bab 44

6.2K 215 5
                                    

"Ed. Ada customer nak jumpa. "Kata Maya. Membantutkan tumpuannya untuk menjahit labuci. Tak apalah. Tinggalkan kejap.

"Mana customer tu? Napa dia nak jumpa aku? "Soal Edlynn. Maya hanya mengangkat bahunya tanda tak tahu sebelum kembali ke tempat duduknya di kaunter.

Edlynn mendekati seorang wanita yang berumur tetapi masih elegan. Seorang Datin mungkin. Senyuman manis ditarik. Ingat, customer always right.

"Ya, Datin. Kenapa Datin nak jumpa dengan saya? "Soal Edlynn lembut.

"Oh, awaklah pemilik butik ni? "Tanya Datin itu macam nak perlekehkan butik Edlynn.

"Ya, saya. Saya Edlynn Adrianna, pemilik Rianna's Collection ni. "Jawab Edlynn dengan yakin. Kita kena yakin dengan diri sendiri.

"Saya nak beli pakaian dari sini. Tapi, tak ada yang mengikut selera saya. Semua tak sesuai untuk saya. "Uajr Datin itu.

"Ok, Datin. Datin nak pakai dress tu untuk occasion apa? Dinner? Tea? Wedding? "Soal Edlynn. Memainkan peranan sebagai matchmaker.

"Esok saya ada majlis dinner untuk syarikat suami saya. Ada banyak pelabur akan datang, jadi saya tak nak penampilan menjejaskan imej syarikat suami saya. "Terang Datin itu. Edlynn berfikir sejenak. Memikirkan beberapa dress di dalam koleksinya.

"Saya rasa ada sehelai dress yang sesuai dengan Datin. "Edlynn menuju ke sebuah sudut. Kelihatan beberapa helai dress tergantung dan diletakkan di dalam rak berkaca. Menunjukkan kemewahan dress itu.

Edlynn mengambil sehelai dress minimalis berwarna hijau emerald. Hiasan labuci memenuhi di bahagian dada menyerlahkan keanggunan dress itu. Dipadankan dress tersebut di batang tubuh Datin tersebut.  Sesuai. Padan dengan gayanya yang elegan itu.

"Datin. Saya rasa dress ni cocok dengan Datin. "Ujar Edlynn teruja. Dress itu diangkat tinggi menyerlahkan rupa keseluruhan dress itu. Namun, muka Datin tu macam tak puas hati.

"Tapi, warnanya macam pudar. Awak bubuh clorox ke nak buang kotoran? Tekstilnya pun macam  kain murah je. Beli kat Petaling Street ke? Nak untung buka butik jual mahal pula. "Tebakan Datin itu yang bertalu-talu menyentak kalbu Edlynn.

'Apa? Clorox? Kau jangan aku yang Cloroxkan kau punya mulut puaka tu. Kain murah? Hello! Aku sendiri yang cari kain ni kat Paris tau. Lepas tu cari pula kat Seoul. Amboi, main sedap mulut dia je aku beli kat PS!! Ingat aku ni munafik sangat ke? Aku jual kain yang berkualiti tinggi je untuk keselesaan. Dia cakap aku beli kat tepi jalan. Sedap betul mulut!!! Geram pula hati. Sabar, Edlynn. Customer always right. Do it for you reputation. Hwaiting, Edlynn!!! ' Panjang lebar bebelan Edlynn di dalam hati.

Senyuman palsu ditarik.

"Eh, taklah Datin. Kain ni merupakan kain sutera asli dari Seoul. Lace ini pula ialah lace Paris yang terkenal dengan keunikannya tersendiri. Mana ada tekstur macam ni kat PS? Sebagai seorang pereka fesyen yang profesional, saya takkan ambil untung di atas angin. Saya sedar akan dosanya. Apatah lagi, ini merupakan periuk nasi saya. Takkan saya nak tabur garam kat periuk nasi sendiri? Mengenai isu warna ini pula, warna hijau emerald ini diiktiraf sebagai Pilihan Warna 2030. Sebagai seorang penggemar fesyen, masakan Datin tak tahu? Warna pudar di bahagian tepi ini bertujuan memberikan ilusi keanggunan dress ini sendiri. Untuk pengetahuan Datin, semua  asas pakaian di sini dijahit sendiri oleh saya. Pekerja saya cuma menjahit labuci mengikut rekaan saya dan dibawah pemantauan saya. "Terang Edlynn mematahkan hujah Datin itu. Siapa suruh berdebat dengan  bekas ahli bahas Victoria Private High School?

