Curiosity kills the cat. Begitulah perasaan Edlynn. Sudah seminggu nota layang itu menganggunya. Semua perbuatannya serba tak kena. 'Kenapa daddy terpalit ?'
Edlynn?
Panggilan daddy mengejutkan Edlynn. Edlynn berpaling memandang daddy yang sedang menambah sayur labu air ke dalam pinggannya.
"Kenapa termenung je? Tak luak pun nasi?" soal daddy prihatin. Edlynn melihat ke arah pinggannya. Nasi yang diceduknya sudah sejuk malah tidak disentuh. Danial yang berada di hadapannya melihat Edlynn yang sedang keresahan. Edlynn hanya tersenyum kecil sebelum menggeleng perlahan.
"Nanti malam daddy dengan mummy nak pergi rumah kawan daddy. Ed dengan Ian tinggal kat rumah je . Jangan buat benda yang tak elok pula. " pesan daddy. Edlynn dan Danial hanya mengangguk akur.
***
'Inilah masa paling sesuai untuk aku cari siapa aku sebenarnya. 'Getus hati Edlynn. Langkah dibuka. Diberanikan diri untuk masuk ke bilik kerja daddy di tingkat 2.
Dia meninjau bilik Danial. Gelap. Dah tidur kut.Pintu bilik dikuak. Suis dipasang. Pencarian bermula. Dari satu laci ke satu laci. Kabinet dibuka. Semua fail dibuka. Tak ada pun.
Edlynn melepaskan lelah di atas meja daddy. Globe kecil di atas meja dibuat main. Eh, ada butang kecil. Ya. Terdapat sebuah butang kecil di bahagian pemegang globe. Ditekan. Satu layar lebar terbentang di belakangnya.
'Ada movie'
Video berdurasi 30 minit itu membongkar segalanya. Edlynn tak percaya.
Bukk
Bunyi fail jatuh dari timbunan fail keras di atas meja. Dibuka. Profil dirinya. Gambarnya sejak kecil. Gambar ibu bapa angkatnya. Gambar mayat ibu bapa angkatnya. Dan gambar dua orang yang tak dikenalinya.
Tan Sri Kamal Edri dan Pn Sri Tengku Sofea Jane. Meninggal pada tahun 2001. 2 down 3 to go. 3? Siapa selain abah dan mak? Aku ke?
Pakk
Pintu terkuak. Daddy!!
***
"Jadi betullah Tan Sri yang bunuh ibu bapa kandung saya. Bahkan ibu bapa angkat saya? Bagus ya Tan Sri. Permainan yang sungguh licik. Saya tak akan maafkan Tan Sri. "Edlynn menyorong luggagenya yang mengandungi beberapa helai pakaian miliknya."Ed, jangan tinggalkan mummy. Dah malam ni. Ed maafkanlah daddy. "Pujuk mummy. Tanpa berpaling, Edlynn bersuara.
"Tan Sri,Puan Sri. Terima kasih sebab bermain dengan saya dalam game yang sangat best ni. Lain kali kita jumpa lagi. Main game lain pula. "Sinis perlian Edlynn. Kaki melangkah ke rumah lamanya. Danial memandang Edlynn dengan pandangan sayu. Kenapa jadi macam ni pula?
Edlynn menangis teresak-esak di tangga rumah usangnya. 'Kenapa aku kena tahu kebenaran ini? '
Tayangan video tadi bermain di fikirannya.
Mana kau sembunyikan anak kau?
Tubuh seorang lelaki dipukul tanpa belas kasihan. Lelaki yang sudah lemah itu tersenyum sinis.
