bab 14

6.7K 270 5
                                    

"Tak main-main tau. Aku ni dah lah penakut. Siapa khianat aku? Fans F4 ke? Kenapa kat sini? Dah lah tempat ni seram. Seorang pulak tu. Telefon pulak kat dalm beg. Danial tak nak cari aku ke? Masih marah kat aku lagi ke? "Omel Edlynn sendirian. Dia menilik jarum jamnya yang menunjukkan pukul 6 petang. Tak lama lagi senja. Haih, banyak benda nanti.

Bunyi desiran angin yang kencang membuatkan bulu roma Edlynn meremang. Matilah nak. Dia berpura-pura memejamkan mata sebelum terlelap. Keletihan.

                                       ***

"Edlynn... " Edlynn terjaga apabila mendengar suaranya diseru. Putih je tempatnya. Silauan mentari menyakitkan mata Edlynn.

Figura arwah ibu dan bapanya terlihat.
"Mak. Abah. "Seru Edlynn. Dia lantas berlari ke arah ibu bapanya yang sedang tersenyum manis. Memakai pakaian serba putih. Wajah ibunya sungguh berseri-seri. Nur. Cahaya.

"Edlynn Adrianna Binti Tan Sri Kamal Edri. Pergilah kamu mencari identiti sebenar kamu. Dari situ kamu akan tahu kebenaran di sebalik semua ini. " Arah ayahnya. Edlynn bingung.
"Apa maksud ayah? "
"Jangan menolak takdir yang telah tertulis oleh Sang Pencipta. " Bayangan ibu dan ayahnya kian kabur.

"Edlynn!!! "Kejut Danial. Dia terkejut melihat Edlynn tidur di sekolah. Niatnya ingin mencari Edlynn dibatalkan. Seharian Danial sekeluarga bingung mencari Edlynn yang hilang ke mana. Semalam, satu hari Edlynn tidak masuk ke kelas. Begnya ada namun pemiliknya ghaib.
"Danial! Kau selamatkan aku ke? " soal Edlynn. Riak muka Danial berubah. Hairan. Apa kena dengan minah ni? Sewel apa?
"Selamatkan? Mana kau pergi semalam? Asal kau tidur kat sekolah? " soal Danial bertubi-tubi.
"Semalam aku terkunci kat dalam stor. Denda kena bersihkan stor. "Jelas Edlynn. Hanya Danial sahaja yang baru tiba. What? Pukul 6.30?!!! Kelas bermula pukul 8.00. Awalnya dia datang.

"Bau busuk. Kau pergi balik sekarang. "Arah Danial. Dia menutup hidungnya. Benar, memang busuk. Seperti bau bangkai. Edlynn menyandang beg. Skateboard biru miliknya dicapai.
"Kau tak payah  sekolah. Rest je kat rumah. "Ujar Danial. Dia meyelak helaian buku rujukan Kimia. Patutlah pandai. Hari-hari baca buku. Edlynn mengangguk. Akur.

Sepasang mata yang dari tadi melihat adegan itu tersenyum kecil.

'Itu baru permulaan, Edlynn Adrianna Tan Sri Kamal Edri. '

                                      ***

"Mana kamu pergi semalam Ed? " Itulah soalan pertama terluah dari bibir amunmy sebaik sahaja Edlynn menutup pintu rumah.
"Edlynn terkunci kat sekolah. Puas Ed try nak cungkil tapi tak boleh. Lastly, Ed tidurlah kat situ. Sedar-sedar, ada kat kelas. " terang Edlynn sejelas-jelasnya. Mummy hanya setia mendengar.
"Hah, yelah. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Risau mummy. Kamu dah makn belum? " soal mummy. Edlynn menggeleng laju. Tahu pula mummy perut aku buat okestra.
"Kamu mandi duli. Lepas tu makan. Mummy nak hantar daddy pergi airport. Lepas tu terus pergi spa. Kamu rehat je lah eh. Apa-apa minta kat maid."arah mummy. Dia mencapai handbagnya yang diletakkan di atas meja kopi. Daddy sedang menyarung kasut kulitnya. Bagasi bersaiz sederhana ditolaknya.
"Mummy and daddy pergi dulu" Edlynn menyalami tangan daddy dan mummy. Dia menghantar mummy dan daddy dengan pandangan matanya. Sejurus itu, dia menutup pintu rumah.

Kring. Kring.

Siapa pula main loceng ni? Edlynn ingin melangkah ke pintu pagar yang sekangkang dinosaur dari rumah. Namun sudah ada pembantu rumah pergi dahulu. Biarlah. Edlynn memanjat tangga ke biliknya. Ingin mandi. Lepas tu bolehlah makan. Wuhuuu. Laparnya. Sehari kut tak makan.

                                      ***

Edlynn membaca buku sambil menikmati biskut Jacobs Wheatmeal kegemarannya di tepi kolam renang. Secangkir kopi o pekat juga ada. Dia harus mengulang kaji pelajaran memandangkan peperiksaan O-level hanya beberapa bulan sahaja lagi. Pejam celik pejam celik dah bulan November. Uishh, seram den.

"Cik Edlynn. "Edlynn mengangkat kepalanya. Mak Inah, tukang kemas rumah di hadapannya. Dia mengangkat sebelah keningnya.
"Ini ada surat untuk Cik Edlynn. Hadiah ni pun. " Mak Inah menghulurkan sebuah kotak hadiah dan sepucuk surat. Edlynn membuka surat tersebut.

Edlynn Adrianna Tan Sri Kamal Edri.
Let's begin the show.

"Apa semua ni? " bisik Edlynn. Kotak hadiah dibuka.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Bangkai tikus!!! Benda yang sama diperoleh semasa dia mengeluarkan buku dari begnya.
'Siapa kau? Apa kau nak? Kau ke yang tahu identiti sebenar aku? Apa jadi dengan dengan ibu ayah sebenarnya? '

"Kami menemui bekas wayar dipotong pada brek motor milik mangsa. Kami percaya ini adalah perbuatan khianat. Namun, lori yang melanggar motor mangsa juga mengalami masalah brek dipotong. Jadi, kami tak dapat teka ini perbuatan khianat musuh mangsa atau pemilik lori. Pihak kami akan mencuba sedaya-upaya kami untuk mencari pengkhianat tersebut. "Terang Inspektor Amir yang mengendalikan kes tersebut.

"Dia dah makin berani. Kalau kau nak bunuh aku sangat, tunjukkan diri kaulah. "Jerit Edlynn.

Dia hanya tersenyum sinis. 'Belum masanya lagi, sayang. Nanti kita main game ini eh'

------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-


ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now