“Which one?” soal Kathryn kepada Luke yang leka memilih snek kegemarannya dan rakan yang lain. Luke mengangkat wajahnya untuk melihat Kathryn dan dua jenis produk spageti di tangannya.
“Hmm, I don’t know?” Luke memberikan pandangan kurang pasti. “You selalu pakai yang mana?” tanya jejaka itu pula.
“Yang I selalu pakai tak ada,” Kathryn meliarkan pandangannya pada rak-rak yang berdekatan. Manalah tahu dia terlepas pandang. “Haa... Memang tak ada,” dia kini yakin stok spageti yang selalu dia pilih tiada di pasarraya tersebut.
“Pilih jelah yang mana-mana? You memang tak pernah pakai one of those ke?” tanya Luke lagi. One thing about Luke, walaupun dia fail bab-bab barang dapur, tapi dia tak pernah beri jawapan yang mengecewakan kepada Kathryn.
“I pernah pakai yang ni, yang ni I tak pernah pakai lagi. Produk baru kot?” Kathryn membuat wajah.
“Is it good?” Luke sudah pun mengambil beberapa bungkus snek dan meletakkannya ke dalam troli mereka yang masih kosong.
“Boleh lah...” jawab Kathryn.
“Then, ambil jelah. Daripada you choose a product that you never buy, baik you beli yang dah pernah you rasa,” jawab Luke. Kathryn pula hanya mengangguk. Mengiyakan kata-kata Luke.
“Okay,” jawab Kathryn dengan ton yang membuatkan Luke tersenyum. Comel. Teman wanitanya kemudiannya mengambil dua bungkus lagi pek spageti itu dan meletakkan dengan cermat di dalam troli.
“Don’t put your things above it,” Kathryn memberi amaran seperti selalu apabila mereka membeli spageti. Luke hanya mengangguk bersahaja. Katanya, dia tak nak nanti spageti tu patah. So, Luke ikutkan jelah.
“Nak aiskrim,” bisik Luke apabila pandangannya bertemu dengan bekas ais beku di hujung pasar raya tersebut.
“Laterlah. Nanti I nak pergi sana juga. Grab some fruits and prawn balls favourite Jess,” Luke menoleh ke arah Kathryn yang sedang sibuk memilih sos spageti tanpa memandang ke arahnya. ‘Power budak ni, orang bisik pun dia dengar,’ getus hati Luke. Dia segera menolak troli ke arah Kathryn dan berhenti di sebelahnya.•••
“Lucas Fernandez!” laung Kathryn dari arah dapur membuatkan Luke yang baru sahaja hendak duduk di sofa menghentikan segala perbuatannya. Dia menegakkan badan dan menyorot pandangan ke arah dapur. Walaupun dihalang oleh dinding yang memisahkan ruang dapur dengan ruang tamu, Luke mampu mengagak yang Kathryn sekarang tengah bercekak pinggang menunggu kelibatnya.
“Wait up,” balasnya lemah sebelum menapak ke ruang tamu sambil menyinsing lengan jumper yang dipakainya.
“Hurry up!” Kathryn mengetap bibirnya setelah kelibat Luke dapat ditangkap oleh ekor matanya.
“Yes, babe. I’m coming,” Luke segera ke sebelah Kathryn dan berdiri tegak di situ.
“Help me?” pinta Kathryn dengan senyuman kucingnya.
“Yelah, mana nak start?” soal Luke yang kedua-dua belah lengan jumpernya sudah disingsing hingga paras siku.
“Tolong rendam spageti. Lepas tu, chop prawn ball tu into half. That’s all—”
“For now,” sambung Luke membuatkan kedua-duanya tertawa.
“I love you,” ucap Kathryn setelah selesai ketawa. Luke membalas senyuman teman wanitanya dan turut membalas, “I love you too,”
“Heee... Cheesy!” Kathryn meliang liukkan badannya setelah mendengar ucapan balas daripada Luke. 4 tahun tempoh mereka bersama, Kathryn telah membuat satu perjanjian untuk mengurangkan PDA dan ‘cheesy words’ seperti tadi. Sebab itu tak ada lagi dah Luke memanggilnya 'sayang'.
“You started it,” gelak Luke sambil membuka pek spageti dan memasukkan isinya ke dalam air panas.•••
Perempuan itu melabuhkan punggungnya pada satu-satunya sofa di dalam sebuah bilik itu. Membuka hood dan topeng mukanya dia memejamkan mata sebelum mengingati kembali adegan pasangan sebentar tadi yang membuatkan perasaannya kacau.
“Luke, come here for a sec,” panggil gadis bertubuh kecil itu. Luke meninggalkan troli yang separuh penuh dengan barang-barang yang sudah dipilih dan bergerak ke arah Kathryn. Tubuh Luke yang sasa kemudiannya menutup tubuh kecil Kathryn apabila Luke berdiri betul-betul di belakang gadis itu.
“What’s wrong with this supermarket today? Every brand yang I nak, mesti tak ada,” adu Kathryn. Luke kemudiannya memeluk Kathryn dari arah belakang sambil memegang kedua-dua tangan Kathryn yang sedang memegang dua jenis bungkusan produk bebola.
“I’ve tried this before,” Luke menunjukkan ke arah tangan kiri Kathryn.
“Eh, sedaplah rasa dia. Believe me,” ujar Luke lagi. Lelaki itu kemudiannya meleraikan pelukannya apabila tangan kanan Kathryn memukul lengan Luke berkali-kali.
“Orang nampak,” rengeknya berulang kali.
“Fine,” Luke bergerak sedikit dari tubuh Kathryn untuk mendapatkan troli mereka semula.
“Choose that one,” Luke sekali lagi mengingatkan Kathryn.
“Yelah!” jawab Kathryn.“Heh, berlagak tak nak sweet depan orang ramai konon,” perempuan itu mencebikkan bibirnya. “Hmm, lepaskan jelah peluang kau tu. Lepas ni jangan harap kau nak rasa Luke peluk kau lagi. Tengok muka Luke pun kau takkan dapat punya,” sambungnya lagi. Dia kemudian mengepal kedua-dua tangannya.
“Eee, bodoh betul kau Luke... Tak pernah sedar kehadiran aku sejak dulu!” bentaknya.* * *
[-02.12.16- Cliché? Of course. Every story mesti ada watak antagonis kalau ada watak protagonis, that'll make a story then. But, as I told you, this is not a random fairytale story. So, who's that girl with hoodie and face mask ? Do vote if you like this update! ;) ]
YOU ARE READING
My Confessions 2 || Malay Story [✔]
Romance•|| M A L A Y N O V E L ||• "... And they live happily ever after." No. This is not a typical fairytale story you'll find out there. Book Two of My Confessions Based on Manga (Book One) and high imagination of mine. :: The art in the cover...