bab 36

6.3K 238 4
                                    

Edlynn merenung wajahnya di hadapan cermin. Wajah yang dikenakan light make up diperhatikan. Cantik juga aku ni. Hahaha. Baju kurung sutera berwarna krim dibetulkan sedikit. Dibelek lagi tubuh langsingnya. Ok, settle. Jam di dinding dikerling. 10.00 malam. Maybe tok kadi dah sampai.

"Ed, dah siap belum? "Soal Natalia yang menjenguk dari luar bilik. Perut yang mulai memboyot membataskan pergerakan Natalia. Apatah lagi di awal usia kandungan. Asyik morning sickness je.
Edlynn mengangguk. Dia melangkah turun ke ruang tamu  rumah agam Danial yang sudah dipenuhi tetamu. Walaupun ibu bapa masing-masing sudah tiada, namun majlis masih meriah. Rakan sejawat Danial juga ada yang datang. Antaranya Emir dan Nadia. F4 pun turut hadir. Manakala Boy dan Maya pula bertugas sebagai penyambut tetamu. Faris pula memunculkan dirinya dan berada di sebelah F4.

Edlynn mengambil tempat di belakang Danial yang segak berbusana Melayu berwarna krim. Disimpuh duduknya. Majlis dimulai dengan khutbah ringkas daripada tok kadi. Mengenai tanggungjawab suami dan isteri. Emir setia di sebelah Danial. Danial masih tenang riaknya.

Tok kadi menghulurkan tangannya. Danial menyambut.

"Tengku Danial Hafiz Park. "
"Ya, saya. "Tenang Danial menyambut.
"Aku nikahkan dikau dengan Edlynn Adrianna binti Kamal Edri dengan mas kahwinnya RM 22.50."Danial mengambil nafas panjang.
"Aku terima nikahnya Edlynn Adrianna binti Kamal Edri dengan mas kahwinnya RM 22.50." Selafaz sahaja Danial menjawab akad tersebut.

Tok kadi memandang dua orang saksi iaitu Umar dan Rayyan.

"Sah. "

Alhamdulillah. Majlis akad nikah berjalan lancar. Danial menoleh belakang menghadap Edlynn yang sedang tersenyum kecil.

BANG!!

Terlepas satu das tembakan tepat ke jantung Danial. Darah membuak laju mengalir.

Pistol masih diacukan pada Danial. Dada Faris berombak-ombak selepas menembak Danial. Danial menoleh ke arah Faris. Edlynn menutup mulutnya yang terlopong. Tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"F... Faris... Kenapa.. Kau... Aniaya.. Aku? "Danial masih menahan kesakitan di sebelah kiri dadanya. Busana krimnya sudah basah dilumuri darah.

"Kenapa? Kau tanya kenapa? Patutnya aku yang kahwin dengan Ed? Aku dah lama pendam perasaan kat Edlynn. Tapi kenapa kau yang kahwin dengan dia? Kalau aku tak dapat dia, kau pun tak boleh! "Ucap Faris. Emir memegang lengan Faris. Pistol diambil. Faris meronta meminta dilepaskan. Tetamu yang lain sudah menjauhi Faris. Takut perkara yang lain pula terjadi.

"Danial.. "Danial tersenyum kecil melihat Edlynn yang menangis teresak-esak.
"Jangan tinggalkan aku. Aku ada kau je. Danial. "Panggil Edlynn. Mata Danial mulai kuyu.
"Adrianna. Jaga diri baik-baik. Aku tahu kau boleh survive seorang diri. Kau dah cukup kuat. "Ucap Danial lemah sebelum matanya tertutup. Buat selama-lamanya. Tetamu juga yang lain juga menangis melihat adegan itu. Wanita baru selesai akad nikah sudah jadi balu kerana suami mati ditembak.

Faris sudah dibawa ke Balai polis. Atas tuduhan membunuh. Edlynn memangku kepala Danial yang sudah tidak bernyawa.
Air matanya mengalir laju membasahi pipinya.

"Hafiz, bangun. Aku masih perlukan kau. Aku tak kuat. "Raung Edlynn. Natalia mengusap belakang badan Edlynn. Menenangkan Edlynn yang meraung. Edlynn tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki yang baru bergelar suaminya mati ditembak. Oleh rakan sendiri. Di hadapan matanya.

Pap..

