it, Kim!” arah satu suara yang Kathryn rasa dia pernah dengar tapi ingatannya kabur-kabur. Mereka berdua kemudiannya bertutur dalam satu bahasa yang Kathryn memang tidak fahami tapi... Rasanya, mungkin Thai?

                “Sakit?” tanya suara itu. Kathryn hanya mengendahkan kerana dia tidak tahu dengan siapa dia bercakap.

“Eh, bodoh! Kau jangan nak ignore aku pulak,” marah perempuan itu. Kathryn mengetap bibir saat kakinya ditendang.

“Kau nak apa hah?!” jerit Kathryn sambil berusaha melonggarkan ikatan pada kedua-dua tangan dan kakinya. Perempuan itu tertawa mengilai membuatkan Kathryn membuat wajah bosan. Siapa cakap dia tak takut? Dia takut, sangat takut tapi entah kenapa... Sebab dia banyak membaca cerita misteri, dia rasa keadaan yang dia tempuhi sekarang sangatlah cliche. Kathryn memutarkan bola matanya dalam gelap. Dahlah gelap, sekarang dia bercakap pulak dengan entah siapa-siapa. Macam bodoh je.

“Kau siapa?!” tanya Kathryn lagi setelah perempuan itu tidak bersuara.

“Kau tak cam suara aku ke?” sekali lagi dia tertawa. Kathryn mendengus geram.

“Bodoh...” bisiknya perlahan. ‘Kau siapa aku nak ingat? Penting ke kau?’ sekarang Kathryn mula berbicara dengan mindanya tentang kebodohan soalan yang diberikan.
“Aku dah cakap kan... Jangan sampai kita bertemu buat kali yang kedua... Tapi kau degil...”

             Kathryn mencebikkan bibirnya. Dia tahu, kalau dia tak boleh nampak wajah perempuan, perempuan tu pun tak boleh nampak apa dia buat.

“Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa kau nak Luke?” tanya Kathryn dengan beraninya.

“Sepatutnya, aku yang tanya. Kenapa kau mesti nak jadi kekasih Luke? Aku kenal dia dulu!” masalah! Kathryn menggelengkan kepalanya perlahan, marah pulak. “Kalau kau tak muncul, Luke dah lama jadi milik aku tau!” sambungnya lagi.

“Kau yakin ke?” sinis Kathryn bersuara.

“Eh, kau jangan main-main dengan aku tahu? Kau boleh mati sekarang kalau aku nak kau mati,”

“Dah tu kenapa kau bunuh aku? Kau nak Luke kan? Kalau aku mati kau boleh dapat Luke,” kata Kathryn.

“Tak semudah tu... Aku nak seksa kau macam mana kau seksa perasaan aku selama kau ada di samping Luke!” Kathryn terbatuk-batuk saat jari runcing wanita itu mencekik lehernya.

“Kau bunuh jelah aku,” bersusah payah Kathryn bersuara akibat jerutan perempuan yang mengkin tidak dikenalinya itu.

               Kathryn mengetap bibir menahan pedih saat objek tajam menghiris isi lengannya.

“Dapat tak kau bayangkan kalau aku hiris kat sini?” suara itu berbisik, kedegaran seperti iblis di telinga Kathryn saat dia mengacukan objek itu pada pergelangan tangannya. “Atau kat sini?!” dia mula menjerkah dan melarikan pisau itu pada lehernya.

“Mhhmmm...” kedua-duanya terdiam saat ada satu lagi suara yang merintih. Perempuan itu kedengaran mendengus marah.

“Kau nak tahu tak siapa aku, Kathryn?” suara itu bergema serentak dengan langkah yang makin menjauh. Kathryn menutup mata saat suis lampu diketik. Terpisat-pisat dirinya menahan pedih apabila melihat cahaya yang terang setelah lama biasa dengan kegelapan.

“Delilah?”










•••

             “Sorry,” pinta Kathryn saat dia terlanggar tubuh lampai seorang pelajar perempuan. Mereka berdua bertatapan sebentar sebelum Kathryn sekali lagi menundukkan kepalanya, memohon maaf.

“Sorry, Delilah,” ucap Kathryn sekali lagi. Pelajar perempuan itu memberikan senyuman kecil dan mengangguk.

“Tak pe, salah saya juga tak pandang depan,” Kathryn terpaku. Buat pertama kalinya, dia berbicara dengan gadis itu. Delilah bukan teman sekelasnya, dia pelajar kelas 3-B3 selang dua buah kelas dari kelasnya, 3-A3. Dan semua orang tahu, Delilah jenis yang pendiam.

              Namun, ada satu persamaan di antara mereka berdua. Kathryn sering melihat Delilah saat Dennish dan dua orang temannya membuat persembahan. Namun, pelajar perempuan itu sentiasa berdiri di barisan paling belakang. Kathryn juga tidak tahu siapa yang Delilah minat antara mereka bertiga.

              Kathryn memberikan senyuman kecil kepada Delilah sebelum kembali berlari ke bilik sakit, untuk melihat keadaan Dennish.

•••

              “Korang berdua tak payah nak emo sangatlah...” Delilah dan Kathryn memalingkan wajah ke arah pintu bersebelahan dengan suis lampu itu.

“Aku dah cakap... Kalau aku tak dapat Luke, tak kisahlah kekasih Luke atau secret admirer Luke pun tak boleh dapatkan Luke,” ujar perempuan itu.

“Aku tak sangka kau sanggup buat benda terkutuk ni,” suara Delilah dalam nada serak akibat baru tersedar dari pengsannya.

“You like Luke, too?” soal Kathryn kepada Delilah namun namun gadis itu mengelak daripada memandangnya.

                Tak sangka. Hampir 5 tahun berlalu. Wajah yang sama namun keadaan yang berbeza. Mereka berdua kembali berada dalam situasi yang sama.

Cuma...

Ada lagi yang meminati Luke sehingga mahu mencederakan sesiapa sahaja yang meminati jejaka itu.

***

— 27/04/17 . :') jauh dari yang korang imagine ? Kalau bukan Delilah... Siapa?

My Confessions 2 || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now