Pagi yang cerah. Matahari masih segan silu menunjukkan dirinya. Edlynn bangkit dari tidur. Dikesan Danial sudah hilang tanpa diketahui.
"Tak apa. Kita cuci muka dulu. " Edlynn mengambil keputusan untuk mencuci muka terlebih dahulu sebelum mencari Danial.
Bilik air dituju. Cleanser dari Etude House dipakai sedikit. Toner SK II diambil sedikit. Ok, cun. Seterusnya, Edlynn memberus gigi.
"Ed!! "Laung Danial dari luar bilik. Muncul pun. Edlynn menjawab dari dalam bilik air.
"Apa? "Dia masih mengosok giginya dengan ubat gigi Colgate.
"Alang-alang tu mandi sekali. Kejap lagi kita jalan -jalan tau. "Arah Danial.
Edlynn yang sudah siap dengan memberus gigi keluar dari bilik air. Dilihat Danial sedang membelek akhbar Inggeris hari ini.
"Nak pergi mana? "Soal Edlynn sambil mengelap rambutnya yang basah sedikit.
"Rahsia. Siap je. "Arah Danial tanpa mengalihkan pandangan ke arah Edlynn. Edlynn mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dicapai tuala dan pakaian ganti. Cuma sweatshirt berwarna navy blue dan seluar jeans.Usai bersiap, Edlynn menyarung kasut Converse berwarna hitam di kakinya. Danial seperti biasa sentiasa hensem dengan kemeja lengan pendek berwarna merah hati dan skinny jeans. Converse berwarna kelabu disarung. Kunci Nissan GTR Aston Nella berwarna hitam metalik dicapai. Sempat dipesan sesuatu kepada Mak Nab.
Kereta meluncur laju membelah jalan. Tanpa diketahui destinasi. Kereta sport itu kelihatan seperti memasuki kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Edlynn berasa hairan plus terkejut.
"Apa kita buat kat airport? "Soalnya. Bibir Danial hanya tersumbing sedikit. Tanda masih mahu merahsiakan destinasi mereka. Digenggam erat jari Edlynn.
Balai pelepasan dituju. Selepas melalui pemeriksaan daripada kastam, Danial menarik Edlynn ke kabin kelas pertama. Pelik apabila menaiki penerbangan tanpa membawa sebarang luggage. Nak pergi mana Danial ni? Penerbangan domestik atau antarabangsa? Edlynn menetapkan iPhone nya ke flight mode. Danial pula ralit bermain dengan telefon bimbitnya. Apa yang digodeknya? Edlynn mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Pengumuman daripada pramugari bahawa penerbangan akan dimulakan sebentar lagi mengejutkan Danial. Pantas dia menetapkan telefon ke flight mode. Wajahnya sedikit lega. Tali pinggang dipasang. Edlynn sejak dari tadi lagi sudah memakai tali pinggang.
15 minit pertama, Edlynn berasa takut apabila tayar kapal terbang meninggalkan landasan. Usai diberitahu bahawa tali pinggang sudah boleh ditanggalkan, Edlynn pantas pergi ke toilet. Memang rutinnya walaupun sudah menaiki kapal terbang berjuta kali.
Danial menunggu Edlynn di luar tandas. Edlynn dengan wajah sedikit pucat keluar daripada toilet.
"Ok tak kau ni, Ed? "Soal Danial sedikit risau. Edlynn mengangguk tanda dia baik-baik sahaja. Danial menghela nafas lega.
"Good. Jom aku tunjuk kau kabin pilot. "Danial menarik tangan Edlynn ke kabin pilot.
Edlynn tercengang sedikit. Terlihat seorang pilot sedang mengawal kapal terbang walaupun sudah diletakkan pada mode auto. Co-pilot pula sedang memeriksa keadaan kapal. Danial menegur pilot tersebut. Ternyata pilot penerbangan itu ialah seorang pemuda berbangsa Tionghua dan mempunyai darah campuran Siam dan Korea. Sungguh kacak dengan alis mata yang sangat cantik dan kening tebal yang terbentuk cantik. Bibit merah jambu tanda tidak menghisap rokok. Memang pilot idaman wanita termasuk Edlynn. Cuma Edlynn dah kahwin dengan Danial, kan.
"Annyeong. Jal jinesseoyo, Eric?(Hai. Apa khabar, Eric?)"Sapa Danial di dalam bahasa Korea. Kalu aku faham tak apa. Ni tak. Sepatah haram pun aku tak tahu.
YOU ARE READING
ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]
ChickLit"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau rasa orang yang paling kau sayang. Macam aku kehilangan adik aku. " Alisya menoreh pipi Edlynn yang...