Terkedu sebentar Datin itu. Tiada kata terungkap dari bibir. Air liur ditelan.

"Ada koleksi yang lain? "Tanya Datin itu. Edlynn mengangguk. Terasa ada sangat selepas mematahkan hujah Datin itu .

Edlynn membawa Datin ke sebuah lagi sudut. Pakaian yang direka bersama Maya. Sentuhan akhir oleh dua otak yang senantiasa memikirkan mengenai fesyen itu sememangnya sangat halus. Seakan tiada baju yang mampu direka sebiji seperti itu. Kebiasaannya, Edlynn jarang mencadangkan koleksi ini kepada pelanggan kerana harganya yang terlalu mahal  tetapi Edlynn dapat rasakan Datin ni duit berkepuk dalam Louis Vuiton Spring Limited Edition tu. Lebih pentingkan reputasi berbanding duit.

Tergamam sebentar Datin itu melihat koleksi indah yang diberi nama EdMay Collection. Disentuh satu persatu pakaian yang berada di dalam koleksi itu. Serasa sesuatu perasaan seakan dejavú menerpa.

"Aida? "Spontan perkataan itu terluah dari bibir Datin itu.

"Aida? Siapa tu Datin? Datin teringat anak Datin ke? "Soal Edlynn prihatin.

Datin itu masih kaku sambil tangannya memegang lengan sehelai baju dari EdMay Collection itu. Pantas Edlynn melambaikan tangannya di hadapan Datin itu.

"Datin. " Datin tersentak.

"Oh, tidak. Saya rasa saya nak beli semua koleksi ni. Awak cakap je berapa harganya. "Putus Datin tu. What? Gila ke apa? Mahal kut sehelai baju ni. Nak beli semua?

Edlynn tergamam tak percaya.

"Datin biar betul? Tak de Boom Boom rh? Ke Laugh of Loud ? Tak pun Datin ni nak prank saya? "Gurau Edlynn. Wajah Datin itu semakin tegang. Serius.

"Tak. Baik awak siapkan resit sebelum saya ubah fikiran. "Menikus Edlynn ke kaunter.
Terkejut Maya yang sedang membuat laporan kewangan di kaunter. Maklumlah pekerja 2 orang je. Maya dan Boy. Nasiblah dua tu pandai jahit. Yelah Maya tu memang dari kecil minat menjahit dan fesyen. Boy pula dipaksa belajar menjahit dengan Maya. Alhamdulillah, berkat kasih sayang terhadap seorang isteri, Boy mampu menguasai ilmu menjahit dalam masa 3 bulan je.

"Kenapa Edlynn? "Soal Maya.

"Datin tu nak beli semua koleksi EdMay. Tak percaya aku. "Terang Edlynn ringkas. Tangannya laju menyediakan resit. Hampir £ 1 juta juga semua koleksi tu.

Datin itu melangkah ke kaunter mendekati Edlynn dan Maya.

"Dah siap resitnya? "Soal Datin itu. Edlynn mengangguk. Resit yang berukuran A5 dihulur kepada Datin itu. Tiada reaksi terkejut dari Datin itu melihat jumlah harga koleksi itu. Seperti sudah jangka. Tak apalah rezeki aku. Terima kasih,Allah.

"Penghantaran secara percuma akan saya berikan kepada Datin atas kesudian membeli koleksi kami. Sila tuliskan alamat Datin untuk proses penghantaran. "

Datin itu menulis alamatnya di atas sekeping kertas yang dihulur oleh Edlynn.

Lot 201,Jalan Seri Emas, Bandar Seri Hartamas, Hartamas.

Alisya Helmi.

Usai menulis alamat itu, Datin itu terus beredar.

"Alisya Helmi? Nama pun sedap. "Gumam Edlynn.

"Apa kau cakap? "Soal Maya yang tak dengar apa-apa.

"Sibuk. Balik nanti suruh Boy hantar baju kat alamat ni. Aku nak sambung jahit lagi. "

"Ya, bos. "Laung Maya dari kaunter.

"Hai, tak sabarnya nak tengok kematian kau. "

-----------------------------------------

Ayok, konflik semakin menghampiri. Macam mana ni? Sila tunggu.

Jangan lupa vote, comment dan share kalau suka story ni. 😉😉😉

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now