bab 39

6.5K 236 3
                                    

NASA Kennedy Space Center
----------------------------------------------

Lapangan Terbang  Antarabangsa Florida.
Terkejut Edlynn apabila Danial membawanya ke sini. Namun dukawal riak terkejutnya. Jatuh saham bila terkejut depan Danial. Seterusnya mereka mengambil teksi untuk ke Orlando. Setibanya di sana, mereka berehat di sebuah hotel lima bintang di tengah bandar Orlando. Lagipun jam menunjukkan pukul 11 malam waktu tempatan. Edlynn pun sudah letih. Tanpa berfikir panjang, Edlynn terus melelapkan mata di katil empuk President Suite.

                                       ***

"Huarghhh" Menguap panjang Edlynn setelah bangun dari lena yang panjang. Dilihat Danial sedang ralit dibuai mimpi.
Edlynn terus ke bilik air. Jap, asal lain sangat bilik aku ni? Sejak bila bilik aku ada gambar roket ni? Dekorasi dalaman bilik juga lain.

"Arghhhhhhh... "Raung Edlynn. Terjaga Danial dari lenanya. Selimut dilepaskan dan tubuh dibawa kepada Edlynn.

"Kenapa kau ni Ed? Pepagi dah terjerit jerit. "Soal Danial sedikit mamai. Matanya baru separuh dibuka.

"Kita kat mana ni, Ian? Kau nak culik aku ke? "Karut Edlynn. Wajahnya jelas ketakutan.

Danial ketawa terbahak-bahak. Hilang kantuknya mendengar soalan Edlynn.

"Kau mamai ke? Kita kat Orlandolah. Kan kita sedang honeymoon. Dah kau pergi mandi sana. Busuk. "Arah Danial. Ditolah sedikit tubuh ke dalam bilik air.

"Cop. Kita mana ada bawa baju. Aku nak pakai baju apa? "Soal Edlynn.

"Tu. Aku dah suruh orang aku hantarkan. Baju kau pun sama. Cukup kelengkapan untuk kau. "Jari Danial menuding kepada dua buah bagasi bersaiz sederhana di hujung bilik. Pantas Edlynn menyambar beg tersebut. Memang cukup. Set kelengkapan mandi, alat solek dan  sweatshirt serta jeans. Dikeluarkan sweatshirt berwarna putih dan jeans hitam.

Usai bersiap, Danial pula mengambil giliran. Disarung tshirt polo berwarna putih dan jeans biru. Suka hati je ikut fesyen orang.

"Dah, jom. Kita kat Orlando ni dua hari je. Lepas tu kita balik Malaysia. Aku banyak kerja. "Arah Danial. Dikunci President Suite dan langkah dibawa ke lobi.

"Alah, sekejapnya. Kita lamalah sikit kat Orlando. Kan best kat sini. Dah lama aku tak travel. Sejak aku busy dengan Rianna's."Rungut Edlynn.  Danial menggeleng laju. Sebuah kereta sewa sedang menunggu di hadapan hotel. Danial pantas membuka pintu belakang dan menolak Edlynn sebelum disusuli olehnya. Setelah itu, kereta tersebut meluncur laju membelah jalan.

NASA Kennedy Space Center.

Teruja betul Edlynn melihat pintu gerbang tersebut. Bersebelahannya pula ialah Cape Canaveral Air Force Station. Memang sebuah percutian yang tidak dijangka. Sememangnya Danial sukar dijangka. Terletak 50 minit memandu dari pusat bandar Orlando. Di sebuah kecil yang dihubungkan oleh beberapa buah jambatan. Memang kena lerak berjauhan di tempat awam kerana tidak mahu kesan roket dilancarkan terkena pada orang awam. Sekali roket dilepaskan, berjuta tong air perlu dilepaskan juga supaya kesannya dapat dikurangkan. Sekiranya tidak dilaksanakan, cermin bangunan akan berkecai.

Seusai membuat pembayaran sekitar USD 100 seorang, Edlynn dan Danial terus masuk ke dalam bangunan tersebut. Sebuah kapsul kecil menarik perhatian Edlynn. Kapsul Gemini yang dilancarkan atas roket Titan II ini sunguh kecil. Hanya muat untuk tubuh Edlynn. Manakala tubuh sasa Danial tidak muat untuk memasukinya. Seterusnya, mereka menaiki shuttle bus menuju ke Vehicle Assembly Building (VAB). Terletak 20 minit dari Rocket Garden. VAB juga merupakan bangunan dengan kapasiti terbesar di dunia. Malahan penggambaran Transformers 3 dijalankan di sini. Tiba-tiba bunyi launching vehicle lalu berhampiran mereka. Kenderaan yang sangat besar  itu menakutkan Edlynn. Pantas Edlynn memeluk lengan Danial. Danial berusaha menenangkan Edlynn yang sudah pucat lesi.

