BAB 7

8.3K 309 6
                                    

Sudah kali ke seratus rasanya Edlynn menguap besar. Namun buku setebal 30 cm itu belum habis dibaca. Danial pula sudah lama diulit mimpi di dalam biliknya. Apa panjang bebenar sejarah kau ni. Dari zaman Parameswara lari dari Temasik kemudian sampai di Melaka. Meleret sampai kejatuhan Kerajaan Melaka dan membina semula institusi raja di Johor. Haih, aku dah belajar kat sekolah lah. Moyang dia ni memang nak kena dengan aku. Letak sejarah dari Paradigma diwujudkan sudahlah. Tak memasal aku kena baca semua ni. Dah lah aku seorang je ni kat perpustakaan. Ada rasa aura hitamlah. Apa benda ni.

Mulut kecil Edlynn terkumat kamit membaca surah al-Mulk dan empat kul. Tenang sikit hatinya. Jam tangan Daniel Wllington di pergelangan tangan kirinya dikerling. 2.30 pagi. Gila lah. Rileks. Kau kena sabar. Edlynn menarik nafas sedalam mungkin. Hembusan beserta keluhan dilepaskan. Kenapa lah aku ikut sangat cakap dia? Bodohlah kau Edlynn.
Seraya itu, buku yang terbuka itu di tutup kasar. 'Dah aku nak tidur.' Putus Edlynn. Buku tersebut hanya ditinggalkan di atas meja. Esok nak baca lagi. Bersama yang sudah kuyu, langkahnya dihayun ke arah biliknya.

Dukk

Kepala Edlynn terlanggar sesuatu. "Auchh.. "Aduh Danial. Edlynn terlopong. Terus segar matanya. Mampus. Dia belum tidur ke. Tapi macam mamai.

"Apa kau buat malam-malam buta ni? "Soal Danial. Amnesia ke. Dia juga yang suruh aku habiskan baca buku sejarah tu. Tampar kang.

"Mancing. "Jawab Edlynn selamba. Matanya sudah kuyu kembali. Katil sudah menyeru namanya. Dah lah aku nak masuk bilik. Kakinya diatur untuk masuk ke dalam biliknya.

Kakinya terhenti. Dia berpusing ke belakang. Danial memegang lengannya. Edlynn mengangkat keningnya. Tanda kenapa.

"Dah habis baca belum? "

Oh, shit. Dia tanya soalan maut. Edlynn menggeleng lemah.

"Habis tu kenapa nak masuk tidur? "Soalnya lagi. Cengkaman tangannya dipererat. Tidak mahu Edlynn lari.

"Malas. Ngantuk. Bosan. Kau bacalah sendiri. Sejarah kau. " Dah mari dah Edlynn Adrianna yang brutal.

"Amboi, aku suruh kau baca. Kau suruh aku baca. Banyak cantik. "

Aku memang cantik. Kau je yang tak tahu. Lembik.

Edlynn memulas lengan sasa Danial. Terlepas cengkaman Danial yang konon erat tadi. Tanpa sebarang kata, kakinya laju berlari masuk ke dalam biliknya.
Apa jenis manusia tu? Diktator. Dah lah esok sekolah. Kalau aku tidur kat sekolah, aku salahkan kau.

Tanpa berlengah, Edlynn menarik selimut. Tidur.

***

"EDLYNN ADRIANNA! Ini kali ketiga saya tegur awak tidur dalam kelas saya. Hari ini sahaja tau. Apa awak buat malam tadi? Jaga anak? Ke bergayut? Saya nak awak berdiri kat luar. "Arah Mrs. Jennifer.

Edlynn dengan longlai menapak ke koridor kelas. Danial tertawa kecil. 'Apa gelak-gelak. Ini semua kau punya pasal.' marah Edlynn. Di dalam hati.

"Kaki kiri naik! Tangan depakan. Awak berdiri sampai cikgu lepas ni bagi masuk. "Arah Mrs. Jennifer. Tak padan dengan tua. Nak denda aku juga. Dendalah Danial juga. Dia punca aku mengantuk dalam kelas. Mampus! Lepas ni, Sir Roy. Dah lah garang nak mampus. Sah, aku tak turun sampai baliklah jawabnya.

Baru sebut, dah muncul. Mrs. Jennifer susah lama pergi. Sir Roy melangkah dengan berani bersama buku rujukan Sains Kemanusiaan.

