bab 27

6.6K 252 3
                                    

Kenapalah banyak-banyak kedai makan kat Malaysia ni kau nak pergi kedai makanan Jepun? Dahlah aku anti. 'Gumam Edlynn di dalam hati. Terhidang di hadapannya pelbagai jenis sushi, tempayaki,mee udon, onigiri,sashimi,dumpling dan takoyaki. Set bentou pun ada. Air pula hanya teh hijau asli dari Jepun semata. Semua makanan ini diorder oleh Emir dan Danial. Tak guna punya jantan.

Edlynn hanya memandang set bentou yang berada di hadapannya. Terasa gerun hendak menyumbatkan makanan itu ke dalam mulutnya.

"Edlynn, kenapa tak makan? Awak tak suka Japanese food ke? "Soal Emir prihatin. Dia yang dari tadi asyik menikmati mee udon berhenti. Danial pula lebih rela menyumbat dumpling ke dalam mulutnya.

"Ermm. Saya paling suka makan Japanese food. Cuma saya dah kenyang. Saya nak makan dumpling jelah. "Edlynn menafikan kelemahannya di hadapan Emir. Diambil sebiji dumpling menggunakan chopstick. Asyik terjatuh je dumpling . Edlynn menggunakan dua tangannya untuk menyepit dumpling.

"Hahahaha. Lawaklah awak ni Edlynn. Mari saya tolong ambilkan. "Emir menyepit sebiji dumpling ikan tuna dan menghulurkan kepada Edlynn. Edlynn mengangakan mulutnya.

Pantas Danial menyumbatkan sebiji onigiri yang sebesar tumbukan budak kecil ke dalam mulut Edlynn. Terbuntang mata bundar Edlynn. Bibirnya masih mengetap onigiri tersebut. Diambil dan digigit sedikit. Emir memasukkan dumpling ikan tuna tadi ke dalam mulutnya. Suasana sunyi buat seketika.

"Ermm. Sedap. Not bad. Apa nama sumo ni? "Soal Edlynn kepada Danial. Diambil onigiri lagi dengan menggunakan tangan. Jangan berangan nak pakai chopstick kalau tak pandai pakai.

"Onigiri. "Jawab Danial dingin. Seafood tempayaki diambil dari tempat grill. Dipindahkan ke pinggam kosong. Dapur grill ditutup.

"Yang kau makan tu? Nak rasa. "Edlynn mengangakan mulutnya ke arah Danial. Mengharap Danial menyuap dumpling ke mulutnya.

"Tak ada makna aku nak suap. Makan sendiri. "Marah Danial. Kenapa dengan Danial hari ini? PMS ke?

"Nama makanan comel ini, dumpling. Awak nak rasa? "Emir menyuapkan sebiji dumpling ke mulut Edlynn. Edlynn mengangakan mulutnya seluas mungkin. Tapi pantas menutupnya kembali apabila dumpling berada di dalam mulutnya. Dikunyah menghadap belakang. Malu dilihat Emir dengan kelakuan tidak senonoh itu. Hampir 5 minit diperuntukkan untuk mengunyah dumpling tersebut dek kerana saiznya yang super duper besar.

"Edlynn. Saya nak tanya boleh? "Edlynn menganggukkan kepalanya. Dicapai sebiji tamagoyaki iaitu telur gulung yang sangat comel dari set bentou.

"Awak dah ada boyfriend? "Tanya Emir sedikit takut. Reaksi Edlynn amat terkejut. Dibetulkan kotak suara sebelum menjawab persoalan Emir.

"Belum berpunya. Kenapa? Awak nak masuk line ke? "Soal Edlynn. Lirikan mata manja mengerling Emir. Danial menghempas chopstick yang digunakan ke dalam pinggannya.

"Toilet sekejap. "Kata Danial sebelum bangun daripada berteleku di atas bantal kecil. Edlynn memerhatikan gelagat Danial dan mengangkat bahunya kepada Emir yang bertanya kepadanya.

"Awak dah lama ke berkawan dengan Danial? "Soal Edlynn kepada Emir. Emir mengangguk laju sebelum membalas.

"Dah lama. Hampir 10 tahun. Even dia lagi muda dari saya, tapi saya amat kagum dengan kebolehan dia. "Balas Emir.

"Awak lagi tua dari kami? Berapa umur awak? "Soal Edlynn penuh minat. Diletakkan kepalanya diantara kedua tapak tangan. Sikunya diangkat dan diletakkan di atas meja jepun. Sambil matanya tidak lepas dari merenung Emir.

