Dahlia masuk ke dalam kelas sambil menundukkan wajahnya. Begitulah setiap kali keadaannya apabila dia ke sekolah. Dia tidak mempunyai teman. Semua orang meminggirkannya.
Setelah sampai di tempat duduknya, dia mengeluh perlahan apabila mendapati tempat duduknya sekali lagi dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang menyindir dirinya. Dua orang pelajar lelaki yang duduk di hadapannya menoleh ke arahnya dengan pandangan yang jijik.
"Hoi gemuk, pleaselah tarik meja kau tu ke belakang sikit. Semaklah, dah lah busuk!" ejek salah seorang daripada mereka. Rakannya yang seorang itu hanya tertawa kecil.
"Sibuk je nak duduk kat belakang kita,"
"Aku rasa dia memang tak patut terus sekolah kat sini," tambah rakannya itu. Dahlia hanya berdiam dan kemudiannya menarik mejanya ke belakang seperti yang diarahkan.
"Hish, korang ni... Tak payahlah buli dia..." sampuk seorang lagi rakan kepada pelajar lelaki yang mula-mula mengejeknya tadi.
"Kau dah kenapa, Luke? Kau suka kat dia?" marah pelajar tadi. Dahlia masih menundukkan kepalanya.
"Aku tak cakap yang aku suka kat dia kan? Aku cuma tegur je perangai bodoh kau orang ni," pelajar lelaki yang bernama Luke itu menggelengkan kepalanya.
"Kau buat dia kecewalah Luke! Kau tahu tak yang si gemuk ni suka kat kau?" pelajar lelaki yang memakai spek berbingkai hitam itu ketawa terkekek-kekek.
"Ha'ah! Cuba kau tengok muka dia tu, dah merah tahan malu. Dia memang suka kau lah!"
"Weii, Dahlia suka Luke lah!!" lelaki yang memakai spek itu kemudiannya menjerit kepada satu kelas dan rakan-rakan yang lain turut sama mengejek pelajar perempuan itu.
"Dahlah, korang!! Biarlah dia nak suka pun, bukan aku suka kat dia korang nak heboh-heboh macam ni!" jerit Luke mamtikan suasan gamat kelas 1-A1 itu. Rimas dengan suasana sebegitu setiap hari. Kalau bukan dia berkawan dengan Joshua dan Dennish, memang dia dah lama buat benda yang tak sepatutnya.
"Kau marah kitaorang ke?" tanya Joshua yang memakai spek itu.
"Aku malaslah nak layan korang," Luke kembali membuat kerjanya. Dennish menarik muka sebelum menjeling Dahlia yang sudah mula duduk diam di tempatnya yang jauh di sudut kelas.
"Hah layaklah kau kat situ. Memang tak ada beza dengan tong sampah tu dengan kau," sindir Dennish dan tersengih. Joshua turut tersengih sama sebelum menegur Dennish untuk berhenti apabila cikgu mereka sudah masuk.
•••
Pada waktu rehat itu, Luke sengaja menjauhkan diri daripada Dennish dan Joshua. Dia masih marah dengan kejadian pagi tadi. Dia tak suka dengan pembuli dalam masa yang sama dia tak suka bila mereka mengusiknya dengan Dahlia. Wehh, siapa suka dengan perempuan gemuk? (p/s: author pun berisi so please no hurt feeling. this is only a fiction) Dia tak nak...
Dia berjalan di laluan yang berhampiran padang sekolah mereka saat dia melihat susuk tubuh seseorang duduk di atas rumput memandang padang yang kosong.
"Dahlia..." ucapnya perlahan. Entah kenapa, kakinya tertarik untuk bergerak ke arah pelajar perempuan itu. Memang dia tak suka apabila diusik dengan gadis itu namun Luke juga punya perasaan belas kasihan. Pelajar perempuan itu baru sahaja masuk ke sekolah menengah itu tiga bulan yang lepas.
Luke berhenti kira-kira lima tapak dari pelajar itu saat Dahlia mula bangun dari duduknya. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang dan terpaku saat melihat Luke berdiri di hadapannya. Botol mineral yang dipegang terus terjatuh dan bergolek ke kaki Luke. Luke mengelipkan mata dengan riak wajah biasa sebelum menundukkan badannya untuk mengambil botol tersebut.
"Your bottle," Luke dengan wajah yang tiada reaksi menyuakan botol itu kepada pelajar perempuan yang mempunyai saiz dua kali ganda daripadanya.
"Errr..." Dahlia menapak mendekati Luke teragak-agak dengan tangannya yang ingin mencapai botol itu.
"Hurry up, the recess is almost over," Luke narik tangan Dahlia dan memberi botol itu sebelum berlalu pergi.
"Lu.. L-Luke!" panggil Dahlia namun Luke tidak menoleh malah dia melajukan langkahnya.
"Thank you!" jerit Dahlia lagi. Kali ini Luke berhenti namun tetap tidak menoleh ke belakang.
"Stop liking me."
Dahlia mengemam bibirnya apabila mendatar suara Luke yang mendatar ketika menuturkan kata-kata itu. Ya, dia memang suka Luke. Sebab, hanya dia seorang sahaja yang tidak pernah membulinya seperti rakan sekelas yang lain. Walaupun Luke tidak menghiraukan kewujudannya, tingkah Luke itu menarik perhatiannya.
Setelah masuk ke dalam kelas, guru kelas mereka menrangkap guru mata pelajaran Matematik masuk dengan senyuman kecil di wajahnya.
"Okay, class. Today we have a new student. Come in, Lisa." pelajar perempuan itu masuk dan satu kelas, kecuali Dahlia melopong melihat kecantikan pelajar baru yang bernama Lisa itu. Luke hanya menoleh sekilas dan menoleh ke luar tingkap. Bosan.
* * *
[ -25.01.17- Flashback thread lmao~ who's Dahlia? wew, Lisa memang kenal Luke dari form 1.. kk ]
YOU ARE READING
My Confessions 2 || Malay Story [✔]
Roman d'amour•|| M A L A Y N O V E L ||• "... And they live happily ever after." No. This is not a typical fairytale story you'll find out there. Book Two of My Confessions Based on Manga (Book One) and high imagination of mine. :: The art in the cover...