Bab 4

1.7K 103 1
                                    

MATA Encik Mansor tetumpu pada perut Hani yang memboyot. Puan Ruhaya turut memberikan reaksi yang sama. Terkejut. Encik Mansor bergegas keluar dari bilik Hani. Puan Ruhaya turut mengekori langkah suaminya.

Encik Mansor mencapai senapang miliknya. Puan Ruhaya yang cuba menghalang ditolak ke tepi. Dia melangkah laju menuju ke bilik anaknya.

"Anak siapa yang kau kandungkan? Cakap!" Encik Mansor melenting.

Senapangnya sudah hinggap ke muka anak gadisnya itu.

Tangan Hani terketar-ketar menyusun sepuluh jari. Air matanya berjuraian.

"Sumpah, papa! Sumpah! Hani tak buat perkara tu."

"Kalau kau tak mengandung, apa yang ada dalam perut kau tu?"

Hani diam. Tidak tahu ingin menjawab pertanyaan papanya itu. Sebelah tangannya memengang perut yang sudah berisi. Hatinya gundah memikirkan penyakit misteri yang dialami.

"Bawa aje anak kita juma dengan doktor. Kita akan tahu sama ada dia betul-betul mengandung atau tak," ujar Puan Ruhaya juga hilang sabar.

Selama ini kepercayaan penuh diberikan kepada anak gadis mereka.

Hani tunduk. Akur dengan permintaan orang tuanya demi membuktikan yang dia tidak mengandung.

PERUT Hani semakin membusung. Malah lebih besar daripada wanita yang mengandung sembilan bulan. Encik Mansor dan Puan Ruhaya sudah habis iktihar. Ke sana ke sini dia membawa anaknya berubat, tetapi tiada ubat-ubatan yang dapat mengubat panyakitnya. Selama ini, mereka menyangka Hani menconteng arang pada muka mereka. Keputusan pemeriksaan daripada doktor mengatakan Hani tidak mengandung. Waktu itu Encik Mansor dan Puan Ruhaya menarik nafas lega. Dan kini, mereka hanya mampu berserah kepada takdir.

Tidur Hani tiba-tiba terganggu. Dia sudah tidak dapat menahan kesakitan pada perutnya yang sedang membesar itu. Dia bangun dari katil dengan tubuh yang semakin lemah dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Argh! Sakitnya!" Hani mengerang kesakitan seperti wanita mahu bersalin.

Dia sudah terduduk di atas lantai bilik air. Darah mula mengalir dari celahan kangkangnya. Bau hanyir dan busuk menusuk hidung. Hani menggigit ulas bibir.

"Papa! Mama! Tolong!" Hani menjerit kuat.

"Bang, Hani bang!" kejtu Puan Ruhaya sambil menggoncang-goncangkan tubuh suaminya yang tertidur di atas sofa. Lampu ruang tamu dinyalakan.

Encik Mansor dan Puan Ruhaya bergegas memijak anak tangga menuju ke bilik tidur Hani. Suara erangan kedengaran dari bilik air. Daun pintu bilik air ditolak. Sebaik sahaja melihat keadaan di dalam bilik air itu, serta-merta Puan Ruhaya menjerit lantang dan jatuh pengsan.

Encik Mansor pula hanya terpaku melihat lantai bilik air penuh dengan darah yang tidak henti-henti melimpah keluar sedangkan anak gadisnya itu sudah kaku tidak bernyawa.

Di celah-celah kangkang Hani pula kelihatan berpuluh-puluh ekor lintah sedang menjalar keluar.

"Lintah?" Hanya perkataan itu yang keluar dari mulut Encik Mansor.

Anak gadisnya itu mengandungkan lintah. Seluruh tubuh Encik Mansor kaku.

AIR mukanya keruh. Berita kematian Hani begitu cepat tersebar. Dia sudah boleh mengagak yang empunya angkara. Tanpa pamitan dia menyerbu masuk sebaik sahaja pintu rumah yang dikunjungi itu terbuka mengundang rasa tidak senang oleh wanita itu tetapi didiamkan saja. Tetamu yang hadir itu merupakan sahabat baik anaknya.

Dia mengetuk terlebih dahulu pintu bilik itu sebelum memulas tombol pintu. Seorang lelaki sebayanya sedang khusyuk menghadap komputer riba.

"Kau boleh relaks lagi?" ujarnya.

"Apa hal ni?" Kerusinya dipusingkan menghadap lelaki yang sudah mundar-mandir di dalam biliknya itu.

"Kau tak tahu ke yang Hani dah mati?"

Lelaki itu bingkas bangun dari kerusi.

"Kau biar betul?"

"Aku serius."

Lelaki itu meraup muka. Kematian Hani membuatkan hatinya berasa tidak tenang.

"Hani mati sebab apa?"

"Lintah. Lintah tu dah bunuh Hani." Lelaki itu terduduk semula di kerusinya. "Aku dah cukup berhati-hati. Cepatnya benda tu makan dalam." Dia merenung tajam wajah rakannya.

"Aku dah cakap stop. Tarik balik benda tu tapi kau degil!" Rakannya itu mendengus.

"Masalahnya benda tu mana boleh tarik balik. Aku yang kena balik jika ditarik!" gerutunya.

"Jadi kau memang bukan nak test aje tapi nak Hani mati!"

Dia menjegilkan mata.

"Aku tak adalah nak dia mati."

"Kalau kau dah tahu benda tu tak boleh ditarik balik, kau hantar jugak pada Hani buat apa? Kau tahu tak natijahnya? Kau memang sengaja, kan?" Jari telunjuk menyentuh pada dada rakannya.

"Kau tak boleh salahkan aku seorang. Kau pun bersubahat sama! Entah-entah kau pun nak Hani mati."

Tuduhan itu membuatkan dia meradang. Dia bangkit lalu mencengkam kolar baju rakannya. Rakannya menelan liur.

"Yazid!"

Bersambung...

LINTAHWhere stories live. Discover now