"Saya? Saya dah 32 tahun. Tapi masih single lagi. Tak ada siapa nak saya ni. "Lirih suara Emir.

"Ishh. Mustahil tak ada orang crush kat awak. Awak je yang memilih sangat. Awak kan ada rupa, pangkat, harta dan segalanya. "Bantah Edlynn.

"Pandai awak cakap orang. Awak macam mana pula? Takkan tak berkenan kat sesiapa? "Usik Emir. Muka Edlynn mulai membahang.

"Ishh. Tak adalah. Saya ni dah lah tak lawa, selekeh pula tu. Kasar pun satu. "Kata Edlynn. Dia merenung pakaian yang tersarung di badannya. Sweatshirt berwarna grey tertulis SWAG dan skinny jeans berwarna hitam. Vans blue black pula tersarung di kaki. Memang dia jarang memakai dress dan high heels. Outfit tersebut hanya tersarung di tubuhnya apabila ada acara rasmi. Meskipun setelah pereka fesyen terkenal, gayanya tetap sama.

"Mana ada. Cantiklah awak. Kalau tak masakan Danial terpikat dengan awak. "Gurau Emir.

"Apa awak cakap tadi? "Soal Edlynn. Inginkan kepastian. Danial terpikat dengan aku?

"Tak, saya salah cakap. Makanlah. Jangan membazir. Danial"Laung Emir sebaik sahaja melihat Danial sedang ke arah mereka.

Danial melabuhkan punggung di sebelah Emir . Mukanya sudah sedikit kendur dari ketegangan sebentar tadi.

"Apasal kau jerit nama aku yang hensem ni? "Soal Danial. Disumbat sushi ke dalam mulutnya.

"Saja. Tetiba rindu kau?"usik Emir. Lembut hujung jarinya bermain dengan lengan sasa Danial yang hanya dibalut tshirt nipis dan menampakkan ketul ototnya. Pantas Edlynn menekup mulutnya. Danial menepis kasar jari Emir.

"Woi, aku masih straight lagi lah. Aku bukan gay ok? "Marah Danial. Dijarakkan sedikit kedudukannya dengan Emir. Edlynn tidak dapat menahan dirinya untuk ketawa. Terbahak-bahak ketawanya. Danial menayang muka menyampah kepada Emir yang tersengih sumbing macam kambing.

"Edlynn. "Panggil Emir. Edlynn memandang Emir dengan pandangan innocent. Emir menyentuh rambut perang
asli Edlynn. Dia mengambil serpihan kulit udang di atas kepalanya.

"Teruk betul awak makan. Kulit udang pun boleh ada kat kepala awak. "Ucap Emir lalu ketawanya meletus. Edlynn juga tertawa kecil.

"Sedap sangat kut tempayaki ni. "Edlynn menunjukkan udang tempayaki di tangannnya.

"Sedap? Lain kali bolehlah kita makan Japanese food lagi. Hang out ke? Tengok wayang? Karoke perhaps? "Ajak Emir.

"Bo.. "
"Tak payah. Lepas ni kau ada misi kat Pakistan. Jangan lupa. "Kata Danial dingin.
"Lama lagi Tuan. Itu minggu depan punya cerita. "Kata Emir. Danial menjengilkan matanya memandang Emir. Emir menunduk akur.

"Baik, Tuan. "Akur Emir.

Edlynn menampar lengan Danial.
"Tak baik tau. Biarlah dia nak lepak dengan aku. Lagipun mesti dia penat. Yelah asyik misi je. Tak apa Emir Sabtu ni lepak eh. Nanti saya kenalkan awak dengan kawan-kawan saya. Jumaat ni diorang baru balik Malaysia. Empat lelaki dua perempuan. Tapi perempuannya dah kahwinlah. Saya je yang single. "Ajak Edlynn. Sempat promote diri sendiri.

"Ye ke? Wah, syok pula cuti saya kali ni. Tuan nak ikut? "Soal Emir kepada Danial. Danial mencerlung melihat Emir.

"Danial busy. Kita je pergi. "Potong Edlynn sebelum Danial membalas.

"Eh, siapa kata? Aku nak shopping sekali nanti. Kau teman aku. Lepas tu hantar aku balik. Emir,kau dah boleh balik."Kata Danial.

Emir mengangguk akur. Edlynn pula menjengilkan matanya. 'Dia ni askar ke CEO ke, masih tetap sama. '

-------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now