Bab 6

1.7K 104 1
                                    

SEPASANG mata memerhatikan langkah Julia tanpa disedari gadis itu. Julia mempercepatkan langkah sebaik sahaja melihat kelibat Syahrul. Dia menyaingi langkah lelaki itu. Syahrul merupakan 'top student' di kolej itu. Syahrul cukup pakej lelaki idaman Julia. Kaya dan kacak. Mata Julia sudah tidak memandang lelaki lain.

Syahrul duduk di kafeteria. Julia turut duduk dan bertentang mata dengan lelaki itu. Julia tahu Syahrul bersedih dengan kematian Hani. Orang sudah mati pun masih hendak dikenang. Dia yang berada di depan mata langsung tidak dipandang oleh lelaki itu.

"Syah... aku tumpang sedih," ujar Julia, berpura-pura simpati di depan mata Syahrul.

"Aku tak boleh terima semua ni. Siapa yang sanggup buat Hani sampai dia mati?"

"Kau percaya ke ilmu santau ni?"

Syahrul pun terjebak macam Sephia. Kalau Sephia tu, tidaklah dia hairan sangat. Sephia berkawan baik dengan Zarin yang suka mengkaji benda-benda mengarut tu! Getus julia.

"Kau tak percaya tu hal kau. Aku tahu Hani kena buatan orang," ujar Syahrul sambil menggigit ulas bibir.

Dia masih mencari orang yang bermusuh dengan Hani. Anak matanya melirik wajah cantik Julia.

"Kau tenung aku macam tu macam aku pulak yang buat Hani sampai mati," desis Julia.

"Aku tak cakap apa-apa pun."

"Gaya renungan mata kau tu aku dah boleh baca. Mulut aku mungkin jahat tapi aku bukan jenis nak santau orang dan nak hantar saka tau. Pleaselah... aku gadis moden. Tak mainlah benda-benda syirik tu."

Kata-kata Syahrul itu menjengkelkan hati Julia. Nampak sangat Syahrul menuding jari pada dia.

"Tapi kau memang tak suka Hani. Aku tahulah kau ada perasaan suka pada aku." Sinis bicara Syahrul.

Julia tersentak.

"Salah ke aku ada perasaan pada kau?" soal Julia. Syahrul tidak boleh menghalang perasaan dia. Itu haknya.

Wajah Julia dipandang lama. Syahrul bingkas bangun lantas menggalas beg sandang.

"Kau hanya bermimpi di siang hari," ujar Syahrul.

Kata-kata Syahrul meremukkan hati Julia. Julia meramas-ramas jari-jemarinya. Syahrul memang buta. Julia merengus kecil lalu turut bangkit menarik begnya. Dia menapak masuk ke dalam tandas.

Julia menyikat rambutnya yang keperangan. Rambutnya itu asli dan bukan diwarnakan. Begitu juga dengan warna kulitnya yang kemerah-merahan. Julia bangga dengan kecantikan yang dimilikinya. Darah kacukan yang mengalir dalam tubuhnya satu keistimewaan.

Gincu merah garang dicalitkan pada bibir. Julia mengetap bibir seketika. Dia tersenyum melihat warna yang terserlah pada bibirnya itu. Julia sentiasa mahu berdandan cantik.

Aku takkan berhenti separuh jalan. Aku akan pastikan kau jadi milik aku, Syah. Ni Julialah. Apa dia nak, mesti dia dapat! Bisik hati Julia.

Julia mengangkat kepala. Dia menjerit apabila melihat Hani yang berlumuran darah di dalam cermin di hadapannya. Segala alat soleknya jatuh ke atas lantai tandas. Hani merenungnya tajam.

"Kenapa, dik?"

Mak cik yang bekerja sebagai mencuci tandas meluru masuk. Bimbang jika ada pelajar yang tergelincir jatuh di dalam. Dia baru sahaja habis mencuci.

"Hantu... ada hantu," ujar Julia sambil menunjuk ke arah cemin.

Mak cik itu tidak melihat 'hantu' yang dikatakan oleh Julia.

"Adik ni banyak sangat tengok cerita hantu. Tu yang terbayang-bayang. Tak pun baca novel-novel seram." Mak cik itu mengulum senyumanan.

Julia tidak membalas. Dia mengutip alat-alat soleknya di atas lantai lalu segera menapak keluar dari tandas. Di luar tandas, Julia menepuk-nepuk kedua-dua belah pipi. Agaknya apa yang dia nampak itu hanya ilusi sahaja.


"HA...ha...ha... aku tak sangka ilmu aku boleh jadi hebat macam ni."

Dia berasa teruja. Syaitan turut melonjak seronok melihat manusia yang berjaya ditakluki hatinya. Dia menarik keluar seekor lintah keluar dari balang kaca itu.

"Aku akan berikan kau makanan yang lebih lazat."

Dia tidak berasa puas. Dia semakin taksub dengan ilmunya itu. Satu kematian tidak mencukupi. Dia mahu mencuba lagi kehebatan ilmunya.

"Lepas ni giliran kau."

Matanya melirik foto di tangan. Wajah gadis di dalam foto itu adalah Julia. Dia duduk bersila. Mulutnya terkumat-kamit. Setelah bacaannya tamat, dia hembuskan nafasnya pada beberapa ekor lintah yang berada di tapak tangan.

Lintah-lintah itu muncul di atas tilam milik Julia. Julia kelihatan sedang lena tidur dibuai mimpi. Lintah-lintah hinggap ke kaki Julia lalu menyerap masuk melalui telapak kaki gadis itu. Julia yang pulas tidur bagaikan tidak berasa apa-apa.

"Julia... Julia..."

Ketukan pintu kedengaran bertalu-talu di luar. Nama Julia dipanggil berkali-kali. Suara rakan sebiliknya mengejutkan tidur Julia. Julia menggeliat. Badannya berasa berat.

"Bisinglah kau!" jerit Julia, kembali rebah si atas katil.

Dia menarik bantal lalu dilekapkan pada wajah.

"Julia! Bangunlah! Kau tak ada kuliah ke pagi ni?" gerutu Mona, teman serumah Julia.

Julia itu harapkan muka sahaja cantik tetapi pemalas. Puas dileteri, sikap Julia tetap sama. Tidak mahu berubah. Rugilah siapa yang berkahwin dengan gadis cantik itu.

"Kuliah? Gosh!" Julia menarik bantal di wajah.

Dia bingkas bangun lalu turun dari katil dan mencapai tuala. Matilah jika dia lewat ke kuliah pagi ini. Julia menyapu pembersih muka. Entah kenapa tubuhnya pagi ini seperti lain macam. Julia tidak sedap badan.

Bersambung...

LINTAHWhere stories live. Discover now