N

3.8K 459 31
                                    

Jinyu.

Loceng rumah aku tekan beberapa kali sebelum seorang wanita pertengahan usia membuka pintu.

Aku mengukir sebuah senyuman buat wanita itu.

"Cari Jimin ye?" Soalnya dengan senyuman yang manis yang tidak lekang dari bibirnya.

Aku mengangguk laju. "Masuklah, eommonim panggil dia sekejap,"

Dengan tak malunya aku melangkah masuk ke dalam. Halah, macam tak biasa. Ini rumah kedua aku selepas rumah appa dengan omma.

"Chim! Jinyu datang ni!" Jerit Pn. Park sebelum naik ke atas bilik Jimin.

"Chim..?" Gumam aku seorang diri. Nama panggilan Jimin chim ke? Aww kiyot!

Setelah beberapa saat Pn. Park turun ke bawah semula tetapi Jimin tidak turun sekali.

"Jimin mana eommonim?"

"Dia tengah mandi, kejap lagi dia turunlah tu," balas omma Jimin. Kemudian dia kembali ke dapur untuk menyambung kerjanya.

Aku memandang sekeliling. Bosan. Jadi aku melangkah ke dapur.

"Eommonim buat apa tu?"

"Eommonim buat mochi ni ha, chim teringin~" Pn. Park tersenyum lagi.

"Ouhh..chim ni suka sangat dengan mochi kan? Sampai pipi pun dah macam mochi hehe" aku ketawa kecil. Begitu juga Pn. Park.

"Haa, ngumpat pasal aku ye?" Aku berpaling. Jimin yang sudahpun siap membersihkan diri datang mendekati kami.

Ok dia hensem wehh!

       (Bayangkan dia pakai baju ni)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan dia pakai baju ni)

"Mana ada ngumpat, aku puji kau tu comel macam mochi yang eommonim buat ni je~"

"Yelah tu,"

"Betullah, tengok tu Jimin eommeonim, dia taknak percaya" Jinyu mencebik.

Pn. Park hanya ketawa kecil dan menggeleng melihat kami.

"Dah lah, jangan nak bergaduh je nanti omma kahwinkan dua-dua nanti,"

Terkejut aku dengar apa yang omma Jimin katakan.

"Boleh ke omma? Esok kita minang Jinyu ye?" Jimin tersenyum gatal.

Taguna punya Jimin. Jangan main-main boleh tak! Aku tumbok jugak muka kau nanti,

"Gatal!" Aku berdiri dan pergi dari situ.

"Eommeonim, Jinyu pergi dulu, Jimin! Cepatlah nanti lambat!" Aku mendapatkan kasut aku. Jimin yang masih dengan sengihan mendekati aku. Suka lah tu!

"Hati-hati!" Kata Pn. Park sebelum kami melangkah pergi.







[C] paper rocket + park.jmWhere stories live. Discover now