Rayyan melangkah masuk ke dalam studio. Beberapa artis sedang membuat rakaman. Alhamdulillah, rezekinya bertambah baik.
"Rayyan. Dah lunch ke? "Tanya Lucy, pembantunya.
"Dah. Aku bantai nasi minyak kambing golek tadi. "Seloroh Rayyan.
"Amboi. Bila nak makan nasi minyak kau ni? Teringinlah. "
"Sejak bila aku pandai masak nasi mintak ni? Nanti aku belanja bolehlah. "Rayyan faham sahaja apa yang diperkatakan oleh Lucy.
"Bukanlah. Takkan tak faham? Sampai bila kau nak membujang ni? Awek ramai beratur kat luar tu. "Gurau Lucy."Banyaklah kau. Nantilah aku fikir. Banyak lagi benda kena buat. "
"Ingat Rayyan, jangan tunggu lama-lama. Nanti disambar orang. Oh, esok jangan lupa, akikah anak aku. Kau tak datang siap kau. "
"Ya, aku datang. Orang pertama sampai."
***
Seawal jam 2 petang, sebaik sahaja Solat Zuhur di masjid, Rayyan terus ke rumah Lucy atau nama sebenarnya Luciana Evans, wanita berbangsa Serani yang baru masuk Islam dua tahun lalu kerana berkahwin dengan Ahmad Idham Lim, seorang peniaga yang berbangsa Cina-Melayu.
Sebaik salam disambut, Rayyan masuk ke dalam rumah teres dua tingkat milik Lucy.
"Awal betul kau sampai. Baguslah. Boleh tolong aku. "Seloroh Lucy.
"Akak.. Rafael menangis. "Ujar Nadia yang datang dari dalam bilik.
Terpana Rayyan melihat wanita yang dicintai dalam diam. Dengan pakaian abaya hitam dan shawl dililit kemas, menyerlahkan pesona Nadia. Spontan Nadia menunduk. Macam pernah nampak mamat ni.
"Nadia.. Alah Rafael. Meh kat mama. "Lucy mengambil Rafael yang baru berusia 4 bulan dari rangkulan Nadia.
"Ehem.. "Lucy berdehem apabila Rayyan tidak lekang melihat Nadia. Macam nak telan.
Pantas Rayyan mengalihkan pandangannya. Malu kerana kantoi dengan Lucy.
"Rayyan, kenalkan ni adik ipar aku, Nurul Nadia Lim. Nadia, ni bos akak, Rayyan Hadad. "
Nadia meletakkan tangan kanan di dadanya. Menggantikan salam. Rayyan pun berbuat demikian.
"Nadia, akak masuk dulu. Boraklah dengan Rayyan dulu. "Lucy pantas berlalu.
"Ermm. Hai. Dah lama tak jumpa. "Sapa Rayyan dahulu.
"Jumpa? Kita pernah jumpa ke? "Soal Nadia kehairanan. Wajahnya berkerut cuba mengingati Rayyan.
"Pernah sekali. Kat bakeri. Kita nak chocolate mint tapi tinggal satu je. So, saya bagi kat awaklah. "Terang Rayyan.
"Oh. Baru ingat. Tajam memori awak. Boleh ingat perkara sekecil itu. "Puji Nadia. Tersipu-sipu malu Rayyan dipuji.
"Mana ada. By the way, awak askar kan?"Tanya Rayyan. Inilah peluang keemasan untuknya.
"Yup. Saya doktor askar. Why? "
"So, awak kenal Danial lah ni. "Ujar Rayyan.
"Danial? Maksud awak Tuan Danial Hafiz? "
"Tuan? Apa maksud awak? "
"Yeah. Tuan. Mejar Jeneral Datuk Tengku Danial Hafiz. Gelaran penuh Tuan Danial. "Terang Nadia.
"What? Danial bukan prebet je? "
Nadia menggeleng kepalanya perlahan.
"Wow, impress. Bininya pun tak tahu. "
"Really? Oh, saya dah kantoikan rahsia Tuan Danial lah ni. "Seloroh Nadia.
"Takpe, dengan saya je. I'm okay. "
"Awak kenal Tuan Danial macam mana? "
"We're best friend since elementary school. "Jelas Rayyan.
"Ok. Saya masuk dululah. Awak duduklah dulu. "
Nadia masuk ke ruang dapur apabila berasa malu kerana tiada topik yang hendak dibincangkan.
"Nampak aku desperate nak Tuan ke? "Getus hati Nadia.
****
Mata Rayyan ralit memerhati Nadia yang sedang mengendong Rafael. So cute. Comel sahaja melihat Nadia melayan kerenah Rafael yang berusia 4 bulan itu. Buah permainan yang sengaja diacah membuatkan Rafael tertawa. Begitu juga Nadia. Mujur tetamu sudah pulang. Boleh dia melihat telatah Nadia yang mencuit hati.
Pap
Lucy menepuk bahu Rayyan. Tersentak Rayyan. Terhenti renungannya melihat Nadia.
"Jauh tengok anak dara orang. Jangan simpan lama-lama. Sementara bunga belum dipetik oleh kumbang lain, baik sambar dahulu. Jangan nanti meroyan di kemudian hari. "Kias Lucy.
"Apa kau cakap ni, Lucy? Bunga apa? Kumbang? "Soal Rayyan. Tak faham dia dengan kiasan ni.
"Alah. Kalau kau berkenan dengan Nadia, elok jumpa mak bapak dia je. Pinang terus. "Saran Lucy.
"Tak naklah. Mana tahu dia ada yang berkenan ke? "
"Suami aku cakap, dia single lagi. "
"Single tak semestinya belum berpunya. Mana tahu suami kau tak tahu dia dah ada kekasih ke? Kitorang pun baru jumpa. Seganlah. "
"Segan. Pada zaman millenia ni, kau tak patut segan kalau nakkan seseorang tu. Ingat, usaha itu mulia. Usaha tangga kejayaan. Aku doakan jodoh kau panjang dengan dia. "
"Insyaallah, Lucy. "
"Nadia... "Panggil Lucy. Nadia berpaling. Mempamerkan wajah ayunya.
"Bak sini Rafael tu. Akak nak tidurkan dia. "Nadia menghulurkan Rafael kepada Lucy.
"Nadia.. "Terbantut langkah Nadia."Ya. "
"Saya nak tanya boleh? " Nadia mengerutkan dahinya. Kening kirinya terangkat.
"Ehem. Sorry kalau soalan saya ni menganggu privasi awak. "
"Takpa. "Nadia menarik senyum sedikit.
"Awak dah ada yang berpunya ke? Tapi kalau awak tak nak jawab pun tak apa. Saya tak harap jawapan pun. "Kalut Rayyan bertutur.
"Kenapa tanya? "Nadia menarik senyum.
"Saya.. Saya... "
"Saya belum berpunya tapi sedang menunggu. Kalau awak nak, tanyalah mak abah saya dulu. "Sebaik sahaja Nadia berkata begitu, terus dia berlalu pergi.
"Yes!!! Kenapa aku rasa macam ada kupu-kupu kat perut? "
-------------------------------
Sorrylah, ardell tak tahu nak wat scene kene tackle sbb ardell tak pernah kena. Yang ada, lelaki terus datang minang. Ceh, just kidding. Oklah, F4 semua nak kahwin. Tinggal ardell je belum kahwin. Hahaha. Keep going on ADRIANNA HAFIZ.
YOU ARE READING
ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]
ChickLit"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau rasa orang yang paling kau sayang. Macam aku kehilangan adik aku. " Alisya menoreh pipi Edlynn yang...