"Langkah mayat aku dulu baru kau tahu mana anak aku!!! Ahhhhhh..... "Terbaik lelaki itu apabila pehanya ditembak oleh seorang lelaki yang berkot. Membelakangi kamera."Shah, kau rakam dekat sikit. Biar kita tengok Kamal yang nak mampus ni. Aku akan pastikan rakaman ini sampai dekat tangan anak kau. Biar anak kau tahu siapa kau sebenarnya. Siapa aku sebenarnya!!!! Hahahaha. Lepas kau larikan adik aku, kau ambil harta dia and then kau bunuh dia. Kau memang keji. " ujar lelaki itu. Kamera dibawa menghampiri si lemah. Darah kering banyak terdapat di seluruh badannya. Pakaiannya koyak rabak. Darah kesan tembakan sebentar tadi mengalir laju. Membasahi kawasan tersebut.
"Aku tak bunuh isteri aku!!!!! Kau.... "
Banggg
Bunyi tembakan dilepaskan. Tepat ke jantung si lemah yang dipanggil Kamal. Terkulai longlai Kamal menarik oksigen masuk namun ajalnya disitu. Mati ditembak.
"Aku akan balas untuk ibu,ayah, mak dan abah. Tunggulah. "
Deringan telefon miliknya menganggu konsentrasinya. Diangkat.
"Hebat sungguh drama tadi. Macam nak rakam pula. Dah tahu siapa daddy kau sebenarnya? "
"Siapa kau sebenarnya? "
"Tak perlulah tahu siapa aku. Cuma you can call me Sayang. " Edlynn mengenggam penumbuknya. Geram.
"Jangan nak tumbuk sangat. I'm watching you. " Edlynn melihat sekeliling rumahnya. Tiada kamera tersembunyi pun.
"Jangan cari aku kalau aku tak cari kau. Bye, sweetie. "Panggilan terus termati. Edlynn terpaku. "Siapa kau sebenarnya? Ah, shit!! "Edlynn menutup semua lampu di ruang tamu sebelum menapak ke biliknya. Edlynn menyelimuti dirinya. Pejamkan mata dan lupakan semuanya.***
KlingSatu notification masuk. Edlynn masih diulit mimpi. Padahal nyawa dalam bahaya. Edlynn terbatuk-batuk kecil. 'Bau asap.'Mata Edlynn terbuntang melihat rumahnya sedang dijilat api.
Pantas dia mencapai lugaggenya. Mujur barang-barangnya belum dikemas. Dicari jalan keluar yang lebih selamat untuk menyelamatkan diri. Cuma ada tingkap sahaja yang apinya belum marak. Pintu sudah disekat dengan runtuhan siling. Luggage dihumban keluar. Dia berkira untuk melompat. Dengan helaaan nafas yang panjang, dia memeberanikan diri untuk terjun dari rumah tersebut. Nasib baik jarak antara tingkapa dan tanah tidak jauh. Edlynn hanya cedera sedikit. Dia mencari telefonnya. Tiada. Habislah. Hangus sudah telefon tersebut dijilat api. Rumah peninggalan arwah ibu bapanya yang sedang dijilat api dipandang. Mana harus dia berteduh selepas ini?
Jam di tangan ditelek. Pukul 5 pagi. Kenapa tiada yang menolongnya? Jarak rumahnya yang jauh terpencil di hujung lorong memungkinkan orang ramai untuk tahu kewujudan pondok usang di hujung lorong. Ke mana harus Edlynn membawa kaki? Meninggalkan pondok usang yang sedang marak dijilat api. Sudahlah dia hanya sebatang kara di dunia ini. Mungkinkah dia perlu ke butiknya?
Tekad hatinya. Dia ingin tidur sahaja di butiknya. Mungkin dalam usaha membaik pulih namun sudah ada bekalan elektrik. Sebaiknya.
Rianna Collection. Nama butiknya. Yang tiada siapa pun tahu. Mungkin dia perlu membina hidup yang baru. Dan melupakan kenangan yang lepas. Kenangan yang pahit.
----------------------------
Thanks for those yang baca cerita i ni.
Saranghae 😘😘😘
Nah double triple update for you
YOU ARE READING
ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]
ChickLit"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau rasa orang yang paling kau sayang. Macam aku kehilangan adik aku. " Alisya menoreh pipi Edlynn yang...