Bab 18

1.5K 99 5
                                    

"DUA hari kau tak datang kelas. Kau dah okey ke?" Kamelia menyapa sebaik melihat Raimi. Raimi nampak segar hari ini. Syukurlah. Walau Raimi itu tidak disenangi, dia mengambil berat juga perihal lelaki itu sebagai seorang kawan.

Raimi tersengih. Lega kerana sakit perutnya sudah pulih. Rasa bimbang menerjah juga ke lubuk hatinya tempohari. Bagaimana jika ada makhluk itu di dalam tubuhnya? Raimi tidak dapat membayangkan situasi itu jika benar-benar terjadi. Dia benar-benar sudah kecut perut masa itu. Tanpa pengetahuan Kamelia dia ke hospital membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada makhluk penghisap darah itu membiak di dalam perut.

Doktor mengatakan dia keracunan makanan. Dia perlu berehat dan mengambil ubat mengikut masa tanpa putus. Raimi mengikut nasihat doktor. Selera makannya juga pulih sedia kala.

"Aku dah okey." ujarnya.

"Risau aku tengok kau hari tu. Teruk sangat sakit perut kau." Lega hatinya Raimi sudah sihat.

"Aku pun hairan macam mana aku boleh salah makan. Setahu aku kafe kolej tu sudah cukup menjaga kebersihan." Raimi mengusap-usap dagu licinnya.

"Maybe kau makan tempat lain kut."

"Esh, aku mana suka makan kat gerai-gerai. Kafe tu pilihan utama aku tahu." Raimi menafikan. Sebelum perutnya meragam dia memang macam di kafe kolej. Perutnya kosong waktu itu. Selera makannya terganggu.

Raimi menyandang beg galas ke bahu. Berbunga hatinya kerana Kamelia mengambil berat perihal dirinya. Fikirnya gadis itu sudah tidak mahu bertegur sapa lagi. Dia masih berpeluang untuk memikat Kamelia.

"Benda dah nak kena. Kau bukan siang malam makan di kafe kolej pun." Kamelia jongket kening. Kamelia mengaturkan langkah. Begitu juga dengan Raimi.

Dia beriringan jalan dengan Raimi. Raimi bersiul-siul kecil. Kamelia mengelengkan kepala dengan gelagat lelaki itu.

"Emm... aku nak tanya ni. Syahrul okey tak? Lama aku tak dengar cerita tentang dia?" Tiba-tiba dia teringatkan salah seorang rakan sekelas Raimi itu. Syahrul juga merupakan teman lelaki kepada arwah Hani. Sudah tentu lelaki itu masih bersedih lagi. Syahrul dengan arwah Hani merupakan pasangan sejoli. Khabarnya ingin bertunang selepas tamat belajar.

"Syahrul dah berhenti belajarlah. Kau tak tahu ke?"

Kamelia berhenti melangkah. Riak mukanya berubah. Jelas dia terkejut mendengar kata-kata dari mulut Raimi. Banyak perkara yang dia ketinggalan.

"What? Tapi kenapa?"

"Dia tak belajar lagi kat kolej ni. Dia dah berpindah study ke oversea untuk melupakan kesedihan dia di sini. Dia cakap kat sini banyak kenangan dia dengan arwah Hani." jelas Raimi. Kalau dia berada di tempat Syahrul mungkin dia juga akan berbuat sedemikian.

"Sedihnya..."

"Elok sangat dia pergi sana. Kalau dia berada di sini takut dia mati macam girlfriend dia pulak." getus Raimi. Dia masih juga berasa tidak senang dengan Zarin.

"Kau ni... mulut celupar."

Kamelia menepuk kuat bahu Raimi. Raimi ketawa kecil. Senang hatinya Kamelia sudah melayan dia seperti biasa.


"KAU ni macam budak kecil pulak aku tengok Zarin. Minum susu." omel Zila melihat segelas susu di dada meja. Zila kalau susu kosong memang dia tolak tepi. Tekaknya tidak boleh menelan air itu. Zila cukup anti dengan minuman bersusu.

Zarin tersengih. Minuman itu sudah menjadi rutinnya.

"Minum susu bukan untuk budak kecil saja, Zila. Kalau kau tak minum duk diam-diam." Balas Zarin. Kepalanya masih menunduk menghadap buku di tangan.

LINTAHWhere stories live. Discover now