bab 30

7.1K 240 2
                                    

Kem Latihan Ketenteraan Pakistan .

Danial sedang melakukan larian membawa beg seberat 10 kg sepanjang 50 kilometer. Emir pula tertinggal jauh di belakang. Boleh dikatakan Danial antara orang terawal di hadapan. Di belakangnya beratus orang lagi. Akhirnya Danial tiba di garisan penamat. Dilakukan beberapa regangan sebelum meneguk sedikit air. Dia menunggu ratusan askar yang lain. Semestinya dari Malaysia. Hampir sejam akhirnya semua askar berjaya menghabiskan tugasan mereka.

"Selepas ini, anda dibenarkan makan tengahari. Setelah itu, anda dibenarkan untk menggunakan gim. Semua perlu hadir ke gim. Faham?!"perintah Danial.

"FAHAM, TUAN!! "Berdengung satu kem dek suara ratusan askar itu. Kem latihan ini adalah kem biasa yang selalu diadakan setiap tahun untuk memperkukuh skill mereka. Malahan, melalui kem ini askar akan diperhatikan untuk diserap ke dalam Malaysia Special Force Team. Sebuah badan rahsia kerajaan Malaysia.

Danial melangkah ke dewan makan. Rata-rata askar bawahan menundukkan kepala kepada beliau. Danial mengambil tempat di sebelah Emir.

"Hoi, tak tunggu aku. "Marah Danial. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya setelah membaca doa.

"Alah, sorrylah. Aku lapar. Lagipun kau jalan lembap sangat. "Kata Emir. Danial mencebikkan bibirnya.

"Kau kutuk aku? "Marah Danial.

"Chillah. Weh, aku ada dengar cerita malam ni ada latihan khas. Untuk MSFT je. Kau tau tak? "Danial menggeleng. Dia memberi perhatian kepada topik itu.

"Kenapa ada latihan khas? Ada kes ke? "Soal Danial.

"Aku dengar cerita, ada kes penjualan budak. Budak itu semua diculik dan disembunyikan kat satu tempat. Pihak polis tempatan syak dalang dia merupakan sindiket yang terbesar di Pakistan dan mempunyai senjata api yang berkualiti tinggi. "Terang Emir.

"Ya? Aku belum dapat maklumat lagi. Dah lah aku nak pergi gim terus. Nak rileks sekejap. "Danial terus bangun meninggalkan makanannya yang belum habis. Emir memandang Danial pelik.
Orang stress pergi taman ,Danial stress pergi gim? Lantak kaulah.

Danial menukar pakaiannya. Disarung tshirt hitam nipis dan seluar pendek. Treadmill machine dipilih. Diset up machine tersebut mengikuti kesesuaian. Setelah bajunya basah dengan peluh, dia berhenti seketika. Mengambil nafas panjang. Rimas pula. Dibuka baju tersebut. Terlihat six packnya yang kekar itu. Terbentuk cantik sejak awal remaja. Dia mengangkat sebiji dumbell seberat 5 kilogram. Teringat mahu call Edlynn. Mana tahu tak busy. Diambil IPhone nya dari kocek. Nombor Edlynn dicari sebelum panggilan antarabangsa dilakukan.