Lampu tiba-tiba mati. Gelap sahaja pemandangan. Edlynn yang sebentar tadi meraung terdiam. Black out ke? Diraba Danial yang berada di pangkuannya. TIADA. Tetamu yang lain sudah bising. Berbisik sesama sendiri.

Pap

Lampu terpasang kembali. Edlynn melihat figura yang berada di hadapannya. Danial masih hidup. Tergelak Danial melihat reaksi Edlynn yang terkejut amat itu. Tetamu yang lain menghela nafas lega.

"Adrianna, janganlah terkejut sangat. Buruk betul muka. "Kutuk Danial. Dilap darah yang berada di tangannya pada baju Melayu. Bertuah punya Danial.

"Macam mana? Kau? "Lidah Edlynn kelu. Tidak mampu berkata apa-apa. Masih keliru dengan apa yang terjadi. Danial tergelak kecil. Begitu dengan tetamu lain. Tok kadi pun join sekali. Faris masuk ke dalam bersama Emir.

Permainan apakah?

"Terima kasih sebab jadi isteri aku, Adrianna."Bisik Danial ke telinga Edlynn. Tergamam Edlynn. Berani Danial mengenakannya. Pantas Edlynn menumbuk bahu Danial. Tawa kecil terlepas

"Dah, boleh hentikan drama ni, kan? Teruskan dengan acara membatalkan air sembahyang. "Arah Natalia. Edlynn dan Danial tersengih. Tawa kecil terlepas dari bibir mungil Edlynn yang hanya dioles pelembap bibir.

Majlis diteruskan dengan acara pembatalan air sembahyang. Danial meletakkan tangannya di atas ubun-ubun Edlynn. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa kesejahteraan dalam rumah tangga dan harapan untuk rumah tangga ini terus berkekalan. Jurufoto yang diupah sibuk mengambil gambar. Entah-entah adegan 'mati sekejap 'tadi dirakam. Habislah, satu Malaysia tahu nanti.

                                        ***

Tetamu sudah beransur pulang. Tinggal kenalan rapat sahaja yang masih lepak. Memandangkan jam baru menunjukkan pukul 11.00 malam. Danial dan Edlynn sudah menukar baju yang tadi dilumuri darah kepada pakaian kasual.

Edlynn menghidangkan minuman kepada rakan-rakannya. Faris, Emir, Nadia, Umar, Rayyan, Natalia, Faiz, Boy,Maya dan Danial sedang berbual-bual kosong di ruang tamu. Setelah menuangkan air ke dalam cawan, Edlynn mengambil temaoy di sebelah Maya. Malas mahu duduk di sebelah Danial. Masih merajuk.

"Sayang, kenapa tak duduk sebelah aku? "Soal Danial. Edlynn menjeling tajam Danial. Tubuhnya dipeluk. Masih geram.

"Sejak bila kau pandai merajuk, Ed? "Soal Natalia. Semua tergelak.

"Pandai dia buat lawak kasar. Jantung aku nak tercabut tau? "Kata Edlynn. Danial tersengih. Belakang kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Gempak kan lakonan aku? Ini semua idea Danial. Nak buat surprise untuk kau. Takkan aku nak amik kawan aku punya kan? Lagipun aku dah move on. Ramai lagi awek nak aku. Hehe."Ujar Faris. Tersengih. Edlynn menjeling Faris.

"Gempak gila. Real habis. Lepas ni kau boleh berlakonlah Faris. "Usik Umar. Edlynn merengus geram. Tak tahu ke aku masih terkejut.

"Dah lah, Edlynn. Jangan marah sangat. Oklah, wedding kau macam ni. Ada variasi sikit. Tapi tak boleh blah reaksi Danial lah. Nak tergelak aku. "Kata Boy. Menenangkan Edlynn.

"Mana dapat darah? "Soal Edlynn.

Danial tersengih. "Itu sirap then campur dengan water colour. Lepas tu letak pewarna makanan sikit. "

"Nasib bukan darah betul. Tahu tak, aku tahan nak pengsan tengok darah. "Marah Edlynn. Lupa pula Edlynn takut darah. Hahaha. Gamat rumah agam itu dengan ketawa mereka. Sudah tiada yang bermasam muka. Hanya ceria sahaja di wajah mereka. Selepas 12 tahun memendam rasa. Akhirnya disatukan jua.
Dua jiwa. Pasangan sejoli. Ibu bapa mereka di atas sana juga gembira. Melihat anak mereka bahagia.

----------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-





ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now