BAB 5

8.9K 300 2
                                    

"Tak ada apa-apa. "Edlynn berpura - pura tabah walaupun hatinya tak kuat.
"Kalau kau nak nangis, kau nangis kat bahu aku. Aku setia nak temankan kau nangis. " Edlynn terus menyembamkan wajahnya ke dada bidang Danial. Esakan kecil mulai kedengaran dari bibir mungil wanita tabah itu.
"Aku rindu mak dan abah aku. Diorang tempat aku mengadu, share problem dan diorang lah yang sentiasa di sisi aku. Lepas di orang meninggal, sapa nak dengar masalah aku. Lagupun aku tahu ramai di sekolah menyampah kat aku. Akukan anak orang miskin... "Bebelan Edlynn terpotong apabila ada seluas bibir mendarat di dahinya. Kemudian bibir itu meninggalkan dahi luasnya setelah seketika mendarat di dahinya.

"Siapa kata kau tak ada orang nak share problem? Aku boleh jadi pendengar setia kau, telinga untuk dengar masalah kau dan bahu untuk kau nangis. Kau masih ada aku. Ingat tu. Dah lah pergi tidur sana. Esok nak sekolah kan. Nanti kat sekolah tidur pulak. "Danial menolak kepala Edlynn menjauhinya. Lantas Edlynn mengesat air matanya dan hingusnya yang meleleh.

"Ee, selekeh. Hingus kat baju aku. "Raung Danial apabila melihat hingus Edlynn yang banyak di bajunya.

"Hahaha,nak lagi? "Tanpa sempat berbalas apa-apa sudah ada hingus Edlynn tercalit di pipinya. Sebelum melihat Danial naik meradang, Edlynn sudah berlari masuk ke kamarnya. Danial hanya menggeleng sambil tertawa kecil. Siap kau nanti Ed.

***

"Morning.." Danial mengambil tempat duduk di sebelah mummy yang menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan daddy. Edlynn pula sedang menyuap nasi goreng tanpa menghiraukan Danial.

"Amboi, cerianya anak mummy ni. Ada apa-apa ke? "Soal Mummy yang kehairanan keceriaan Danial yang luar biasa.

"Tak ada apa- apa. Biasa je. "Jawab Danial lalu menghirup hot chocolatenya laju. Beg galasnya disandang pada bahu kanannya.

"Ed, nanti kau naik cab eh. Aku dah lambat. Bye, mummy, daddy. Ian pergi dulu. "

Edlynn menghantar Danial dengan pandangan hairan.

"Sejak bila dia pergi sekolah awal , mummy? " soal Edlynn. Mummy hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Daddy pula menggeleng laju. "Oklah mummy, Ed pun nak pergi sekolah juga lah. " Edlynn mengucup pipi mummy dan menyalami daddy.

"Nak naik apa? "Soal daddy. Edlynn hanya tersenyum.

***

Edlynn meluncur laju dengan skateboard biru fius miliknya. Hadiah hari jadinya yang ke 17. Hadiah terakhir dari mak dan abah. Dah lama tak guna. Kesesakan lalu lintas langsung tidak menjejaskannya untuk menunjukkan skillnya yang dah berkarat semenjak mak dan abahnya meninggal. Ramai yang tertoleh melihat dia kerana gadis yang comel macam dia dan berpakaian uniform sekolah swasta meluncur skateboard bukannya dihantar oleh driver dengan kereta mewah seperti BMW 8 series.

Setelah tiba di hadapan pintu gerbang sekoalhnya yang setinggi lima meter itu, Edlynn berhenti meluncur dan memegang skateboardnya sebelum berjalan. Pemandangannya dipenuhi dengan anak -anak orang kaya dihantar oleh driver sehingga depan lobi sekolah.

Matanya melilau mencari Natalia. Biasanya dia sampai lagi awal dari aku. Tanpa berlengah, Edlynn menuju ke kelasnya. Dah agak dia ada kat sini.

