Part 9

188 13 0
                                    


     Selepas seminggu, tiada apa yang berlaku pada Kathryn namun Luke sering menerima mesej-mesej daripada orang yang tidak dikenali kecuali nama ‘Your Soulmate to be’ melalui pesanan ringkas. Luke sebenarnya muak dengan mesej-mesej tu semua tapi kadang-kadang lawak pula bila tengok di punya nickname. Nampak bodoh betul.

“Luke?” Luke mengangkat wajah daripada telefon bimbitnya setelah menekan butang ‘delete’.

“Eh, Delilah... Kenapa?” Luke memberikan senyuman kecil ke arah gadis itu.

“The model from last week dah sampai,” beritahu Delilah.

“Oh, really?” Luke bingkas bangun dari kerusinya dan melangkah keluar dari bilik.

     “Thannea?” Luke terkejut apabila melihat model yang telah menempah studionya sejak seminggu yang lalu.

“Luke?” wanita itu pun kelihatan terkejut saat melihat pemilik studio itu.

“Oh my God, long time no see. How are you doing?” Thannea mendekati Luke dan mereka berdua mula berbual-bual sementara pekerja-pekerja set menyiapkan set dan menyediakan kamera serta alatan yang diperlukan.

•••

          “I jumpa Kak Thannea tadi,” ujar Luke saat dia masuk ke dalam apartment mereka berdua Kathryn.

“Really? How’s she?” Kathryn kelihatan teruja.

“Better than before? Something like that. Dia kirim salam dengan you and the guys too,” kata Luke lagi.

“Dia stay kat mana?”

“Lepas shoot tadi, dia terus fly ke Taiwan. Ada runaway show kat sana,”

“Ohh... Busy betulkan jadi model. But, poor her... All of her family semua dah tak ada,”

“Esok, pergi jumpa Theff nak?” ajak Kathryn. Luke membaling pandang ke arah kekasihnya.

“Just both of us?”

“Rasanya the guys sibuk, so the two of us je lah,” Kathryn turut memandang ke arah Luke.

“Okay, time lunch lah? Sebab, I ada meeting awal pagi esok,” beritahu Luke.

“Anytime,” ujar Kathryn pendek.

       “Luke?” panggil Kathryn, memecah keheningan antara mereka.

“Yeah?”

“You ada terima apa-apa ke?” soal Kathryn perlahan.

“Terima apa pulak ni?” Luke menjongket kening. Takkanlah....

“Anything... Macam apa yang I dapat... last week?” Kathryn takut-takut untuk bersuara.

“No. I didn’t.” Luke menggeleng kepalanya. Menafikan kebenaran.

“Ohh...”

“Why? You ada terima apa-apa ke?”

“Tak ada... Just nak tanya you je,” Kathryn menjawab tanpa memandang wajah Luke. Dia sibuk membelek-belek novel yang berada di dalam kotak. Berfikir untuk membaca novel kegemarannya sekali lagi.

      “You know... There’s this novel yang ada kaitan pasal ugutan jugak. Sama macam what happened to us lately,”

“Eh?” hanya itu yang keluar dari bibir Luke. Sebenarnya, dia tak nak cakap pasal benda macam ni dengan Kathryn.

“Ha’ah. Nak I cerita tak?” soal Kathryn pula.

“Tak payah...” balas Luke malas. Matanya difokuskan pada kaca tv yang sedari tadi terbuka saat dia balik dari studio.

“Kenapa?” Kathryn mula memuncungkan mulutnya apabila melihat Luke tidak memberikan sebarang minat untuk bercakap dengannya.

“Dah you cakap cerita dia sama macam cerita kita, so why nak dengar? I dah dapat imagine dah,” Kathryn mengepal penumbuknya. Geram betul dengan Luke.

“Malaslah nak cakap dengan you!” Kathryn mendengus geram.

“Tak payah, dah lah...” balas Luke pulak. Suka nak menyakat gadis itu.

* * *

[ -08.01.17- Another boring update after so long of menghilangkan diri... I know. Flip next/Scroll down for Part 10 ]

My Confessions 2 || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now