Jinyu."Oppa! Boleh tolong saeng tak?!" Aku menjerit dari arah dapur supaya Yoongi oppa datang.
Keadaan senyap tanpa sahutan daripada Yoongi. Aku pelik.
"Oppa! Sinilah jap!"
Yoongi masih lagi tidak menyahut.
Setahu aku dia duduk dekat ruang tamu tadi. Layan drama.Aku jalan menuju ke ruang tamu.
Tiba saja diruang tamu hanya tv yang bersuara. Yoongi pula tiada. Mana pulak oppa menghilang ni."Oppa~! Oppa kat mana? Boleh tolong saeng belikan garam tak? Saeng nak masak tapi garam tak ada!" Aku menjerit. Mungkin dia ada dalam bilik.
Masih tiada sahutan. Jadi aku pergi ke bilik Yoongi oppa.
Aku buka pintu perlahan. Yoongi ni tak boleh dikacau nanti mengamuk. Tapi dialah abang paling baik yang pernah aku ada. ≧﹏≦
"Aik, tak ada. Mana oppa ni..haihh.." aku mengeluh.
Dengan tv nya terpasang. Orangnya tak ada. Yoongi oppa pergi mana?
Aku berjalan kembali ke dapur.
"Macam mana nak masak kalau tak ada garam. Takkan nak letak gula? Pfft manis lah nanti.."
"BAHHHH!!"
"ARGHHHHH!!"
Yoongi oppa kini berada di hadapan aku. Tapi muka dia seperti menahan perit.
Bila aku pandang bawah...pisau yang tangan aku pegang tadi menusuk masuk ke dalam perut Yoongi oppa.
"O..oppa.." mata aku mula berair.
"Saeng..oppa sayang saengg.." kata Yoongi dalam keadaan menahan perit.
Tangan aku menggigil dan pisau yang berlumuran darah itu jatuh ke lantai.
"Oppa!!" Yoongi oppa yang hendak rebah aku sambut dan aku pangku.
"Oppa!" Aku menjerit menahan tangisan.
Omma dengan appa kerja sekarang. Apa aku nak buat?
Jimin! Ya Jimin!
"Oppa! Tunggu saeng okay? Oppa kena bertahan! Saeng panggil Jimin!
Dengan pantas aku berlari keluar ke rumah Jimin. Mujur rumah dia sebelah sahaja.
"JIMIN! JIMIN TOLONG AKU!" pintu rumah aku ketuk banyak kali akhirnya wajah Jimin muncul di hadapan pintu.
"JI..JIMIN TOLONG AKU..YO-YOONGI OPPA..DIA..."
"Wae? Bertenang Jinyu. Bagitahu aku apa dah jadi..kenapa dengan Yoongi hyung?"
"A..aku..tertikam dia.." air mata aku semakin deras. Wajah jimin cukup terkejut dengan apa yang aku katakan.
~~~~~~~~~
"Oppa!! Please jangan tinggalkan Jinyu! Jebal!! Jinyu sayang oppa!!"
Yoongi melihat aku dalam keadaan lemah."Jimin..tolong jaga Jinyu untuk hyung ya?" Yoong memandang Jimin dengan senyuman nipis.
Jimin hanya mampu mengangguk perlahan melihat keadaan Yoongi yang sudah terlalu lemah.
Akhirnya Yoongi di masukkan ke bilik bedah.
~~~~~~~~~~~
"Maaf..Saya dah cuba sebaik mungkin tapi pesakit kehilangan banyak darah..dan..lambat dihantar ke hospital..jadi..kami tidak dapat selamatkan dia."
Appa yang dikatakan doktor sebentar tadi membuatkan lutut aku tiba-tiba lemah.
"Yoongi oppa dah tinggalkan kita..yoongi oppa dah tak ada.."
Air mata aku jatuh bercucuran. Jimin disebelah hanya mampu memujuk aku dan menenangkan aku. Tapi makin deras air mata ni mengalir.
"Oppa..mianhae..saeng patut letak pisau tu sebelum cari oppa.."
"Saeng minta maaf.."
"Saeng tak sengaja.."
"Saeng sayang oppa.."
____________________
Apa jadi? Aku bosan
tak dpt idea untuk
10:10 sebab Jin sibuk kat hutan.
Huhuhu jadi aye
pun update ni sikit. :')
YOU ARE READING
[C] paper rocket + park.jm
FanfictionDia selalu bagi roket kertas dekat aku. Aku nak tanya..dia tak tahu ke maksud MEMBAZIR?! Start: 201116 End:141216 Status ; completed + Cerita ni idea saya sendiri. Don't copycat + ⓒJeonlist_ ; 2016 Cover by ; @joonzgal