"Hello. "Kata orang sana.
"Hello. Kau sihat? "Tanya Danial. Dumbell masih diangkat.
"Siapa ni? "Soal Edlynn.
"Akulah. Ian. "
"Oh, Ian. Aku ingat bangla mana tadi. "
"Kurang ajar kau panggil aku yang hensem ni bangla. "
"Bila masa kau hensem? "
"Setiap hari aku hensem. Kalau tak mesti kau tak nak kahwin dengan kau kan? "
"Pernah ke aku cakap aku nak kahwin dengan kau? "
"Edlynn!! "
"Hahahaha, tahu takut. Kalau aku cancel wedding kita mesti kau meroyan kat sana. Sampai Malaysia boleh dengar. "
"Beranilah cancel. Aku bakar butik kau. "Acah Danial.
"Hah, cakap pasal tu. Raycarl tu psiko ke? "Soal Edlynn. Alang-alang Danial dah telefon.
"Dia memang ada sifat psiko sikit. Kenapa? "
"Macam mana orang psiko boleh jadi COO? "
"Itu kau kena tanya ahli lembaga pengarah. Diorang yang putuskan. Termasuk pelantikan aku. Kau kenapa tanya pasal Raycarl? "
"Something curious about him. "
"Kalau Tan Sri Helmi dan Raycarl terlibat dalam pembunuhan mak bapak kau, kau nak ambil tindakan ke? "
"Depends. Tapi aku tak nak kotorkan tangan aku. Tadi aku check laporan kewangan untuk tahun lepas dan tahun ni. Macam ada kerugian sikit. Tapi aku pelik tengok penyata kewangan. Macam tak balance. Aku dah suruh Rizuan check lebih teliti lagi. "Terang Edlynn.
"Wow, nampak sangat aku tak kesah pasal syarikat. Nasib baik ada kau dengan Rizuan. Aku ingat nak serahkan jawatan kau kat Rizuan jelah. Lagipun dia yang banyak buat kerja. Boleh aku fokus dekat kerja aku. "Cadang Danial.
"Terpulang. Aku pun setuju. Daripada kau terkejar sana sini. Better kau fokus kat kerjaya kau sekarang. "Sokong Edlynn.
"Thanks, bro. Weh, sorrylah tak dapat bak tolong kau settle majlis kita. Tapi aku janji semua bayaran nanti kau claim kat aku. "
"Tak payahlah. Nikan majlis aku juga. Lagipun aku dah hire wedding planner. Tak sanggup aku nak uruskan seorang. Tapi aku baru uruskan sikit. Tak nak kantoi dulu. "
"Diorang tak tahu lagi? "
"Tak. Malu lah aku. Kau lah bagitau diorang. Tapi Rayyan dah tahu. "
"Sejak bila kau malu? Emir pun tak tahu aku nak kahwin. "
"Ehem kita kahwin. "
"Ya, kita kahwin. Tapi aku janji lepas kahwin aku mintak cuti sebulan. Kau nak honeymoon kat mana pun aku sanggup bawa. "
"Betul? "
"Ya, aku janji. "
"Sediakan duit yang banyak. Aku nak pergi bulan. "
"Serious ah? Berapa ratus ribu duit aku nanti habis? "Keluh Danial. Mentang-mentang sekarang dah ada lawatan untuk bulan bagi pelawat, dia nak pergi jugak. Takpa sekali seumur hidup.
"Yalah. Aku dah janjikan. Seminggu je kan kat sana? Lepas tu kau nak pergi mana? "
"Seriously kau nak ajak aku lagi? Aku rak tahu. Suka hati kaulah. Aku ikut je. "
"Ok. Kau jangan nak membebel kalau ajak kau nanti. "
"Ya. "

"Ehem. "Dehem Emir. Danial memandang Emir.

"Baiklah, Tuan. Nanti saya akan lakukan dengan segera. "Bohong Danial. Edlynn di sebelah sana sudah ketawa terbahak-bahak. Mesti kes tak nak kantoi.

"Emir ke? "Soal Edlynn.
"Ya, Tuan. "
"Hahahaha, dahlah aku matikan dulu. Pandailah kau nak jawab dengan Emir."Edlynn memutuskan panggilan. Namun  ketawanya masih belum putus.

"Baiklah, Tuan"Muka Danial diketatkan lagi. Dumbell diletakkan di atas lantai. Gim yang tadi kosong sudah penuh.

"Siapa tadi? "Soal Emir.
"Jeneral. "
"Nak apa? "
"Cakap pasal latihan itu lah."
"Telefon? Bukan biasa dia panggil ke?"
"Err.. Tadi lain kes. "
"Tak payah nak tipu aku. Aku tahu kau bohong. Baik kau ngaku. "Ugut Emir. Danial mencari alasan.

Seorang pegawai mendekati Danial.
"Maaf, tuan. Jeneral panggil Tuan di biliknya. "Danial terus menyarung t-shirt nya. Peluh pun dah tersejat.

"Sekejap lagi saya sampai. Saya nak tukar uniform sebentar."Pegawai itu mengangguk.
"Aku chau dulu. Lain kalilah cerita. "Danial menepuk belakang Emir yang tercengang ditinggalkan seorang diri.

"You owe me, Danial! Jangan lupa! "Jerit Emir. Danial mengangkat bahunya. Belum masanya lagi.

---------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now