Tayar seperti kereta kebal, tetapi diperbuat dari kepingan keluli yang tiap satunya seberat 1 tan. Untuk menggerakkan jentera ini memerlukan 6 jurutera bekerja serentak. Kagum Danial melihat jentera itu. Sebelah tayar sahaja sudah memenuhi seluruh jalan tar biasa. Namun, tar yang digunakan bukan tar biasa tetapi dari batu yang terdapat di dasar Sungai Arizona.

Danial dan Edlynn meneruskan perjalanan ke Saturn Rocket dan memsukinya. Sungguh besar dan Edlynn berasa seperti rusa masuk kampung apabila memasuki roket yang sama ke angkasa lepas itu. Mereka juga memasuki Atlantis Space Shuttle iaitu space shuttle yang sangat besar. Sebelum ini, space shuttle hanya boleh digunakan sekali namun dengan Atlantis Space Shuttle, ia boleh digunakan berulang kali.Saiznya sekitar 90,000 kaki persegi. Lebih kecil sedikit dari Apollo Saturn V. Bahagian luar rangka diperbuat daripada sejenis tile yang mengambil masa dua tahun untuk merekanya. Atlantis Space Shuttle ini terletak di dalan bangunan Visitor Complex. Di sini terdapat lebih kurang 60 simulator yang boleh dicuba dan mengambil gambar. Memang Edlynn menggunakan peluang ini untuk menggodek segala simulator yang ada. Sebelum ke pertunjukan IMAX,Edlynn terjumpa Kapsul Apollo 14 iaitu kapsul yang digunakan untuk mengorbit Bumi. Di bahagian bawahnya terdapat kesan terbakar akibat haba yang terlampau panas semasa memasuki ozon Bumi ketika  hendak turun ke Bumi. Kapsul ini akan terjatuh di dalam laut sebelum pasukan penyelamat mengambilnya dan menyerahkan semula kepada NASA.  Selepas itu, mereka melihat pertunjukan IMAX.Terdapat dua pertunjukan yang tiap satunya berdurasi selama 40 minit. Sangat mengujakan Edlynn tetapi tidak bagi Danial.

Setelah selesai di VAB, mereka menaiki bas ke Apollo Saturn V Center. Di sini juga terdapat, batu kecil dari bulan. Kecil sahaja saiznya. Seperti wang syiling £0.50. Seterusnya, mereka melihat roket Apollo Saturn V. Roket Apollo Saturn V merupakan roket terbesar yang pernah dibina.Roket dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama akan dilepaskan selepas melepasi ruang Angkasa bumi. Bahagian kapsul atas pula akan bercantum dengan bahagian tengah di Angkasa lepas. Bahagian close up pula ialah bahagian ekzos yang sangat besar. Boleh memuatkan empat orang dewasa berdiri. Terdapat wayar-wayar yang direka khas dan dialirkan cecair oksigen supaya wayar tersebut tidak cair akibat suhu yang terlampau panas.

Di bahagian kapsul iaitu bahagian paling hadapan roket, terletak pejabat untuk para angkasawan berhubung dengan pihak NASA di bumi. Tidak besar namun cukup muat untuk mereka bekerja.

Selepas penat otak memahami reka bentuk roket dan pembuatannya, Edlynn mengajak Danial ke kedai cenderahati. Edlynn mengambil sebanyak mungkin fridge magnet yang pelbagai variasi namun semuanya mempunyai logo NASA untuk kawannya dan pekerjanya. Tidak lupa beberapa helai jaket yang pernah dipakai oleh angkasawan. Beratus juga harga setiap jaket itu, namun untuk Edlynn Adrianna, Danial Hafiz sanggup.

Setelah penat seharian di pusat pembuatan roket itu, Edlynn dan Danial kembali semula ke hotel. Sebelum esok kembali ke Malaysia semula. Sekejap sahaja mereka di bumi Florida ini. Namun Edlynn bersyukur kerana pelbagai ilmu baru telah dipelajari. Danial pula lebih suka mengikut permintaan Edlynn. Hehehehe.. Sayang Hafiz ketat-ketat.

------------------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now