"TENGKU DANIAL HAFIZ PARK BIN TENGKU BADLI SHAH! "Laung pegawai tentera yang bertugas untuk temuduga tentera."Ya, tuan! "Danial terus melaporkan diri dan memberi tabik hormat kepada pegawai tersebut.
"Giliran awak pula. Masuk! "Danial masuk ke dalam bilik temuduga tersebut.
"Tengku Danial Hafiz Park bin Tengku Badli Shah. "Panggil seorang penemu duga.
"Ya, tuan. "
***
Guruh berdentum di kaki langit. Burung sudah berterbangan pulang ke sarang. Manusia pula sibuk mencari tempat teduh dari kebasahan.Danial bersama 12,000 pelatih yang ingin menjadi askar masih sibuk mengelap sebiji kereta seorang di bawah hujan lebat yang turun membasahi bumi. Tuala yang sudah lencun diperah beberapa kali sebelum mengelap kembali keret tersebut. Seorang pegawai sedang memerhatikan mereka. Di bawah teduhan bangunan.
Detik terus berlalu. Minit berganti jam. Sudah hampir 6 jam, namun hujan masih turun dengan lebat. Longkang sudah semakin penuh. Tapi aliran laju membawa air longkang laju ke sungai kembali. Hanya tinggal 10 orang yang masih bertahan. Termasuk Danial. Yang lain, sudah terkena selesema. Termasuk yang sudah berputus asa.
Hujan lebat hanya tinggal rintik-rintik. Sebelum cuaca kembali cerah. Matahari tidak lagi silu memunculkan diri. Danial terus memerah tuala yang sudah lencun dan terus mengelap kereta sehingga kering. Baju yang basah sudah tidak dipedulikan.
"Kamu semua lulus. Ikut saya. "
***
"Tak sedar diri. INGAT KAU JUNIOR AKU NI SENIOR!! SEDAR DIRI!! " Seorang lelaki terus menyuruh gengnya memukul Danial yang tadi cuba melawan cakapnya. Namun, Danial cekap dan membalas setiap pukulannya. Habis semua terjelepuk menahan kesakitan.
"Hei! "Seorang pegawai sedang meluru ke arah mereka. Sambil membawa sebatang rotan buluh.
Pap.
Semua yang terlibat dikenakan 10 sebatan akibat mencetuskan pergaduhan.
***
Bermula seawal 6 pagi, semua pelatih dikerah berjogging sejauh 10 km tanpa henti. Seterusnya, berlari membawa beban seberat 10 kilo sejauh 15 km.
Latihan panjat tali, panjat tembok, mengesot di bawah kawat berduri, berlari merentasi tayar lori, panjat pokok dan sebagainya sudah puas dilakukan oleh Danial tanpa lelah.
Pada sebelah petangnya pula, setiap pelatih diajar untuk menembak di padang sasar. Bermula dengan Col Moschin sehingga mampu memegang Beretta ARX-160. Pelbagai jarak dilatih bermula jarak 1m sehingga 50m. Semuanya ditembak tepat oleh Danial.
***
"Tak apa, pak cik. Biar saya buat. "Danial menghulurkan bantuan untuk menolong seorang pak cik tua yang sedang memikul kayu api yang sungguh berat."Ora payah. Aku iso meneh. "Jawab pak cik tua itu. (Tak payah. Aku boleh lagi.)
"Tak apa. Saya amik tau. "Danial terus mengambil seberkas kayu api di bahu pak cik itu dan berlalu dari hutan.
Seorang mak cik yang sedang bersusah payah menghidupkan bara api pun ditolong sehingga hitam wajah Danial yang berwarna putih merah jambu walaupun sudah banyak membuat kerja di luar.
Bekas air yang kosong di rumah Tok Batin diisi penuh dengan mengambil air dari sungai di hulu hutan. Sehingga penat seharian Danial pada hari itu. Itu baru sehari, ada lagi seminggu di perkampungan orang asli di tengah hutan itu.
***
"Sedia? "
"Terjun! "
Danial terus terjun dari helikopter dan berusaha mengapungkan dirinya seperti yang telah dipelajari. Berjaya. Dan Danial berjaya mendarat di sempadan Kalimantan-Sabah. Pantas dia menyembunyikan dirinya.Krek.
Telinga Danial berjaya menangkap bunyi orang melangkah. Dia sudah bersedia dengan Fabrique Nationale FN SCAR.
Bang!!
Seorang askar telah melepaskan tembakan kepada penceroboh tersebut. Ishh. Kenapa kau lepaskan sekarang?
Bang... Bang...
Berdentum-dentum bunyi tembakan dilepaskan memenuhi ruang udara. Seramai 6 orang dari penceroboh mati manakala 4 orang lagi berjaya diberkas.
Berani kau nak ceroboh Malaysia. Akan kujuangkan diriku untuk tanah air Malaysia tercinta. Janji Danial sebelum rebah. Terkena peluru rambang.Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60.
Happy 60th Independence Day.
Selamat Hari Malaysia.
Happy Malaysia Day.#risingtogether
#bangkitbersama
#belum terlambatucap
#happyindependenceday---------------
Yey!!! Belum terlambatkan nak ucap Selamat Hari kemerdekaan Malaysia yang ke 60. Dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Juga tahniah kontinjen Malaysia pada Sukan Sea 29.
Semoga hari-hari kita dilimpahkan berkat oleh Allah. Apatah lagi pada hari jumaat ni. Semoga jiwa, minda dan fizikal kita terus bebas dari penjajahan gejala negatif. Ardell doakan yang terbaik untuk korang.
Keep voting, comment and share my story. Muahh 😙😙😙😉😉😉
-ardellshah -
YOU ARE READING
ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]
ChickLit"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau rasa orang yang paling kau sayang. Macam aku kehilangan adik aku. " Alisya menoreh pipi Edlynn yang...