"Tadi Mrs. Jennifer cakap ada pelajar kena denda sebab tidur. Awak ke? "Soal Sir Roy. Edlynn mengangguk lemah.

"Stay sampai sini hingga balik."arah Sir Roy. Dah agak.

Sesi pembelajaran Sains Kemanusiaan seperti luar biasa. Kelas sangat bising. Edlynn menjenguk dari jendela. Danial bermain kapal terbang kertas bersama Umar. Rayyan pula bersiul dengan senang hati. Faiz sibuk mengusya awek du hadapannya. Lebih kepada kacau sebenarnya. Pelajar lain sudah gelisah jikalau Sir Roy naik angin.

"DANIAL! RAYYAN! UMAR! FAIZ! BERDIRI DI LUAR SEKARANG. BUAT SEPERTI EDLYNN. " Arah Sir Roy.

Dengan senang hati, mereka keluar. Melaksanakan denda. Berbaris F4 bersama Edlynn.

"Asal kau buat bising? Dah tahu Sir Roy macam tu. "Bisik Edlynn kepada Faiz yang berasa di sebelahnya.

"Kitorang tak akan tinggalkan kau seorang macam tu. Kami dah anggap kau macam adik kami. Macam Natalia. "Jawab Faiz.

"Lagipun ni idea Danial. "Tambah Umar. Danial memalingkan wajah apabila Edlynn melihatnya.

Kesian jugak kau kat aku. Hehehe.

***

"Ed, jom teman mummy pergi spa. Kita buat treatment. Muka Ed dah lawa tapi nampak lesu. Body pun macam tak bermaya."ajak mummy. Semasa lunch.

"Nak. Ed tak pernah pergi spa. Apa rasa ek? " Pantas Edlynn bersetuju. Telah selama ni mana pernah pergi spa. Setakat lalu adalah. Itupun rasa segan.

"Lepas ni bersiap. "
"Eh, kerja kau macam mana? "Celah Danial. Edlynn menjulingkan matanya. Annoying.
"Buat sendiri. Tadi aku dah kena denda sebab kau tau. Mummy, tadi kat sekolah Ed kena denda. Ini semua sebab Ian. Dia yang tak bagi Ed tidur malam tadi. Mummy marahlah Ian. "Adu Edlynn. Manja. Padahal saja nak sakitkan hati Danial.

"Danial Hafiz. Kenapa buat Ed macam tu? Dah, lepas ni Ed ikut mummy. Biar Ian buat sendiri kerja dia. " Yes, mummy sokong aku.

"Tapi, mummy... "
"Kamu bantah, tak ada elaun bulan ini. " Wah, sayang betul mummy kat aku.
'Mummy ni. Lebihkan Ed dari anak sendiri. '
Dalam hati penuh taman bunga, rama-rama banyak berterbangan. Haih,senangnya dalam hati. Kalau dapat kenakan Danial selalu. Seperti dunia, ana yang punya.

***

"Bestnya mummy dapat pergi spa. Lenguh-lenguh dah tak ada. Lega rasanya. Terima kasih mummy. Dah lah belikan Ed baju baru, kasut baru, seluar baru. Eh, Ian. Tak perasan pula. Best tau aku keluar dengan mummy. Rugi kau tak ikut. Tapi, tak apa. Aku ada belikan buku untuk kau. Kau kan suka baca buku. "

Geram Danial mengingatkan kata-kata sinis Edlynn tadi. Buku Sejarah Malaysia juga dibelikan untuk aku. Juga biografi Tun Dr. Mahathir. Ee.. Geramnya aku. Kalau tak ada mummy tadi, memang aku tarik rambut dia.

Hampir seharian Danial membaca buku sejarah Paradigma Group. Patutlah Ed tak sanggup. Dari kurun ke 19 dia cerita. Aku pun bosan. Nasib lah buku ni aku ada baca masa kecil-kecil dulu. Time tu rajin lagi nak baca buku macam ni. Sekarang. Hampeh.

Ringkasan buku tersebut juga telah disiapkan. Tinggal nak bagi Faiz. Memang Ed kerjakan aku cukup-cukup. Nasib baik kau tu perempuan. Yang paling aku sayang pula tu. Erk.... Apa ni. Kantoilah. Biarlah. Memang aku dah mula sayang kat dia pun perangai dia yang gila tu. Aku happy tengok dia happy.

------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ADRIANNA HAFIZ [COMPLETED]Where stories live. Discover now