"Hafiz, cantik tak saya? "Edlynn memusingkan tubuhnya di hadapan Danial juga yang sedang bersiap.
"Erm. Lawa. "Jawab Danial acuh tak acuh. Masih ralit membetulkan sut kelabunya.
"Alah, tengok awak pun tak layan saya. Malaslah nak pergi. "Rajuk Edlynn. Dia terus menghempaskan tubuhnya di atas sofa.
"Apa ni sayang? Sayang tetap cabtik dulu, kini dan nanti. Dah, baik awak malu dengan anak-anak awak. Dah tua bangka tapi nak merajuk. "Pujuk Danial.
"Huh!!" Edlynn melihat pantulan wajahnya yang masih awet muda walaupun sudah berusia 36 tahun.
"Huarghhh...... Mama!!!! "Jerit puteri tunggalnya dari ruang tamu. Membuatkan Edlynn terus berlari mendapatkan kembarnya. Tengku Kayla Qaisara Park dan Tengku Adam Firdaus Park.
"Kenapa ni sayang? "Soal Edlynn kepada Qaisara.
"Mama, tengok abang. Dia kacau adik. Tarik rambut adik. "Adu Qaisara. Edlynn berpura-pura menjegilkan matanya.
"Bertuahnya Adam oi. Dah,Sara duduk dengan Mama je. Hafiz!! Dah siap belum? "Teriak Edlynn.
"Kejap. "Jawab Danial.
"Lambat betullah pak hang. Bersiap mengalahkan anak dara. "Perli Edlynn. Terkebil-kebil Qaisara dan Adam melihat Mamanya macam orang gila. Membebel tak tentu pasal."Sayang. Dah jom. "Danial melangkah keluar dari bilik utama dengan bergaya. Amboi, pikir kau bujang lagi. Dah jadi bapak orang pun.
"Lambatlah lagi. Best tau jadi batu penunggu. "Sini perlian Edlynn.
"Alah awak ni, biarlah sesekali saya bergaya. "Jawab Danial.
Edlynn hanya mencerlung tajam sambil menggendong Qaisara masuk ke dalam Porche Cayenne. Kenderaan itu pun laju membelah jalan.
***
"Tahniah, Rayyan, Nadia. Lama betul nk naik pelamin. Sampai anak aku dah masuk tadika dah. "Ucap Edlynn kepada pasangan mempelai merpati dua sejoli. Rayyan dan Nadia.
"Terima kasihlah Ed. Dah pergi jaga anak kau sana. Sibuk je. "Halau Rayyan.
Kurang asam. Dia halau aku. Nahas kau.
Edlynn pergi ke buffet dan mengambil makanan untuk kembarnya. Mana tah pergi? Cari kawanlah tu.
Dari jauh Edlynn dah lihat kembarnya bermain bersama Natasya Lee, Faris Haqimi dan Muhammad Aniq Ridhwan. Anak kepada Natalia dan Maya serta Amira. Mak-maknya tak nampak batang hidung pula.
"Ed, lamanya tak jumpa.. "Ucap Natalia yang datang bersama Maya dan Amira.
"Mana tak lamanya? Aku asyik pergi oversea je. Maklumlah banyak kerja. Ni budak-budak tu pun nasib tak merengek. Okay je aku tinggalkan dengan Mak Kiah. "
Edlynn berpelukan dengan Natalia, Maya dan Amira. Rindu.
"Sibuk sangat. Laki bini masing-masing tak melekat. Ni nasib baik ada anak. "Perli Natalia.
"Alah, kau ni macam tak tahu...."
***
"Mama, Sara nk aiskrim. "Permintaan Qaisara mengejutkan Edlynn kembali ke dunia nyata. Diari lusuh berusia 20 tahun dipandang.
Walaupun kau ni buruk, tapi kau simpan banyak kenangan manis, pahit, suka, duka lara. Kenangan yang aku akan ingat. Selamanya. Terima kasih kerana jadi sebahagian hidup mencoretkan kenangan untuk tatapan aku. Akan kuabadikan kisah cinta ADRIANNA HAFIZ yang suci ini.
Silir petang itu sungguh nyaman. Pergilah kau derita pemusnah. Turunlah hujan lenyapkan lara. Aku ingin hidup tenang tanpa diselubungi kenangan silam. Sesungguhnya aku mencintaimu Hafiz kerana Allah.
THE END
------------------Finally, habis jugak ADRIANNA HAFIZ ni. Tq kpd siapa yang support cerita ardell yg x seberapa ni. Tq jg kpd kawan2 yg sama 2 perah idea dengan ardell. Ok, inilah karya pertama ardell yang pernah hbis sbb selama ni x pernah habis. Lepas ni move on to ASRAMA. OKlah, tu je ardell nk ckp. Keep support ardell ok. I love u. Wo ai ni. Saranghae.
#bermulalahperjuangankespm
#trialdowngila
#ardellhappyADRIANNAHAFIZdahhabis
YOU ARE READING
ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]
ChickLit"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau rasa orang yang paling kau sayang. Macam aku kehilangan adik aku. " Alisya menoreh pipi Edlynn yang...