Dah seminggu perkara memalukan itu berlaku namun masih ada yang mengatakannya. Yalah Danial kan hot. Ini minggu seni mempertahankan diri, Danial pula ingin memasuki pertandingan Tae Kwan Do. Entah tahu ke tidak. Beria-ria Danial berlatih bersama Rayyan. Tak tahu pula Rayyan tu master Tae Kwan Do. Mereka berlatih di rumah Danial. Terpaksalah Edlynn berkurung di dalam biliknya. Dah lah bosan. Tak tahu nak buat apa. Telefon pun tak ada. Baca buku. Boring. Laptop pun aku pinjam Danial. Tak kan nak ambil. Kantoilah aku tinggal kat sini. Hah, lantaklah. Diorang mesti dekat bawah.
Edlynn melangkah masuk ke dalam bilik Danial. Laptop jenama Apple terletak elok di atas meja belajar Danial. Pintu bilik air terkuak.
Arghhhhh
Dua suara bergabung.
Edlynn menutup matanya. Terbayang body Danial yang terdedah. Six pack dia. Oh gosh. So damn hot. Dah lah bertuala je. Rosak mata aku."Ed... " Edlynn memandang belakang. Ke arah pintu.
Oh, shit. F4.
***
"Patutlah aku pelik. Sejak bila Edlynn rapat dengan mummy. Siap peluk lagi. Tapi paling win peluk kau lah."kata Faiz. Umar memandang tajam kepada Edlynn. Rayyan hanya berdiam diri.
"Oh, bila tanya kata study lah. Teman je. "Ajuk Umar. Dia masih sakit hati apabila mengetahui hal sebenar.
"Rileklah. Asal kau yang melebih ni? " soal Faiz. Umar mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku bukan apa. Cuma sakit hati sebab Ian tak jujur. Aku ingat kita tak ada secret. Kata brotherhood .Ni Nat dah tau belum? "Tanya Umar. Edlynn menggeleng.
"Better kau bagitau. Takut naik minyak minah tu." nasihat Umar.
Edlynn mengangguk lemah.
"Maaflah. Aku nak tanya ni. Kau tak ada telefon ke? " soal Faiz. Edlynn yang dari tadi tertunduk tersentak.
Edlynn menggeleng lemah.
"Telefon lama dah jual buat belanja makan. " Terang Edlynn lemah.
"Patutlah tak pernah nampak kau main phone. Ingatkan jenis tak main phone. " kata Danial.
"Aku ada iPhone 8c. Ambillah. Itu telefon lama aku. Kat dalam laci. Oh, tadi kau buat apa masuk bilik aku? " soal Danial. Tangannya di silangkan. Acah polis.
"Aku nak amik laptop. Boring terperuk dalam bilik. " Edlynn membela dirinya.
"Ian. Aku nak balik dulu. Ayah dah panggil balik. Kata ada hal emergency. "Rayyan pamit. Meminta diri untuk pulang.
"Eh, aku pun nak balik lah. Get the best rest for tomorrow. Ed, jaga Ian baik-baik. Faiz, jom. "Umar juga ingin pulang. Edlynn menghantar mereka dengan pandangan kosong . Danial dipandang menyampah. Semerta fikirannya terlayar peristiwa tadi. Ishh... Otak kotorlah kau Ed.***
Danial sedang memanaskan badan. Begitu juga dengan peserta lain. Nampak macam senang je Tae Kwan Do ni. Omel Edlynn.
Giliran Danial. Lawannya ialah junior. 4 SA 5. Bersaiz sederhana tetapi nampak macam ganas. Kalau dia cederakan si lembik tu macam mana? Biarlah. Dia yang cari pasal.
Pengadil memberikan keizinan untuk memulakan perlawanan. Pada awal perlawanan, Danial lebih banyak bertahan. Pipinya juga mulai bengkak. Bibirnya pula pecah.
Kring
Tamat separuh masa pertama. Edlynn lihat Rayyan pantas memberikan air kepada Danial namun Danial membasahkan bibirnya. Menghilangkan darah beku. Sedikit tips juga dititipkan.
