PROLOG (Bhgn 1)

4.3K 178 1
                                    

"KAU nak bertaubat?"

Idris mengangguk. Dia mahu bersihkan segala kekotoran yang selama ini terpalit dalam hidupnya. Dia mahu berhenti daripada melakukan kerja terkutuk itu. Dia tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban.

Sahabat seperguruannya itu ketawa kecil. Bunyinya seperti lucu dengan kata-kata itu.

"Boleh ke kau bersihkan dosa kau tu? TUHAN akan ampunkan kau ke?" soal Mahmud bagaikan tidak percaya.

Idris seorang yang keras hatinya. Apa yang membuatkan sahabatnya itu berubah hati?

"Pintu taubat sentiasa terbuka buat umat-Nya. Aku tak ingin terus berdosa."

"Baguslah. Senang hati aku mendengarnya," ujar Mahmud, tersenyum. Dia memaut bahu Idris.

Idris tidak mahu mengubah nekadnya itu. Selama ini mereka sudah lama terpesong di jalan yang salah. Lega hatinya mendengar Idris mahu bertaubat. Mereka pun sudah lama tersasar jauh dari landasan agama.

Keputusan Idris tidak disanggah oleh Mahmud. Dukun santau yang ditakuti telah kembali ke pangkal jalan. Apa yang menyebabkan lelaki sehebat Idris berubah agaknya? Mahmud ingin tahu juga.

"Aku ingin pulang ke kampung halaman aku dan mahu mulakan hidup baru dengan keluarga aku."

"Kau dah berkeluarga?"

Air muka Mahmud penuh kejutan. Idris begitu menyimpan rahsia tentang keluarganya. Selama ini dia menyangka yang Idris itu bujang tua.

Idris tersenyum nipis.

"Maaf, Mud. Aku berahsia dengan kau. Orang seperti aku dikeliling musuh. Lagipun mereka tak suka dengan pekerjaan aku ni," ujar Idris.

Dia begitu merindui ahli keluarganya. Mereka pasti gembira dengan kepulangannya kali ini. Dia amat berharap isterinya memaafkan kesalahan yang dilakukan.

"Ya...ya...aku faham," ujar Mahmud.

FATIMAH berasa tidak sedap badan. Dia tidak menyuarakan rasa tidak sihatnya itu kepada suaminya. Dia menganggap hanya sakit biasa. Fatimah menyediakan makan malam bersama dua orang anak gadisnya.

Fatimah terbatuk-batuk. Matanya terbuntang luas melihat darah hitam pada telapak tangan. Dia segera mencuci darah itu. Mujur saja tindakan itu tidak disedari oleh kedua-dua anak gadisnya itu. Fatimah tidak mahu membimbangkan anak-anak terutama suaminya.

"Mak tak apa-apa?" Anak perempuan sulungya menegur.

"Mak tak apa-apa. Batuk sikit aje," dalih Fatimah.

Wajah anak perempuan sulungnya itu berubah. Dia menekan perut. Dahinya berlapas-lapis seakan-akan menahan rasa sakit.

"Kenapa ni, nak?"

Sakitnya hanya sebentar menyerang. Anak sulungnya itu mengangkat wajah. Pelik. Sekelip mata saja kesakitan itu menghilang. Namun, wajahnya sudah bermandikan peluh.

"Tak tahulah, mak."

"Siti pergi mandi. Kita Solat Maghrib berjemaah dengan abah kamu sekali nanti," arah Fatimah.

Bersambung....

LINTAHWhere stories live. Discover now