No one.
Jinyu keluar dari bilik tetamu dan menuju ke dapur. Setibanya di dapur dia melihat Pn. Park sedang menyediakan masakan untuk makan malam.
"Wahh sedapnya bauu~" Jinyu mendekati Pn. Park. Pn. Park yang tadinya tersenyum memandang Jinyu menyambung kerjanya semula.
"Eommeonim~Ada apa-apa yang Jinyu boleh tolong?" Soalnya sopan disebelah Pn. Park. Dia tersenyum melihat Pn. Park yang sedang memotong sayur. Stu ayam yang sudah berasap dilihatnya. Emm~mesti sedap!
"Pergi panggilkan Jimin turun. Dah nak siap dah semua ni,"
"Nae," dengan segera Jinyu pergi ke bilik Jimin yang berada di sebelah bilik tetamu.
Pintu bilik diketuk beberapa kali namun tiada sahutan dari Jimin. Jadi perlahan-lahan dia membuka daun pintu dan masuk ke dalam.
"Wahh.." ternganga Jinyu dibuatnya apabila masuk ke dalam bilik Jimin. Mana taknya, bilik Jimin dipenuhi dengan origami! Pelbagai origami ada. Tapi agak bersepah dengan kertas-kertas di atas lantai. Nak kena ceramah agaknya dengan Jinyu.
Mata Jinyu tertancap akan origami yang berada di atas meja. "Roket?"
Kedengaran pintu bilik air dibuka membuatkan Jinyu berpaling dan Jimin keluar dari situ dengan rambutnya yang basah. Aip! Dia berbaju kayy. Dia basuh rambut je 😂
"Yah! kau buat apa dekat sini?!" Jimin bertanya separuh menjerit.
Jinyu tersentak. Dia melihat Jimin yang sudah berubah wajah.
"So-sorry..aku cuma nak panggil kau makan je..makanan dah siap.." Balas Jinyu takut.
"Kau keluar sekarang! Keluar!" Marah Jimin. Dia menolak kasar Jinyu keluar dan pintu bilik ditutup kuat.
Jinyu membeku didepan pintu bilik Jimin. Terkejut dengan perangai Jimin yang tiba-tiba berubah dan memarahinya.
"Salah aku jugak sebab masuk bilik dia.." air mata Jinyu yang telah jatuh sedikit di kesa laju.
Dia turun dan kembali ke dapur dengan senyuman palsu diukir.
"Jimin kata kejap lagi dia turun,"
Pn. Park hanya tersenyum mendengar kata-kata Jinyu. Makanan sudah siap terhidang di atas meja.
"Duduklah," jemput Pn. Park. Jinyu tanpa segan silu mengambil tempat. Sebenarnya selera dia hilang apabila Jimin memarahinya tadi. Tapi takkan taknak makan kan? Pn. Park dah penat-penat masak. Banyak pulak tu!
YOU ARE READING
[C] paper rocket + park.jm
FanfictionDia selalu bagi roket kertas dekat aku. Aku nak tanya..dia tak tahu ke maksud MEMBAZIR?! Start: 201116 End:141216 Status ; completed + Cerita ni idea saya sendiri. Don't copycat + ⓒJeonlist_ ; 2016 Cover by ; @joonzgal