Bab 21

1.3K 84 1
                                    

BERITA kematian tiga pelajar yang menular di kolej menjadi buah mulut. Encik Shamrin memeriksa laman sosial sebelum kelas bermula. Rata-rata pengguna laman sosial mengongsikan gambar Raimi ketika pelajar itu dalam keadaan sedang menggelupur seperti kena sawan. Siapalah pelajar yang mengambil gambar itu. Pihak kolej sedang memantau mencari pelajar yang meakukan perbuatan itu. Pelajar yang menyebarkan itu tidak berhati perut. Tidak sensitiviti pada keluarga arwah.

Aib arwah harus dijaga. Itu yang perlu dilakukan oleh pihak kolej. Ada yang menjadikan kejadian itu bahan lawak jenaka. Sikap pengguna sosial masa sekarang sudah tiada adab. Komen sesedap jemari yang menaip. Encik Shamrin menutup video berdurasi 2 minit itu. Kejadian sebegini berlaku pada pelajar-pelajar kolej mereka. Dia melepaskan satu keluhan.

Encik Shamrin bimbang kejadian ini akan berlanjutan. Bukan sahaja pelajar tetapi juga mungkin melibatkan pensyarah sepertinya. Tiada sesiapa yang boleh menduga. Encik Shamrin banyak berfikir kejadian yang buruk berlaku hingga sedikit sebanyak menjejaskan kesihatannya. Beberapa kali juga dia meminta cuti sakit.

Encik Shamrin menyandarkan tubuhnya. Otaknya berputar ligat mengimbas ke belakang. Hani ada menemuinya untuk memaklumkan ketidakhadirannya mengikuti kuliah atas faktor kesihatan. Hani banyak ketinggalan dalam pelajaran. Hani bersungguh-sungguh memberitahu yang dia menghidap penyakit ganjil. Dia tidak mempercayai cerita yang keluar dari mulut Hani. Tiada bukti perubatan yang Hani sakit. Laporan yang ditunjukan mengatakan Hani sihat. Baginya Hani hanya beralasan untuk mengelakkan diri dari tindakan tegas pihak kolej.

Dia memberikan amaran kepada Hani tetapi pelajarnya itu tetap tidak hadir ke kuliah hari-hari berikutnya. Hani begitu kerap bertemu dengannya hingga mencetuskan kontroversi di kolej. Cerita yang tidak benar tersebar. Encik Shamrin hanya memekakkan telinga. Kematian Hani mengejutkan Encik Shamrin. Lebih mengejutkan dia apabila dikhabarkan yang Hani mati beranakan lintah. Encik Shamrin terbatuk-batuk kecil. Nafasnya sedikit sendat. Dia mengangakan mulut untuk mengambil nafas.

Encik Shamrin segera memadam video yang dikongsi kepadanya itu. Dia tidak berminat menyimpan video-video sebegitu rupa.

"Encik Shamrin, awak okey?" seorang rakan sekerjanya menegur lembut.

"Penat sedikit." Dia membalas.

"Jangan banyak berfikir sangat. Jaga kesihatan awak. Kalau rasa lain macam dalam tubuh awak tu, segera ke berjumpa dengan doktor." Nasihat disampaikan. Encik Shamrin memalit senyuman.

"Terima kasih atas ingatan. Saya kena bergerak ke kelas sekarang." Encik Shamrin bangkit. Di pertengahan jalan ke kelas lelaki itu terserempak dengan Zila yang tergesa-gesa menapak ke arah tandas. Encik Shamrin hanya mengamati pelajarnya itu. Gadis periang itu nampak suram semenjak dua menjak ini. Dia cuba ingin bertanya tetapi gadis itu mengelak. Dia berharap tiada pelajar dari kelasnya yang menjadi mangsa.


"RAIMI dah mati. Adakah selepas ini giliran aku pula?" Zila bercakap sendiri dalam hati. Rasa takut semakin bersarang di hatinya. Mati dalam keadan dahsyat begitu.

Perubahan riak muka Zila disedari oleh Sephia. Sephia melekapkan tangan pada bahu sahabatnya itu. Zila kelihatan murung kebelakangan ini. Tragedi yang menimpa tiga rakan sekolej mereka merupakan tragedi tragis. Sephia turut diasak bimbang. Mereka tidak tahu bila giliran mereka pula tiba. Dia tidak mahu memikirkan sangat perkara itu.

Sephia mengajak Zila makan bersama. Zila hanya menurut. Sephia berbual dengan pelbagai topik dari pelajaran hingga ke hiburan. Fikiran Zila melayang ke tempat lain. Cerita yang dibualkan oleh Sephia hanya masuk ke corong telinga tanpa tumpuan.

Zila menguis-guis mee hailam di pinggan dengan garfu. Selera makannya mati. Tekaknya tidak boleh menghadam makanan di depan matanya.

Mata Zila menangkap sesuatu yang bergerak-gerak dalam mee hailam itu. Lantas dia menguis mee hailam itu dengan garfu. Pantas Zila meletakkan garfu di pinggan. Mahkluk hitam yang meliuk-liuk dalam pinggan mee hailamnya itu buat tekaknya berasa mual. Geli.

Sephia sudah menyuapkan mee hailamnya ke dalam mulut penuh selera. Bola mata hitam Zila membesar melihat 'makhluk' hitam itu yang disuap masuk. Zila menelan air liur. Serta-merta dia berasa loya. Sephia kelihatan menikmati hidangannya itu. Sephia menyuap untuk kali kedua. Perut sedang lapar. Tambah lagi itu menu kegemaran dia.

"Phia!" Zila separuh menjerit. Dia sudah tidak mampu menahan loya melihat Sephia teru-terusan menyuap makhluk itu masuk ke dalam mulut.

Jari telunjuknya menghala ke dalam pinggan Sephia. Sephia behenti menyuap. Terkebil-kebil memandang tingkah Zila.

"Lintah!" ujar Zila sepatah.

"Kau jangan takutkan aku, Zila?"

"Dalam pinggan kau tu? Lintah..." Zila masih tidak mengalihkan jari telunjuknya.

Sephia mendengus. Dia tidak nampak seekor pun makhluk itu dalam pinggan mee hailamnya. Dia tunjal dahi Zila jari telunjuknya.

"Kau tengok betul-betul Zila. Ini mee hailam bukan lintah. Aku makan mee hailam. Bukan makan lintah!" rengus Sephia. Zila hampir buat seleranya mati separuh jalan. Sudahlah perutnya lapar dari pagi masih belum diisi. Tidak sempat bersarapan di rumah gara-gara dia lewat bangun.

Lintah yang dilihat dalam pinggan Sephia itu sudah bertukar semula menjadi mee hailam. Zila terpinga-pinga.

"Aku... aku..."

"Jangan fikirkan sangat, lepas makan aku hantar kau balik. Rehat cukup-cukup." Sephia menghabiskan makannya. Gelas air kosong itu segera diteguk sampai habis. Sephia kurang gemar minum minuman yang bergula. Dia menyandang beg di bahu. Dia terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Zila bingkas bangun. Air dan mee hailamnya langsung tidak disentuh. Dia sudah melakukan pembaziran tetapi tekaknya tidak dapat menelan hidangan itu. Duit dibayar makan tidak disentuh.

"Phia, aku minta maaf."

Sephia hanya tersenyum nipis. Dia bangkit menurut langkah Sephia. Zila terus membisu ketika membonceng di belakang skuter Sephia. Kereta Sephia masih berada di bengkel. Tiada sepatah kata keluar dari bibirnya hingga sampai di rumah. 

Bersambung...

LINTAHWhere stories live. Discover now