Kring
Perlawanan dimulakan semula. Lawan Danial mulai lemah setelah berlawan pada awal perlawanan. Kesempatan itu diambil oleh Danial untuk menyepak kepala lawannya untuk markah lebih. Bahagian tubuh lain juga teruk dikerjakan Danial. Tak beri kesempatan langsung lawannya melawannya semula.
Kring
Perlawanan tamat. 40-41. Danial mara ke peringkat seterusnya dengan perbezaan satu mata.
Sehingga malam perlawanan tersebut diadakan untuk mencari sang juara. Ramai penonton pada malam itu berbanding petang tadi kerana Danial berjaya masuk ke final. F4 juga datang memberikan sokongan. Lepas tu menyemak sebelah Edlynn. Mummy hadir namun daddy tidak hadir kerana outstation di Kanada.
Rayyan setia di sebelah Danial. Memberikan kata-kata semangat kepada Danial.
"Perlawanan Tae Kwan Do peringkat akhir akan bermula sebentar lagi. Tumpukan sepenuh perhatian kepada finalis kita, Tengku Danial Hafiz Park dan Ungku Mohamad Nur Aidit. Dipersilakan finalis kita pergi ke gelanggang ."umum pengacara. Para juri pula berbincang sesama sendiri.
Di bangku penonton, Edlynn berasa risau. Kalau Danial mati sebelum aku minta maaf ,macam mana? Eh, cabai mulut kau kang. Erk...Edlynn cuma berharap Danial selamat walupun cedera parah. Hehe... Kejamnya Edlynn.
Perlawanan dimulakan. Semua menanti dengan resah. Masa hanya tinggal 5 minit.
Sempat Danial mengerling Edlynn di bangku penonton. Senyuman dilemparkan. Musuh dihadapannya dipandangnya. This victory for my pendek. Pantas Danial menyerang lawannya bertubi-tubi di bahagian kepala. Melihat lawannya yang hampir tewas akibat penat, Danial mengambil kesempatan menyerang bahunya. Untuk dapatkan mata yang boleh tahan banyak .Kring
Pengadil mengangkat bendera putih tanda berhenti . Danial berhenti menyerang. Lawannya yang kepenatan sangat hampir pengsan namun ditahan. Pasukan paramedik bersedia menyambut sekiranya lawan Danial pengsan.
"Pemenang bagi perlawanan Tae Kwan Do bagi tahun 2017 ialah Tengku Danial Hafiz Park!!! "Umum pengacara itu.
Yeay..... Boleh pau Danial suruh belanja aiskrim.
Danial membawa pulang £500 dan kelengkapan Tae Kwan Do. Dari penceritaan mummy, Danial sebenarnya pemegang tali hitam tahap 8. Namun tidak disambung sehingga tahap 12 kerana kesibukan belajar. Belajar ke usya awek. Omel Edlynn dalam hati.
"Sebagai hadiah dua-dua anak mummy ni dapat nombor pertama dalam perlawanan masing-masing ,mummy nak belanja dinner. Rayyan, Umar, Faiz, Nat. Jom join kami."ajak mummy. Mujur Natalia tidak memarahi Edlynn kerana tidak memberitahu yang Edlynn tinggal serumah dengan Danial.
Usai majlis penyampaian hadiah, kami bertolak untuk dinner. Mujur baru pukul 10.00 malam. Ok lah nak dinner. Kami dinner di Enjoy's Corner. Meriah kami malam itu. Usikan manja oleh Umar membuatkan Natalia tersenyum malu. Rayyan pula lebih selesa menjadi penonton. Faiz pula berborak dengan mummy. Danial pula sibuk kacau aku. Lempang nak . Nasib baik pagi tadi dia bagi iPhone 8c berwarna silver kepada ku. Kalau tak memang aku lempang dia cukup-cukup. Kami menikmati malam dengan senang hati.
Senyumlah semampu kau boleh sebelum senyuman itu diganti dengan tangisan.
Sepasang mata yang melihat adegan tersebut tersenyum sumbing.
----------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.
-ardellshah-
YOU ARE READING
ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]
ChickLit"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau rasa orang yang paling kau sayang. Macam aku kehilangan adik aku. " Alisya menoreh pipi Edlynn yang...