Bab 17

1.5K 93 2
                                    

"AKU dengar semalam Raimi sakit perut teruk. Dia okey tak?" Teman di sebelah Kamelia separuh berbisik.

"Dia okey kut." Kamelia balas acuh tidak acuh. Dia masih belum menerima perkahabaran tentang Raimi. Mesejnya tidak berbalas. Lepas tamat

kelas dia mahu mencari dua rakan baik Raimi yang duduk serumah dengan lelaki itu.

"Bukan apa masa di kafe beberapa hari lepas aku nampak dia cari pasal dengan Zarin." Tiba-tiba saja Raimi sakit lepas cari masalah dengan Zarin.

Riak muka Kamelia berubah. Banyak cerita tidak enak dia sudah dengar berkenaan Zarin. Zarin pula nampak biasa saja. Macam tiada efek apa-apa.

"So..."

"Aku takutlah kalau-kalau si Zarin kenakan santau lintah pada Raimi. Raimi pun salah sebab gatal sangat cari pasal." Temannya itu menyuarakan rasa gusar di hati.

"Esh, mengarutlah kau ni." Kamelia tidak senang dengan tuduhan temannya itu. Mereka menuduh tanpa bukti. Dia perasan kebelakangan ini memang Zarin seperti disisihkan.

"Manalah tahu."

Kamelia mengetap bibir. Kenapa Zarin juga yang dikaitkan. Zarin tidak sejahat itu sampai mahu hendak membunuh orang.

"Kau orang suka–suka saja main tuduh orang. Macam kau orang kongsi cerita viral dalam facebook. Entah sahih entah tidak. Jika tak sahih merangkaklah kau orang cari dia nak minta maaf." dengus Kamelia.

Kamelia berlalu.


RYAN menghirup minuman berkafein itu. Dua mangsa yang mati saling bermusuhan. Punca kerana seorang lelaki. Julia akan menjadi suspek kerana punya motif untuk membunuh Hani tetapi Julia sudah mati. Secara automatik Julia tiada kaitan dengan kematian Hani. Syahrul... lelaki itu dikatakan sudah berada di luar negara. Dari maklumat yang diperolehi, Syahrul sayangkan Hani. Hubungan mereka tiada masalah. Syahrul tidak tahu tentang sakit misteri Hani waktu itu. Dia nampak sedih sangat selepas kematian Hani.

Sephia, Zila dan Zarin. Sephia merupakan sepupu kepada Hani dan gadis itu sahabat baik. Sephia punya sejarah hitam. Sephia begitu rapat dengan Zarin. Manakala Zarin pula hubungannya dengan Julia tidak berapa baik. Zila tiada masalah dengan mana-mana pihak.

Gadis bernama Kamelia tidak boleh disyaki kerana gadis itu tidak hadir ke kolej. Dia punya alibi dan memang gadis itu tidak sihat. Encik Shamrin, pensyarah kolej yang berwajah kacak kegilaan pelajar. Khabar angin yang tersebar mengatakan pensyarah muda itu ada hubungan sulit dengan salah seorang pelajar perempuan yang tidak diketahui siapa orangnya. Ada yang mengatakan pelajar perempuan itu adalah Hani.

Ryan mengangkat kepala sebaik melihat pintu terbuka. Zamarul sudah pulang.

"Zarin ada cakap dengan aku yang kau ada datang ke kolej mengambil keterangan pelajar-pelajar yang rapat dengan Hani dan Julia." Zamarul menanggalkan helmet di kepala.

"Ya. Kau tahu tak pasal hubungan dingin dia dengan Julia?"

Zamarul menggeleng.

"Adik tiri kau, kut?"

"Dia bukannya suka aku ambil tahu tentang dia. Kalau aku bertanya masalah dia, dia melenting balik dengan aku. Nampak saja dia tu pendiam." Zamarul membuka siaran televisyen. Lewat petang ini layan kartun Doraemon pun menarik sementara menunggu Maghrib. Berat pula punggungnya mahu solat berjemaah di masjid.

"Sampai sekarang dia tak boleh terima kau. Ayah kau dengan dia sama. Ibunya yang lain. Apa yang dia tidak puas hati sangat dengan kau, Rul?" Tidak faham Ryan dengan sikap adik tiri Zamarul itu.

LINTAHWhere stories live. Discover now