"Macam mana kau boleh balik awal? Kata balik esok?"soal Edlynn kepada Danial yang sedang memandu Lamborghini Aventador Edlynn. Menuju ke rumah agam Danial yang hanya diduduki oleh pembantu rumahnya yang seramai 5 orang.
"Well. Aku minta balik awal. Lagipun kerja aku dah siap. "Balas Danial.
"Sebab nilah kau tak naik pangkat tau. Dah siap kerja terus apply cuti. Cubalah kau tolong orang atasan kau tu. Mesti banyak kerja kan. Ke cuci baju askar yang tengah berperang ke? Berbakti juga. Mana tahu kau dapat naik pangkat. "Ujar Edlynn memberi cadangan.
"What's? Hell no. Untung aku mintak cuti awal. Kau pun mesti rindu kat aku kan. "Senda Danial.
"Mana ada. Kau cuti berapa hari? "Soal Edlynn menutup riaknya yang malu itu.
"Alah, comelnya kau blushing. Aku cuti dua bulan. Sebulan sebelum kahwin. Sebulan lepas kahwin. Tapi sebelum kahwin tu aku memang tak ada misi, tapi kena pergi pejabat sekali sekala. Ada kerja sikit. "Sempat Danial mengerling Edlynn yang berada di sebelahnya. Merah padam mukanya menhan malu.
"Lamanya. Janji kan nak pergi bulan. Tak sabar aku. Lepas tu kita pergi bulan kau nak pergi mana lagi? "Soal Edlynn.
"Tengok jelah. Surprise. Macam mana dengan persiapan? Dah settle? "Tanya Danial.
"So far ok. Cuma aku nak ukuran badan kau. Nak buat seragam tentera. Kau tak ada pangkat kan? So tak payah letak pangkat. Hah, aku nak kau tengokkan dress aku. Ok tak? Tapi dress tu kat rumah. Aku jahit kat rumah. Takut kantoi. "
"Ermm, nanti aku nak jemput pegawai tinggi askar, so please kita buat yang gempak gila. How about kita naik kereta kuda? Lepas tu ada persembahan pedang dari askar. Then, kita diarak masuk dengan askar yang memegang pedang. "Cadang Danial. Edlynn terkejut mendengar cadangan gila Danial. Otak dia malam-malam memang merepek ke?
"What's? Are you on dreaming? Merepek gila idea kau. Tak pernah dibuat orang tau. Tapi aku ada khaskan acara untuk kau. Sebelum acara potong kek. "
"Acara apa? Kau jangan merepek. Sekurang-kurangnya idea aku kreatif. Pemikiran luar kotak. "Danial memuji diri sendiri. Masuk lif tekan sendiri.
"You have to play piano for me while singing. "Balas Edlynn. Keningnya diangkat. Mencabar Danial.
"Gilalah kau. Kau memang selalu kenakan aku. Tak payahlah. Aku malu. "
"Tak ada. Memang itu denda kau sebab biarkan aku kerinduan memikirkan nasib kau kat Pakistan tu. "Ucap Edlynn selaju mungkin. Danial tersenyum. Edlynn menundukkan kepalanya. Apa aku cakap ni?
"Alah, kesiannya dia. Nanti aku bagi hadiah ek? Tolong basuhkan baju aku boleh? "
"Wuekk. Basuh sendiri. Maid berlambak kat rumah tu. Nak buat apa? "Marah Edlynn sedikit merengus. Dipermainkan kerinduannya terhadap Danial oleh Danial sendiri. Tak nak kawan sampai kahwin.
"Alah, sejak bila kau hati tisu ni? Setahu aku hati aku je tisu? Janganlah merajuk. Tak lawa. Nanti tak ada orang minang, ayokk tak tahu? "Usik Danial. Diusap perlahan rambut Edlynn yang disanggul rapi.
"Biarlah aku tak lawa. Biar aku kahwin dengan orang tua. Tak nak kahwin dengan kau. "Merajuk Edlynn. Dipeluk tubuhnya. Kepalanya menghadap ke luar tingkap kereta.
"Sejak bila siak kau pandai merajuk? Aku tak ada gula-gula nak bagi. "Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Yelah. Aku pun mengaku aku rindu kau juga. Kalau tak ada kau, siapa nak kahwin dengan aku? Kau je yang tahan dengan kelembikan aku. Hati tisu aku. Janganlah merajuk Adrianna. "Edlynn memandang Danial yang masih fokus memandu. Menghadap jalan raya.
