BAB 1

20.1K 422 8
                                    

10 Januari 2017

Kenapalah abah dengan mak tu nak masukkan ku kat sekolah elit ni? Macam banyak sangat je duit nak bayar yuran. Selama ni aku nak minta duit beli topup pun berkira. Kalau banyak sangat meh bagi sikit bagi aku beli kereta Ferrari sebijik. Apa aku melalut ni. Biarlah diari aku. Baru masuk sekolah tapi dah dapat musuh eh. Bagus.

Victoria Private High School. Gah betul nama sekolah aku tapi aku tak teruja pun. Makin aku pelik adalah. Macam mana aku boleh tercampak kat sekolah ni. Kalau satu sekolah dengan cupcake aisyah kan best. Lagipun aku memang adore kat dia. Dahlah mak dengan abah tinggalkan aku kat depan pagar macam tu je. Katanya aku boleh uruskan sendiri. Yelah aku uruskan sendiri. Baru nak masuk pagar sekolah...

Buk!

'Aduh, anak gajah mana pulak yang langgar aku ni. Tak nampak ke aku yang sebesar alam ni.'
"Tak tahu nak minta maaf ke? Dasar budak kampung." Marah Danial sambil mengibas- ngibas kotnya yang berwarna coklat gelap.
Edlynn yang masih blur hanya menayang muka selamba.
"Excuse me. Is that my fault? Bukan kau ke yang letak mata kat kaki?" Tinggi betul ego Edlynn.
" Eh perempuan. Kalau tak puas hati meh lah gaduh." Ajak Danial. Namun dihalang oleh Rayyan,Umar dan Faiz yang baru tiba.
"Apa ni? Tak kan ko nak lawan perempuan kot. Tak gentle lah. Hi,sweetie. Siapa nama?" Tangan yang dihulur oleh Umar tidak diendahkan oleh Edlynn. Perlahan- lahan tangan tersebut diturunkan. Merah muka Umar menahan malu. Tak pernah direject oleh mana- mana perempuan. Dasar buaya tembaga.
"Malas aku nak layan lelaki lembik macam ko ni. Kalah nanti ngadu kat mak. Hehehehe,mama tadi boboy kena belasah dengan perempuan. Hahaha.." sakan Edlynn mengejek Danial.
"Dahlah malaslah nak layan korang. I got something to settle. Bye,lembik." Edlynn meninggalkan Danial yang sedang menahan marah menuju pejabat pentadbiran.

***

"Ini kelengkapan kamu. Ini jadual kelas kamu. Ini pula kunci loker dan peta sekolah ini. Dah kamu boleh beredar dari sini." Sombong betul kerani tu. Kerani tersebut sambung menempek bedak yang setebal 2 inci tu. Macam opera cina aku tengok. Edlynn menyambung langkah menuju ke kelasnya yang terletak di aras 2. Sekolah elit ini mempunyai lif untuk kegunaan staf,guru dan pelajar yang dipisahkan mengikut pangkat.

Aaaaaaaaaaaahh

Alah pontianak mana pulak meroyan pepagi buta ni. Bisinglah.
Berkerumun pelajar-pelajar sekolah ini di ruang legar sekolah yang tersangat besar tu. Kelihatan empat orang jejaka kacak dikerumuni oleh ratusan pelajar. Edlynn tidak ambil kisah. Bukan hal dia pun. Lagi cepat masuk kelas lagi bagus.

Hensemnya

Memang diorang ni dari syurga ke

Kalaulah aku dapat kahwin ngan dia

Amboi O-level belum lepas ada hati nak kahwin. Edlynn hanya mendengar pujian melambung terhadap jejaka konon kacak tersebut. Matanya masih tertancap pada peta sekolah yang baru didapatnya. Apasal lah terbelit sangat ni. Kerani tu cakap kelas aku 5 SA 1. Terus then nampak lif. Tekan button 2 then belok kiri. Kelas paling hujung tulah kelas aku.

