Bab 13

1.6K 101 6
                                    

"ZARIN!" jerit seorang gadis tinggi lampai berambut panjang hampir mencecah pinggang.

Terkocoh-kocoh dia mengejar di belakang Zarin. Lelaki yang berada di hadapan itu seakan-akan tidak endah dengan panggilannya.

"Zarin!" Kali ini dia berteriak lebih kuat.

Zarin memberhentikan langkah lalu memalingkan tubuhnya. Tiada senyuman terpalit di bibir. Hanya gadis itu yang melemparkan senyuman manisnya. Pantas mendekati Zarin. Dia sempat menarik sehelai tisu lalu mengelap wajahnya yang dirasakan berpeluh itu. Cuaca panas hari itu menyebabkan dia berpeluh dengan cepat.

"Kamelia... kau nak apa?"

Gadis cantik bernama Kamelia itu menarik nafas. Penat kakinya menapak mengejar langkah Zarin. Pantas benar lelaki itu memajukan langkah.

"Kau nak apa?" aju Zarin lagi. Wajahnya tanpa riak sebarang perasaan ketika menyoal Kamelia. Dia bukannya rapat sangat dengan gadis itu melainkan Sephia dan Zila.

Kamelia menadah telapak tangannya. Dahi Zarin berkerut dengan tingkah Kamelia. Apa yang Kamelia inginkan? Dia tidak mengambil apa-apa barang dari gadis itu.

"Aku nak pinjam nota kau, boleh?"

"Kau tak hadir kelas ke?" Zarin merenung wajah gadis cantik itu. Gadis pan-asia itu tesenyum lagi.

"Lima hari aku demam, tahu. Kau ni langsung tak sedar aku tak datang kelas." Kamelia mencebik. Zarin langsung tidak ambil pusing tentang kehadiran rakan-rakan sekelas yang lain. Kamelia menghela nafas kecil. Zarin hanya rapat dengan Sephia dan Zila. Jika Sephia yang bertanya, banyaklah butir bicara lelaki itu. Maklumlah Sephia sahabat baik Zarin dari mereka kecil.

"Nah, ambillah. Dah habis salin bagi balik pada aku." Zarin tidak banyak soal lagi. Dia mengeluarkan buku notanya dari beg. Dia serahkan notanya kepada Kamelia. Langkahnya diaturkan semula.

"Thanks." Senyum melebar Kamelia. Zarin sudah jauh ke hadapan. Kamelia merengus kecil.

Zarin nampak saja tidak mesra alam tetapi teman sekelasnya itu baik hati. Tidak kedekut bab berkongsi ilmu. Itu yang dia suka tentang Zarin. Susah ingin menakluk hati lelaki yang seperti tidak berpeasaan macam Zarin. Kamelia mengeluh. Sekarang bukan masa untuk berfikir soal cinta yang berputik tetapi pelajaran yang perlu diutamakan. Dia tidak mahu markahnya menurun lagi seperti semester yang lepas.

Apabila Kamelia memusingkan tubuh, buku nota yang dipegang terlapas dari tangan. Dia mengetap rahang.

"Kau buat aku terkejutlah, Remy!" marahnya.

Lelaki di depan matanya itu tersengih.


"KAU pinjam nota dari Zarin?" Tidak berkelip mata Raimi menatap raut wajah bujur sirih itu. Kamelia sentiasa cantik di depan matanya. Antara gadis yang berada dalam senarai gadis yang sukar untuk ditundukkan. Ayat-ayat jiwang tidak berkesan dengan gadis itu. Namun, Raimi tidak berputus asa terhadap Kamelia. Dia sentiasa mencari peluang untuk memikat hati gadis itu.

Zarin merupakan ancaman pada Raimi. Raimi cukup tidak gemar melihat Kamelia rapat dengan Zarin yang dianggap agak pelik itu. Raimi tidak faham Kamelia boleh menyukai lelaki seperti Zarin. Kamelia tidak berasa takutkah?

"Dia saja tak kedekut dengan aku." Kamelia mencerlung Raimi. Rimas dengan kehadiran Raimi yang kaki sibuk. Ada masanya letih dia mahu melayan kerenah Raimi. Ada saja cerita Raimi yang memburukkan Zarin. Zarin saja jahat di mata Raimi.

"Kau tak takut ke?" Raimi menyoal lagi.

"Takut apa pulak? Zarin tu bukannya makan orang pun." Kamelia mendengus. Apa lagi cerita yang bakal dibawa oleh Raimi tentang Zarin. Zarin itu biasa-biasa saja dilihatnya. Bukan jenis lelaki buaya atau berhidung belang. Lainlah Raimi. Lelaki itu memandang dia seperti mahu menelannya hidup-hidup.

LINTAHWhere stories live. Discover now