"Adrianna? "
"Yup
Comellah nama tu dengan kau. Lembut je. "
"Yuew. Jangan panggil aku Adrianna. Aku tak suka nama tu. "Edlynn merengus. Nama panggilan itulah yang selalu diucapkan Faris sewaktu kecil. Dia dah patah hati dengan Faris. Benci. Meluat. Apatah lagi perangai kasanovanya menjadi-jadi sejak dah tua ni. 29 tua kan?"Why? Nama tu cute lah dengan kau. "Soal Danial. Kereta sudah memasuki porch rumah agam Danial. Diberhentikan kereta. Handbreak ditarik. Tanpa mematikan enjin.
"Aku benci nama tu. Faris selalu panggil aku dengan nama tu. "Jawab Edlynn.
Danial meraih tangan Edlynn. Dibelai lembut tangan itu."Kau masih tak boleh lupa Faris ke? " Edlynn mengangguk.
"Takpa. Aku faham. Slowly eh. Dia kawan sepermainan kau. Dari kecil lagi kau dah kenal dia berbanding aku. Let's bygone be bygone. We continue the new chapter, ok? "Danial mengesat air mata Edlynn yang mengalir. Edlynn tersenyum kecil."Thanks. "
"No matter. Aku akan buat Adrianna suatu nama yang indah untuk seorang Hafiz even aku belum hafiz. "Danial tergelak kecil. Edlynn turut tergelak."Dah aku nak balik. Dah malam ni. "Ujar Edlynn. Dia ingin membuka pintu penumpang sebelum Danial pantas mentupnya.
"Tidur sini jelah. Kan ramai orang. Bukan kita je. Aku risau. Kan dah malam buta ni. "Pinta Danial. Edlynn mengangguk perlahan. Sebelum menggeleng.
" Nope. Esok aku kerja. Dah lah tak ada baju. Takkan nak pakai dress ni balik. "Edlynn memegang hujung dress labuh yang berwarna baby blue. Danial menggeleng.
"No way. No road. No excuse. Baju kurung arwah mummy ada. Kau pakai untuk pergi kerja esok. Lagipun saiz badan mummy dengan kau taklah jauh beza. Nanti aku carikan baju lama mummy. Dah, jom masuk. "Danial keluar dahulu selepas mematikan enjin kereta sebelum membuka pintu untuk Edlynn.Edlynn melangkah masuk ke rumah agam yang sudah 12 tahun tidak dijejakinya. Terasa bagai baru semalam dia menjejakkan kaki ke rumah ini. Bermanja dengan mummy. Bergurau dengan daddy. Bergaduh dengan Danial. Tapi hari ini mummy dan daddy dah tiada. Pergi meninggalkannya tanpa sebarang kata. Direnung gambar keluarga yang sempat diambil mereka. Edlynn, Danial, daddy dan mummy. Lengkap. Walaupun Edlynn bukan anak kandung mummy dan daddy.
"Ed.. "Panggil Danial. Edlynn menoleh. Danial memegang baju tidur miliknya.
"Nah, pakai baju ni untuk tidur. Nilah baju aku paling kecil. Sesuai kut untuk kau. Baju kurung mummy ada kat bilik gosok. Esok pagi kau ambillah. "Edlynn mengambil baju tidur itu sebelum melangkah ke bilik lamanya.
Susunan perabot masih sama. Lukisan dan lakaran baju juga masih tergantung di papan.
"Kitorang tak sentuh pun bilik kau lepas kau pergi. Cuma kemas sikitlah. Takut berhabuk. Mummy yang suruh. Kalau dia rindu kau, nanti dia akan tidur kat sini. " Laju airmata Edlynn mengalir. Sesungguhnya Edlynn amat merindui mummy dan daddy yang sangat baik terhadapnya. Dipandang wajah Danial yang masih berdiri di hadapan pintu biliknya.
"Aku rasa berdosa dengan mummy. Aku tak sempat nak tengok dia buat kali terakhir. "
Danial masuk ke dalam bilik Edlynn. Diusap belakang badan Edlynn."Dah lah. Kau rehat dulu. Esok nak kerja kan? "Edlynn mengangguk.
"Aku nak mandi dulu. "Edlynn mencapai tuala baru dari walk- in- closet miliknya.
"Aku masuk bilik dulu. Buatlah rumah ni macam rumah kau dulu. Apa-apa panggil aku kat bilik. "Edlynn mengangguk. Danial keluar dari bilik itu. Melangkah masuk ke biliknya. Melepaskan lelah. Usah difikir tugasan yang berlambak kat pejabat. Tidur. Pinta hati Danial.
-----------------------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.
-ardellshah-
YOU ARE READING
ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]
ChickLit"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau rasa orang yang paling kau sayang. Macam aku kehilangan adik aku. " Alisya menoreh pipi Edlynn yang...