Sampai pun kelas yang super duper besar ni. Macam kelas kat Jepun gitu. Mejanya couple tapi masih belum ada orang. Skolah ni masuk pukul berapa? Sekolah aku dulu kalau tak masuk pagar 7.20 pagi, nama memang naik sampai guru disiplin. Edlynn mengambil tempat di meja paling belakang dan sebelah tingkap. Kekecohan baru muncul saat Edlynn baru hendak melelapkan mata. Buat bising je dari tadi. Memang gini ke sekolah elit.
Seorang jejaka bersama tiga orang kawannya muncul diikuti beberapa orang perempuan yang terpekik telolong menjerit nama mereka. Danial,Rayyan,Faiz,Umar.
Itulah nama yang kedengaran.

"Wow,ada budak duduk meja kau lah. Berani betul dia." Ucap Umar.
"Macam aku kenal. Takpa. Kau duduk sana biar aku duduk sini." Arah Danial. Umar akur lalu mengambil tempat di sebelah Faiz. Rayyan pula di sebelah Ridzwan. Danial memanggungkan mukanya di atas meja sambil menyelitkan rambut Edlynn di telinga menjelaskan pemandangan Danial. Lawa jugak minah kampung ni.
Edlynn terjaga apabila berasa ada orang merenungnya. Sebaik sahaja matanya terbuka..Aahhhhh..mmmm..mmm

Tangan Danial lebih pantas menekup mulut Edlynn. Edlynn menarik tangan Danial daripada mulutnya dan ingin memarahinya tetapi terhalang apabila ada guru masuk ke dalam kelas.

"Saya dengar ada budak baru masuk hari ni. Boleh saya tahu? Anak pengerusi Paradigma Group juga dikhabarkan baru pulang dari Korea Selatan. Di mana mereka berdua?" Soal Mrs. Julia sambila matanya melialu mencari pelajar -pelajar barunya.

Spontan Edlynn dan Danial bangun dari tempat duduk serentak. Semua pelajar kelas tersebut berpaling ke belakang. Mrs. Julia juga.

"Perkenalkan diri kamu berdua." Arah Mrs. Julia.

"Saya..." Edlynn dan Danial berpandangan. Pehal ko nak kenalkan diri kau dulu bagi akulah, getus Edlynn. Matanya tajam menikam Danial yang tidak beriak.

"Nama saya Tengku Danial Hafiz Park Bin Tengku Badli Shah. Boleh panggil Danial." Ujar Danial.
"Ada apa-apa soalan?" Ada seorang pelajar perempuan mengangkat tangan lalu berdiri.
"Perempuan sebelah awak tu siapa?"soalnya.
"Tak tahu." Jawabnya dengan muka tiada reaksi. Sombong.
"Kamu pula." Ujar Mrs. Julia. Danial yang dah duduk pun memandang ke arah Edlynn.
"Hye... Nama saya Edlynn Adrianna Binti Kamal Edri. Saya masuk sekolah ini melalui pencapaian akademik saya yang baik menyebabkan sya terpilih ke sini. Harap awak semua boleh memberikan kerjasama." Usai memperkenalkan diri,Edlynn menunduk 90 darjah. Sejurus itu,terdengar suara sumbang yang mengata Edlynn anak orang miskin. Edlynn hanya memekakkan telinga.
"Kau jangan layan cakap diorang semua itu" bicara Danial sambil mengeluarkan kotak pensel dari begnya. Edlynn terkedu. "Thanks." Edlynn mengeluarkan kotak penselnya yang lusuh berbanding deskmatenya yang kelihatan mahal. Biarlah kotak pensel je pon. Sejak bila hati ko tisu ni Edlynn. Edlynn menyeka air mata yang mula hadir di tubir matanya. Aku kena kuat. Namun matanya terlopong melihat subjek yang diajar oleh Mrs. Julia. Bahasa Korea. Tak pernah aku belajar seumur hidup aku. Habislah.

----------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now