"Hai, Nat. "Sapa Edlynn seraya meletakkan beg dan skateboardnya di dalam loker di bahagian belakang kelas.

Ahli F4 dan Natalia terkejut melihat aku yang terlebih ceria. Lagi -lagi Danial.

"Woi, cik manis kita dah senyumlah. "Ucap Umar sambil bermain dengan rambut Edlynn yang diikat satu.

"Eh, jangan main dengan rambut aku. Nanti ada yang kecewa. "Bisik Edlynn di cuping telinga Umar sambil melihat beberapa orang gadis yang berada di dalam kelasnya yang sudah menjeling melihatnya. Umar mengangkat tangan tanda berserah.

"Happy semacam pehal? " soal Natalia. Edlynn hanya mengangkat keningnya beberapa kali.

"Good morning, class. " Suara Mr. Darwin. Mencicit Natalia menyusup keluar dari pintu belakang. Semua pelajar bangun menjawab sapaan Mr. Darwin.

"Today, I have an urgent meeting. I leave you with an assignment. Please send to me by next week. You can do it by group. Not more than 5 students for each group. You have to do a scrapbook about the heir of any legacy. Maybe you can choose Mr. Danial? " Mr. Darwin buat lawak ke. Gadis-gadis di dalam kelas 5 SA 1 sudah menjerit nama Danial. Pantas Danial menekup telinganya. Tak faham betul. Apa yang diorang tengok kat lembik ni.

***

Dengan paksaan, Edlynn sah menjadi ahli kumpulan Danial untuk assigment Mr. Darwin. Ini kerja kursus Ekonomi? Bersama F4 semestinya. Gadis-gadis lain sudah mencemburui keakraban Edlynn dengan F4.

"Siapa nak jadi bahan uji kaji? "Soal Danial selaku ketua kumpulan yang tidak diiktiraf. "Apa kata kau je? "Idea tak berapa bernas muncul dari otak fikiran Faiz. "Tak nak. "Bantah Edlynn. Semua orang terkejut.

"Habis tu kau nak siapa? Rayyan? "Soal Umar. Edlynn berfikir seketika sebelum mengangguk.

"Tak bestlah cerita pasal Danial je. Boring. " Jelas Edlynn. Mulut F4 terlopong. Danial pula menahan geram. Rambut Edlynn ditarik kasar.

"Ah.. " Danial buat tak endah. Pantas Edlynn membalas dengan mencubit lengan Danial.

"Hye, baby. " Aduh minah mana pula muncul. TIARA. Minah gedik yang memang dah lama crush kat Danial. Tiara mengelus lembut lengan sasa Danial. Ahli F4 sudah naik menyampah termasuk Edlynn. Danial menolak tangan Tiara dengan lembut.

"Sorry. I ada discussion. Petang nanti I bawa you shopping eh. " Apalagi menjerit kegembiraan si Tiara mendengar butir bicara Danial.

"Ok, sekarang kau boleh berambus. "Halau Faiz. Garangnya. Satu yang Edlynn perasan pasal Rayyan ialah Rayyan ni pendiam. Tapi hensem. But Danial lagi hemsem. Erk...

Tiara merengus kasar lalu meninggalkan mereka tetapi sempat memberikan senyuman paling manis kepada Danial. Danial membalasnya.

"Ok, back to discusson. Siapa nak jadi bahan uji kaji? "Soal Faiz pula.

"Danial lah. Tak nak lah aku jadi uji kaji. " Rayyan bersuara. Suara emasnya akhirnya terkeluar. Edlynn terlopong melihat Rayyan bersuara sepanjang seminggu dia mengenali Rayyan. Seminggu sekali ke suaranya dikeluarkan?

"Aku setuju. Lagipun Danial yang paling kaya antara kita. "Tutur Umar.

Keputusun akhir ialah Tengku Danial Hafiz Park dipilih untuk menjadi bahan untuk assignment Ekonomi kami.

Apalah nasib kena kaji si lembik ni.

---------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now